Khamis, 25 Ogos 2011

Al Fatihah...

Assalam,

Al-Fatihah buat ibu mertua ku yang kini kembali ke rahmatullah... setelah sekian lama bertarung nyawa di hospital akibat kenser rahim, dan malam ini jam 9.55mlm suami aku yg bergegas ke hospital sebaik balik dr keje, memaklumkan ibunya telah pergi buat selama2nya...

Di saat2 kita umat muslim hendak menyambut Raya Aidilfitri.. kami sekeluarga diselubungi dengan rasa sedih atas pemergian arwah mak. apakan daya.. dengan rela hati kami semua telah bersiap sedia dan redha dengan pemergiannya.

1hb Ogos 2011 mak di masukkan ke hospital hukm, selang beberapa hari iaitu hari jumaat dia dibedah akibat penyakit kenser rahim yang aku blh rasa sudah mencecah ke tahap paling bahaya. sejak dari hari itu.. dua hari kemudian mak dimasukkan ke icu kerana pendarahan yg tidak berhenti akibat pembedahan itu. kata doktor, urat2 darah mak bocor.. menyebabkan ada saja darah yang keluar yg tak tau dari mana. doktor sendiri tak nmpk. 2 kali adik beradik suami aku di panggil utk membuat persediaan melepaskan mak pergi. sbb dah tak de harapan katanya.

Tapi keajaiban timbul smgu terakhir hayat dia. sejak smgu ni dia dah dikeluarkan dari icu. blh berckp, berborak bertanya itu ini.. dan hari ini... akhirnya.. dia dijemput Ilahi... Innalillah... kesedihan yang menyelubungi seluruh keluarga.. namum aku percaya semua nya telah bersiap sedia.. terutama abg adik beradik..

Awal thn ritu aku kehilangan arwah pak usu. menyebabkan aku tak ade mood utk beraya.. sblm tu aku dah pun kehilangan arwah opah. dah kini.. abg kehilangan ibunya. satu2nya ibu kandungnya setelah pemergian ayahnya dulu. 1 Syawal seolah2 tak bermakna buat kami sekeluarga.. apa yg aku harapkan, akan ada sinar kebahagian pada kami selepas ini agar dpt kami menyambut ramadhan dan syawal yang bermakna pada akan dtg.. InsyaAllah....

Untuk arwah mak.. telah ku sedekah kan bacaan yassin.. semoga roh mu dicucuri rahmat, dan ditempatkan di kalangan org2 yang beriman... Amin....

Jumaat, 19 Ogos 2011

Persiapan raya

Assalam,


19 hari sudah kita berpuasa. aku masih tak cuti gik.. cop2.. ada sehari mgu lepas sbb migrain. terpaksa bukak sbb takut sakit teruk kat opis mcm sblm tu. hihi.. pejam celik tinggal lagi smgu jek nak berpuasa dalam bulan ni. lepas tu dh ada yg start cuti hari khamis lagi. aku mcm biasa la. jumaat tu last keje. harap2 bos bg blk awal. isnin tu nnt baru nak hantar rabbit ke tempat jagaan. tak bleh awal2, mahal.. haha.. nasib baik ler 2ekor jek. sian kene tinggal kat situ. hihi.. tak pe la. dari kene tinggal kat umah tu kan. nak bwk blk kg sah2 tak dak sangkar spare. kalo tak bleh la bwk blk kg. lg pun mgkn tak lama kat kg thn ni.


org lain sibuk dgn persiapan hari raya. aku? mcm ni jugak ler. tak de hati nak beraya. mgkn umur pun dah meningkat semangat nak raya pun tak de ditambah2 lak dgn xde lagi arwah pak usu. makin la tak de mood. smp ke hari ni aku tak dpt gik bonus. tp alhamdulillah la sbb dlm proses. mgkn skali gaji atau pun sehari sblm gaji. tak kisah ler asal jgn tak dpt lgsg smp aku blk kg. giler. nak serbis kete gik, nak beli brg skit. nak harap hubby tak leh la jugak.


aku cuti amik 3 hari jek. rasa nya isnin tu nnt masuk keje la kot. cuti lama2 pun buat apa. tak seronok kalo tak pg mana2. bila tgk org lain buat persiapan tu aku tak tersentuh langsung nak sedih ke apa ke sbb tak mcm diorg sibuk beli kuih raya sibuk beli baju raya. mcm cuti nuzul quran baru2 ni semua pakat turun sogo. hoho.. aku rasa sogo tu penuh ngan org2 selangor la. hahah.. org kl tolak ketepi kejap. hari ni jek dah jumaat. esok kompem diorg sambung lagi bersoping. dgr2 ada yang sebut duit bonus pun dah abis. yer la.. dpt tak sberapa.. tp ok la dr tak dpt kan.. pastu beli kuih jek aku tgk dah 100 lebih masing2.. hihi.. tak pe la.. diorg sker.. sthn hanya sekali bak kata baris2 lagu raya.. hahah.. kat radio pun dah berkumandang lagu raya dari hari isnin ari tu lagi. aku mcm tak de hati nak dgr. sbb kalo terdgr tu mmg sedih jgk. so pg keje tak bukak sgt radio terutama time blk keje. ada jek lagu raya aku slow kan radio. hahah... mcm sakit hati plak ek nak beraya. miss aku tak tau dh beli ke tak baju raya. hahaa.. biasanya dia tu tiap2 thn dah siap tempah baju raya. beli pun skit jek la. tp beraya cuti mmg lama. kg jauh la katakan.. bukan senang nak blk.. alang2 bercuti biar lama skit kan. tak mcm aku dekat jek. mcm nak larik blk kg ayah. tgk kubur arwah opah. ritu dia meninggal aku tak dpt nak blk. sedih pun ada. tp apakan daya aku dah bersuami.


Cerita pasal kawan2, jue pun cuti awal. rasanya jumaat dia dah terbang balik ke langkawi. cuti pun smgu tu jek la.. sabtu blk sini dah katanya. so kalo aku blk awal pun maknanya dah ada geng la. hihi.. nor.. tak pernah aku sebut kan nama ni. dulu dia ni dok serumah ngan aku. member gak la. dah kawin skang anak sorg dok kat ipoh. lepas raya ni dia start keje kat hospital serdang. dah rezeki anak dia kot baru skang dpt keje gov. tu pun tgh runsing mcm mana nak cari jln bersatu ngan anak n suami dia. haha... cilz? ermm.. gitu la dia... ada gak masalah dia tu aku rasa. kat fb pun aku tgk dia ada jek post status marah2. org len mgkn tak tau la kot sape. tp aku tau dah la.. hihi.. so shutt.. senyap jek la.. hidup berumahtangga gitu ler.


Citer plak pasal family, yg aku pk dulu ialah m.usu aku n anak2 dia. thn pertama dia tak bersuami di pagi raya. termasuk la anak2. sian. kemudian pk kan nenek aku yg thn ni jugak la dia dah tak mewah mcm sblm2 ni. walaupun dia marah2kan arwah p.usu dulu. arwah p.usu tetap gak jlnkan kewajipan sbg anak beli kan baju raya nenek aku tuh. marah2.. tp time pg soping kemain gik dianya mewah. amik saja apa dia nak, walhal arwah p.usu tu bukan berduit sgt.. mak punya psl diam jek la.. kene ngalah m.usu la nmpknya. itu cerita dulu time arwah pak usu ada.. kenangan dia tak kan luput dari ingatan aku. smp ke mati aku bwk. mak aku plak.. thn ni dah dok kat kg tu.. rasanya tak de masalah la nak kemana2 pun. tak mcm sblm2 ni pk plak nak beraya ke mana. nak2 kalo merajuk ngan aku larik beraya ke ipoh umah mak long aku tuh. tak tau la thn ni nak buat jugak lagi. pelik. biarkan jek la.. aku diam jek.


yang pasti thn ni mmg tak de persiapan langsung untuk aku beraya. mau pun selepas raya.. kalo sibuk2 bwk kuih raya tu sori la aku tak dpt nak bwk. rasanya abis la kat kg kami mkn.. hihi... yg aku tau.. raya pertama kubur arwah p.usu aku akan aku tuju dulu mgkn lepak kejap umah m.usu. tu la yg aku terpk dr mula ramadhan smp la ke hari ni dan mgkn smp ke pg raya...

Khamis, 18 Ogos 2011

Tv oh tv..

Assalam..


Aku nak citer skit ni... dah bertahun2 tv lama aku tu elok je. tp tv baru tu.. baru jek 3thn.. dah rosak.. mmg sengal la. puas la kami dok betul2 kan.. tak gak bleh on... tensen pun ada gak. dari kul 10 mlm. last2 dua tdo.. hahaha...


kul 2 pagi hubby aku dok kejut kan aku soh buat air minum dia.. try la on jugak.. still tak boleh lagi. nak marah pun ada gak aku dah tu. giler la.. nmpk sgt la tak bagus nya brand LG tu. aku ingatkan samsung jek tak bagus. jangka hayat bertahan tu pun dah sama dah ngan samsung. tv lama aku tu jugak la yang bagus nya. brand tah pah apa tah.. sophia.. hahaha.. tp dah kat 13thn dah tv tu. time beli pun 2nd hand jek.. bayangkan la. huh.


nmpk gayanya mmg kene beli la tv baru ni. tp tgu dulu. dah la bonus pun tak dapat gik. tp td msg kat kwn tu dah buat baucer dah katanya. so in'Allah mgu dpn dpt la kot. lepas setel baju raya, setel betulkan tv tu dulu. ingat nak tanye dulu ada member kat umah tu. kot2 dia bleh betulkan. sbb dulu katanya keje bahagian buat tv tu. kalo tak gak.. mmg kene hantar kedai la nmpknya. masalahnya dah la tv tu berat. kalo hubby pun tak larat apa lagi aku. alahai.. sengal nya la skang ni. mcm2 hal... duit bonus tak seberapa.. tp mcm2 nak dibuat. huh.. tensen2..

Rabu, 17 Ogos 2011

Bonus

Assalam,

untuk pertama kali nya aku tak dpt bonus thn ni. jap2 bukan la tak dpt.. tp lambat dpt. kalo stiap tahun tu ada jek nama2 tercicir dpt bonus aku dgr. thn ni aku plak terbabit kene lmbt dpt bonus. sengal beb.

hari ni cuti nuzul quran, pertama kali jugak la aku bercuti nuzul quran. selangor kan opis aku skang. dulu tu wilayah persekutuan. hahahah.. sah2 la hari ni org2 selangor membanjiri kuala lumpur soping utk hari raya. aku tak la kata nak soping tp ingat nak la larik blk kg kejap. tak dpt la nmpknya. nak serbis kete gik.. hohoho.. sengal2.

frust rasanya bila tau aku nya nama tercicir dr dpt bonus. tah cara apa diorg byr aku pun tak tau. kalo bank tu kejap jek la. ni kalo baucer mmg lambat la jawab nya. yg pasti kwn aku ckp paling lambat pun time gaji dpt dah la. tu maknanya mgu depan. lambat la abis katanya. tak dak maknanya lambat abis. sehari gak bleh abis bonus tu. abis, stiap thn pun roadtax kete mati time bonus tu n time raya. mau tak sengal. tak penah gik nak rasa duit bonus tuk benda lain. hohoho.. bosan2. cuti2 gini kene plak dok umah. tak dpt soping. kalo dpt bleh gak la p kejap tgk kat first lady tu baju. dpt sepsg ok la. thn ni pun mmg tak dak hati nak beraya. pg raya jek la kot nak berbaju raya. arwah pak usu tak de. mak usu anak beranak pun tah apa citer. sian diorg.

harap2 dpt la cepat skit bonus aku tu. nak serbis kete kalo last2 minit mmg sengal. penuh. tak dilayan nya kalo serbis biasa. kalo tukar itu tukar ini laju jek. silap2 hb bleh bentang kapet merah tuk aku. hahahaa... budus bengkel zaman skang. mata duitan skit. giler la. tak pe.. harap2 cepat la aku dpt. sblm gaji ler hendaknya.

Ahad, 14 Ogos 2011

ada2 aje.

Assalam..

hari ni masuk ke 13 hari kita berpuasa kan. aku mcm gitu jugak. smlm ingat kan hubby tak blk lg dari outstation.. so berbuka la kat maidin, tetiba dia muncul plak kat maidin tu. nasib baik ler aku tak pg umah mak usu blk keje tu. lama gak tak pg umah mak usu. mengubati hati yang sedih kami ni sejak arwah pak usu tak ada.

niat tu aku batalkan sbb nampak mcm nak ujan jek blk keje smlm. tgk2 mmg lebat pun. giler.. sejam gak ujan lebat siap petir bagai. ari ni pun sama. huhu.. tp kami berbuka kat maidin gak. nak rehat masak aku ni. hahaha.. esok la aku masak. tp.. tak tau lagi mcm mana.

17 hb ni cuti kan. korang agak2 kl tu penuh ke idak dgn manusia warga selangor. hoho.. mesti penuh nya la. tp aku cadang nak blk kg kejap ari tu. in'allah kalo tak dak hal menghalang la. nak turun kl mmg tak kan punya jenis aku ni.. penuh dgn org nak bersoping raya wooooo... tak mo ler.. mau aku kene migrain tgk org ramai tu nnt. hubby aku mmg tak kan nak punya. dia mmg tak sker tempat org ramai ni.

mcm tak de aktivti jek aku skang.. nak buat apa agaknya ek.. entah la. makin dekat nak raya makin tak de semangat aku. jalani ibadah puasa jek.. hati nak raya mmg tak ada. kebetulan pulak mak mertua aku tu sakit kat hospital. makin tenat. entah la.. harap2 dia tak apa2 la. moga2 cepat la dia sembuh. tp mcm dah kritikal keadaannya tu. smp kan hubby aku pun tgh2 mlm di panggil along dia ke hospital tu. aduh hai.. mcm2 skang ni. runsing otak aku kian menjadi2. ermm... kat opis tu. entah la. mmg tak seronok sungguh. mgu ni direct smgu kene migrain. wah... mmg tak best.. cepat2 la pindah opis kalo boleh..

Jumaat, 12 Ogos 2011

Macam-macam..

Assalam...


Dah 12 hari kita berpuasa.. last aku update blog ni hari pertama kita berpuasa. so kat dua mgu gak la aku tak mengupdate... bukan apa, bz skit.. hari kedua berpuasa aku dh kene pegi kursus 3hari.. jumaat plak aku cuti. demam. mau tak nya... hari khamis tu si jacky bwk blk durian.. bleh la kata durian runtuh kat kami ni haa.. di jamu nya kami kwn2 dia kat bwh tu mkn durian.. 40 biji siut dia bwk blk.. sampai angkat tangan tak mo lagi dah durian.. hahahaha... amik ko.. sthn aku tak tingin durian dah.. ekekekke.. byk giler mkn mlm tu.. dia bukak satu2 biji soh mkn... amik.. dah la kat tempat kursus tu sejuk giler.. ekon tu kalo bulan puasa 3x ganda sejuknya kita rasa sbb berpuasa. yg paling tak best.. time kursus dpt plak fasilator yg membosankan.. huh.. sengal hidup nak smp ke ptg.. hahaha...


time kursus tu aku berdua dari bahagian ni pegi.. dgn izan. kebetulan dia dpt tukar ke pahang mgu dpn. kiranya hari ni dia last la. smlm aku pg lagi kursus, sehari jek. kiranya bulan ni jek dah ada 4hari aku berkursus. giler la.. rabu ritu aku masuk opis lmbt skit sbb migrain.. ikut hati mmg aku nak mc jek. dah la puasa aku kene plak migrain.. uwaaa.. sakit giler.. nak hantuk kepala kat dinding rasanya. nak time off masuk lmbt dah pg tu.. tak sabar nak blk umah nak berbuka mkn ubat. huhu... kat opis plak smp2 jek bising kemain gik kakak ni.. nak aku marah tak pasal2 plak aku yg kene blk kang.. dah tau sakit dok opis wat pe nnt diorg ckp. smp aku menangis la dpn PA aku.. tak tahan punya pasal.. mmg mood tak baik. rasa nak jerit2 jek kat diorg yg bising2 ni.. sakit jiwa... huh...


isnin tu PM dah umumkan kami dpt stgh bulan bonus.. huhu... yerker? aku ok jek la.. ada amik tak de nak ngumpat pun tak guna.. hohoho.. tp tak puas hati kat sorg minah dlm FB ni. kemain gik dia dok mengomel psl cuepacs mintak duit bonus utk penjawat awam. sengal tul minah tu. tah mana2 dtg tetiba nak komplen plak. siap ckp cuepacs tu pemintak sedekah tu tak tahan tu. bukan nak beking.. tp berhagak2 la nak menaip status ko tu kan.. giler la.. mcm la dia tu tak pernah ada kaitan langsung dgn kerajaan.. tak puas hati pun pasal kerajaan jgn ingat semua nya buruk jek.. sekolah dulu pun aku pasti gak la sekolah kerajaan. tu dah dikira kerajaan membantu gak tu kan.. mengurangkan kos pembelajaran dia. sengal. mcm la mak ayah atau pakcik mak cik ke sedara mara ke tak de keje kerajaan. dah n9 tu ko tak leh larik mana la.. mesti ada sangkut sorg keje kerajaan. sengal tgn dok menaip bukan2. kene ISA baru tau.. hahaha..


tukar2.. dah hampir 2mgu berpuasa.. dgr2 isnin ni dibayar bonus stgh bulan tu. 17hb selangor bercuti.. sakan la jem kat kl tu bersoping sakan diorg neh nnt. kakak2 kat sini plan awal2 dah tu.. sengal jek aku dgr. hahaha.. sabor2.. yg pasti stiap kali bonus atau bantuan raya aku mesti dulukan roadtax kete.. mati ngam2 tu beb time org beraya nak beraya atau pun lepas raya.. bila tah nak merasa duit tu buat soping.. hahaha.. adioss....

Isnin, 1 Ogos 2011

1 Ramadhan

Assalam..


Hari ni hari pertama umat islam di malaysia ni berpuasa. termasuk aku.. haha.. blom cuti lagi.. tp mcm hampir2 jek. huhu.. hari pertama bekerja dgn keadaan berpuasa ditempat baru. suasana yg mmg sungguh berbeza dgn tempat lama. aku mmg rasa tak seronok berpuasa kat sini. ditambah2 dgn mood yg tak berapa nak ada.


2 3 hari kebelakangan ni mmg aku susah hati. ada aje yg tak kene kat aku. mula la aku terbayang kan arwah pak usu. bila melarat dah pk ke arwah pak usu hati aku mula la sedih. tetiba jek air mata aku mengalir. sedih.. mmg ler aku sedih. sabtu hari tu besday mak usu. aku wish besday.. dia tak jwb pun. mungkin terlalu sedih. suasana yg berbeza sambut harijadi tanpa suami. skang kat opis ni dah la terlalu sejuk. dgn keadaan berpuasa lagi la tak boleh tahan. mgu ni cuma isnin dan jumaat aku masuk opis.. masuk ke jumaat? hahaha.. selasa - khamis aku ada kursus kat hq. entah mcm mana la kursus kat situ. alahai.. tah2 sejuk jugak mcm kat opis ni. sah2 dah tu. yg pasti aku tak perlu nak runsing2 dgn kerja kat opis selama 3hari tu. thn ni baru 3hari tu la pun aku ada kalo pegi. in'allah..


smlm.. untuk menghilangkan rasa sedih hati aku tu, aku mengemas rumah. abis habuk2 corok2 tu aku vacum. membasuh baju jek dah 4 kali trip termasuk la basuh sarung kusyen, alas kaki sekali. dalam bilik tu aku ejas2 skit.. terasa bosan plak dengan cara sama. rumah kecik mmg aku cepat jemu. tp sekurang2 nya lepas ngemas tu lega skit mata nak memandang. harum skit rumah tanpa habuk2. sejak hutan2 tu ditebang nak buat pembinaan lagi.. mmg abis berhabuk rumah2 kami tu. huhu.. letih aku nak nengok nya. cuma belum sempat lap jek abuk2 tu. aku vacum kan jek. sbb dah kepenatan.


sabtu tu aku tdo kat rumah jue. tinggal sorg. hati aku pun gundah gulana. so tdo rumah dia la. lepak2 last2 tertdo. pg ahad last breakfast sblm puasa. hihi. ptg lepas ngemas tu kami pg la jap tgk pokok kat nursery.. tp tutup plak. so apa gik.. tetiba plak jue sebut tingin kfc.. aku tekan minyak konar stering ke kl.. terus p ampang park mkn kat sana.. hahaa... at least dah puasa ni tak de la nak mkn benda2 gitu. dugaan woo.. hahaha.. smp umah kul 8 lebih jugak.. sbb jem skit. biasa la area situ.. mesti jem org blk soping. lepak jap kat maidin.. kul 9.30 aku naik atas. tp mata tak leh nak lelap plak.. jenuh jugak aku nak tdo.. last2 tertdo jugak. tak lena aku tdo.


dan skang kat opis.. aku bedal gak la tdo sejam td time rehat. nak menghabiskan masa smp blk. nak berbuka apa pun tak tau hari ni. maidin sah2 tutup. 1st puasa katanya.. so, kene la usha kat kedai kelantan kat masjid tu nampak nya. bukan tak nak masak. diet nasi beb.. bulan puasa ni nak tgk.. bleh turun ke idak berat aku... hihih.... lepas sahur tu mmg aku buat sit up.. kuikuikui.. sok kalo perut kempis.. miss, ko jgn jeles.. hahaha.... adiosss....


Selamat berbuka...........