Khamis, 31 Mei 2012

BlackBerry Curve

Assalam,

Akhirnya.. apa yang aku idamkan (idam la sgt, aku tau ko senyum cik miss.. hahaha) dapat juga. hehe.. sebelum ni masa tgh hangat BB tu keluar aku tak berminat langsung. melekat jek dengan HPhone idaman brand Nokia. hahaha.. dah bertahun2 aku guna nokia tu mmg payah ler nak tukar ke brand lain. bukan apa function dia tu tak sama. hehe... bila dah byk lg function bb tu dari nokia baru ler terpk nak membeli. tp masa tu manjang jek ler aku tak de duit. bukan tak de lgsg tp kalo ada tu lg baik disalurkan ke tempat2 yg lebih penting. nak ikut kan hati semua gajet aku bleh beli. haaa.. lepas tu menungkap la semua yg tertunggak. hahaha.. pepatah ukur baju dibadan sendiri tu aku guna selalu.. ekekke...

selesai setel satu masalah, suami aku bg duit beli blackberry. aku pilih curve jek.. tu pun kebetulan ada yg 2nd hand. still nampak baru lg. ok la tu. kalo dpt lagi murah apa salahnya kan. asalkan bleh guna. duit yg lebih tu bleh beli benda lain pulak. tp pun ada gik kegunaan tuk mkn ke, api air ke, mcm2 ler.

Al kisahnya dah pakai bb ni, jenuh aku nak menggodek. tak reti beb.. wakaka.. dah la nak taip msg pun merangkak2. mau tak nya kalo dah keypad dia tu kecik n dekat2 sgt. ekekeke.. tak ler mcm cik ms bz.. pro dah dia. bertahun kot dia pakai dah bb tu. hehe.. ni kalo dia baca mesti kutuk aku ni. hahaha.. tak pe ler.. tuk kesenangan ko gak cik ms bz weh.. senang ko nak bbm ngan aku kan. tak de la komplen gik lama aku tak kol ko. hahaha.. fb pun nyaris2 dah aku nak tutup tu. lama tak bukak punya psl smp kan paswed pun aku lupa. skali bukak tak leh plak nak log in.. wakakka..tak kisah la. yang penting skang aku dah bleh nak kontek2 org dgn bbm. sape2 nak no pin bbm aku tuh korang msg dulu ek.. tak leh nak pamerkan sini. kang tah sape2 amik msg bukan2 tak pasal2 kene ngan hubby aku. adehh.. bb tu dipantau oleh hubby aku. hekhek..

selesai 1 masalah

Assalam,

First, ku panjatkan kesyukuran kehadrat Illahi.. Satu masalah dah pun selesai. alhamdulillah... terima kasih Ya Allah. aku beryukur kepada mu. terima kasih ku jua buat suami tersayang. satu masalah dah selesai, dua lagi. tak lupa juga mungkin doa dari ibu aku.

Saat2 aku ketandusan idea untuk selesaikan masalah aku kol mak aku. mak berdoa untuk aku. mungkin berkat doa mak tu la Allah S.W.T permudahkan lagi jalan untuk aku. serta ada suami yang sentiasa menolong aku. Alhamdulillah.

Aku pasti dpt selesaikan masalah yang dua lagi tu. In'Allah.. yang pasti beringat, berdoa dan berusaha.. yeahh.. caiyokk... huhu..

Selasa, 29 Mei 2012

In'Allah...

Assalam,

Smlm kul 10 aku dpt msg. alhamdulillah.. bersyukur aku kehadrat Illahi... termakbul juga doa aku walaupun tak semua. Sungguh besar kebesaran Allah S.W.T. selama beberapa mgu ni aku dgn hubby mmg pening kepala nak setel kan pblm kewangan kami. tp syukur. walaupun tak byk masih boleh kami selesai kan dan dapat bertahan. aku mmg bersyukur dapat suami seperti hubby aku. sungguhpun dia gitu tapi bab keutamaan aku dia utamakan. sejak aku sakit dan doktor berckp dgn hubby, aku nampak dah apa yg aku tak nampak selama ni. atau pun semmgnya aku buat2 tak nmpk.

Perjalanan hidup aku selepas aku tunaikan puasa nazar 3mgu sudah alhamdulillah. sikit2 nampak perubahan. Puasa nazar. mesti korang pelik. selama ni hidup aku, terasa amat susah. apa yang aku buat apa yang aku atur semuanya tak menjadi. smpkan aku jadi sakit. dan hampir sakit yang tak akan baik2 kot. Itu la kuasa Allah S.W.T. aku sebagai hambanya lalai. Terlalu khilaf. 18thn dulu aku pernah buat niat. sekiranya aku lulus dalam PMR dan berjaya naik ke form 5 aku akan tunaikan puasa selama smgu. tp disbbkan keseronokkan dpt naik ke form 5 aku jd lupa. sehingga 18thn lama nya aku tidak menunaikan apa yang telah aku janjikan. selama 18thn la hidup aku susah. aku jd pelik. kadang tu tak la sesusah mana pun tuk dpt rezeki. tp kenapa jd susah rezeki tu nak masuk. ada jek. aku pk ok last2 terlepas. aku pk bahagia tp tak. aku aturkan dan pk berjaya juga tak. semua nya. skang. lepas aku tunaikan puasa nazar aku tu, alhamdulillah. apa yang susah aku panjat kan doa kehadrat Illahi, walaupun lambat tp syukur sikit2 boleh selesai. sejak tu mmg aku tak berani dah nak berniat atau pasang nazar. mmg aku takut. sgt2 la takut.

Aku harap, selepas ni hidup aku beransur baik, tak kaya tak apa asal tak sesak. kalo ada duit pun cepat jek duit tu abis. aku pun tak tau kemana. pelik. tu baru sikit. kalo juta2 agaknya lagi tak nampak. skang aku cuba atur pelan2 balik hidup aku. In'Allah.. kalo tak de halangan lagi aku pasti berjaya. rumahtangga aku pun kembali tenang skang ni. walaupun hakikat nya aku harus terima, satu ketika dulu mmg pedih.. tp alhamdulillah.. hubby aku semakin memahami aku dan aku pun kene belajar bersabar. itu yang penting. untuk keluarga aku pun in'allah.. pelan2 aku nak atur hidup ni termasuk kalian.. doa kan aku. Amin..

hilang

Assalam,

Mgu baru.. tapi hari pertama aku bekerja. hehe.. mau tak nya.. ni nak cerita skit apa yang berlaku mgu lepas. Alkisah nya khamis ritu aku kene migrain kat opis ni. mmg dari mlm tu aku kene dah migrain.. tp tak sangka la plak teruk smp ke opis. biasa kalo aku rehat tu bleh jugak mengurangkan sakit tu. kebetulan cc aku tak de plak masa tu kat opis. so segan nak pegi rehat kat tempat dia. alamatnya sakit tu bertambah2 walaupun aku rehat kat bahagian aku ni. tdo mmg tak boleh nak tdo. sakit makin kuat smp aku tak boleh la nak kawal dari menangis. pukul 11.30 aku pegi ke klinik jugak. paksa doktor tu bg aku amik injeksen. nahh.. smp lebam nurse tu injek punggung aku. huhu.. tak tau la mcm mana dia injek. sblm injek tu pun dah nmpk kalut sbb mak dia kol. lepas injek aku tu sambung kol mak dia blk. kesian pun ada nurse ni.. tak mcm aku keje opis ada jugak la masa nak angkat pon personal kan.. kan.. yer la kalo dah urgent, tak kan kita tak nak angkat.. nak2 kalo tu kol dari mak kita. tah apa yg jd emejensi pun kita tak tau kalo tak angkat. tau2 jek nnt menyesal.. haa... baru tau..

jumaat tu mmg aku dah apply cuti rehat. untuk merehat kan otak aku dan badan aku untuk aku menstabilkan diri di opis ni semula. pelan2. cuti berbaki selama untuk 5bulan ni aku jimat2. mmg layak lagi nak amik.. tp aku amik sehari je dulu sbb dah terlalu letih otak aku. In'Allah.. aku harap2 lepas ni tak de masalah lagi untuk aku berada kat opis ni.

nak dijadikan cerita aku terpaksa amik EL smlm. sbb nya? haaa.. sabtu hari tu, hubby aku terjatuh masa main futsal. pinggang dia terhempas ke batu konkrit yg jd penguat utk khemah (tah apa2 tah nama sesuai) tempat futsal tu. mmg teruk hubby nya kecederaan smp tak boleh tdo n tak boleh nak berjln. mungkin urat tu dah buat hubby bengkak kaki jugak pun yer sbb tak boleh berjalan. sbb risau tu la aku terpaksa amik EL nak bwk ke hospital tak pun klinik. tp jenuh tul ngajak. ishk.. tak tau la nape takut sangat nak pg klinik atau hospital. tak mcm aku senang2 nak pg klinik.. ekkekeke.. tp kalo tak pegi mana boleh tahan wooo.. kalo boleh aku hentak paler kat dinding mmg aku buat.. tak tahan dgn sakit tu.. azab tul rasanya. haaa.. kan.. gitu ler cerita nya.. nape tak berupdate.. tp mmg nak update jek blog ni. dah lama rasanya aku tak update. mmg byk cerita nak luahkan. tp maaf ler aku ni tak pandai bercerita. so taip jek asal korang pun paham udah yer. adioossss..

Rabu, 23 Mei 2012

ermmm...

Assalam,

Rabu sudah... pagi ni bahagian aku ada mesyuarat. smlm pa aku dah pesan tlg sediakan cawan2 untuk meeting tu nnt. pagi2 sgt aku dtg pun releks dulu. pukul 8 baru start buat semua. tp last2 aku tak masuk sbb nak kene jd despatch.. huhu.. keje yg bukan keje aku dah jd keje utama aku skang hari2. dah kat sini tak de despatch kan. mmg sengal.

letih, sakit kepala badan lemau.. rasa nak pengsan tu jgn ckp la. mlm td suami aku pun aku tak peduli. punya la letih. blk keje tu aku terus baring n ttdo. entah bila pun aku tak sedar.. tau2 suami aku dah ada kat sebelah jek tp sbb berat nya mata aku tak pedulik jugak. smp la suami aku kejutkan aku tuk mkn mlm. kesian dia sejak aku start keje ni mmg terabai skit. aku tdo blk keje bukan apa.. sbb dah tau aku nak kene berjaga mlm teman suami aku. sbb tu aku tdo stiap kali balik dari keje. kalo aku tak tdo alamatnya mmg kul 10 dah menguap n tak leh tahan la mata aku ni. kalo tdo tu at least bertahan jugak la smp kul 3 4 pg.. skang ni tdo pun 1 jam stgh ke 2 jam stgh jek sblm aku p keje. tu yg terpaksa kaber ptg tu.

esok khamis dan lusa jumaat. kali kedua tuk cek up darah tinggi. aku nak pg ptg kali ni. at least kalo ptg tu tak de la sia2 jek masuk opis. ni kalo pg pagi mcm mgu lps kul 8 - 12 tghri time slip aku.. separuh hari la aku tak de kat opis. ptg dah kul bape jek tuk buat keje. mesti diorg sengal kalo gitu jek. tp kalo terpaksa aku pg gak la pg. ikut kan nak cek darah tinggi ni kene pg2. bukan ptg kan. hihi.. mgu lepas memberangsangkan skit. ok la tu. aku tak mau kene makan ubat darah tinggi. masak aku nnt. mmg susah ler kalo dah kene mkn ubat.

agaknya bila la aku boleh memboling. sejak ms bz woman tu bertukar ke perak mmg tak sentuh dah bola boling aku tu. ajak suami manjang jek tak jd. kwn2 kat umah tu plak plan jek lebih cukup masa semua kensel. ni katanya esok nak memboling. entah jd lagi ke tak. ikut aku nak pg smlm tp tak jd gak. suami aku pun mcm malas jek nak melayan aku tuh. baik dia layan kwn2 dia. adehhai... nak kene kol blk geng2 boling opis lama. mana tau boleh join diorg traning tiap2 hari jumaat kan.. tp rajin ke?

Selasa, 22 Mei 2012

Ms Bz Woman

Assalam,

Sapa yang follow blog ni mesti bosan. tak abis2 baca semua masalah yang melanda dalam hdp aku. tp tu la hakikatnya. entah la. tapi hari ni aku nak citer bab lain.

Sejak aku sakit start bulan dis'11 lalu, aku mmg dah jarang giler la kontek kawan aku si bz woman tu. hehe.. almaklumlah.. dia pun sibuk dgn keje2 dia. sejak dia bertukar ke perak nun, mmg aku payah dah la nak jumpa dia. ada sekali tu dia turun kl ni. pun tak sempat gak nak jumpa. dah la kebetulan aku sakit masa tu. dia pun sbb nak pegi bercuti dgn mak ayah dia ke indon. tu yang turun kl tdo umah lama dia tu. umah tu masih ada lg sbb adik dia dok situ. adik dia pun nak kawin dah mgu ni.

Semalam, al kisahnya dia kol aku. lama benar agaknya tak dgr kabar dari aku. byk kali aku tegur dia kat ym tak berjwb pun. sibuk bebenor ko ek. haha.. tp tu la. kat opis ni pun dah blok semua la website sosial ni. specially FB ler kan. sebut pasal FB. mmg lama dah aku tak bukak. silap2 hb tutup kot akaun FB aku tu. tp rasa sayang plak. nnt ler aku aktif balik. tp buat masa skang ni biar kan dulu. tumpu kan dulu kat mcm mana cara aku nak hidup selesa kat opis ni dari kul 7.30pg - 4.30 ptg. seharian kat opis dgn keadaan aku yg tak berapa memberangsangkan. huhu..

Berbalik kat citer kawan aku tuh. esok dia nak blk kg katanya sbb adik dia nak kawin mgu ni. akhirnya.. tp dia yg susah hati plak.. haha.. mau tak sbb lepas setel jek aku rasa mmg dia la diterjah dgn mcm2 soalan.. terutama 'haaa.. awak bila lagi?' hehee.. nak wat cam ne.. standby jek la.. ekekeke... lama tul aku nak tgu dia turun kl. tah bila la agaknya. aku mmg pk dah susah dah nak jumpa dia sejak dia tukar keje ke perak tu. dulu pun aku tak stuju gak dia pindah sana. yer ler tak de kwn dah la aku kalo dia pindah. mmg betul pun.. dia la jugak kwn aku memboling. smp berhabuk dah la bola boling aku tu. konon nak aktif boling. tp kat opis ni mcm tak menarik nak aktif. rasanya mau aku kol blk member opis lama yg dok praktis stiap jumaat mlm. tp rajin ke? hahaha... tgk macam mana ler kan..

Mcm2 ek.. tp kan sejak minah tu tukar ke perak.. aku ni mmg tak de kwn dah ler.. jgn kata dia.. si cilz pun sama gak la dah pindah ke kuantan sejak hal dia thn lepas tu. mungkin dah bahagia dia kat sana. al kisahnya aku jugak kat sini. kalo la boleh aku blk kg.. tp boleh ke hidup kat kg? teringin jek nak dok kat rumah arwah mak mertua aku. tp mcm tak boleh jek suami aku tuh. dia tu boleh ke hidup kat kg halaman dia lepas berbelas thn dia tinggalkan? nak blk kg masa arwah mak dia ada pun susah suami aku tuh. kalo la suami aku kata ok dok kat rumah arwah mak dia, rela kot aku bertukar ke sana. mana jek la ajensi kerajaan kan. rasanya tak de masalah sbb rumah arwah mak mertua aku tu pun mmg dekat bandar. tp tu la.. panjang lagi. mcm dah tak larat jek aku nak dok kl ni. alahai..

Tersasul plak. hahaha.. byk benar tu nak citer.. sebulan sudah aku baru ler dpt kwn baru.. ikut kan dia tu tak la baru pun. kami dok berjiran dah 4thn.. hahahah.. tp aku ni mmg jenis awal2 kalo tgk org tu dah buat pangai aku tak suka, mmg tak suka la jwb nya. mcm si bz woman ni la. awal2 dulu pun tak suka gak dia. gedik jek aku tgk.. hahahaha.. jgn marah.. tp last2 dia la kawan baik aku.. kwn gaduh pun dia gak. aku mmg tak de lgsg kwn yg boleh buat kwn gaduh. kwn nak suka2 tu berlambak. nasihat menasihat dia la orgnya. tak sependapat kadang2 tu bertekak kami berdua.. heheh.. tp sbbkan masing2 dah tau perangai masing2 tak amik hati pun. huhu... si kwn baru ni muda gik dari aku...ada la dalam 30 kot umur dia. lupa dah aku. keje kat tv3.. hahaa.. tp tak la rapat mana pun. kalo kebetulan tunang dia join futsal ke lepak ke apa ke kebetulan dia ada baru ler berborak. ikut kan tunang dia jek melepak sakan dgn hubby aku tuh. hari2 dok msg hubby aku kalo blk keje. smp hubby aku marah dia. hahaha.. kebetulan si dia ni pun org terganu gak.. kuala berang.. kuikuikui.. dekat ke ngan ko weh? hahaha.. aku pun lupa ko kat mana.. kuala terengganu kan? ahaks.. entah ler.. gitu ler citer nya kan..

Skang langkah pertama aku nak cari kwn memboling. ikut hati nak jek boling sorang2 hubby aku kalo ajak ok jek dia nak meneman. tp mcm tak best plak dia dok tgk aku jek men sorang2. sah2 ler dia tak leh men dah lepas tgn masuk besi tu. pobia kot nak men boling. smp skang tak berani gik angkat bola boling tu. takut terkeluar lak besi dari tgn dia tu. entah ler.. aku berharap sgt2 aku semakin sembuh. agar perjalanan hidup aku berjalan dgn lancar selepas ni. setakat ni alhamdullilah.. masih ada lagi pertolongan dari Allah S.W.T untuk aku... Aku bersyukur sgt2... Amin....

Isnin, 21 Mei 2012

Isnin yang bosan

Assalam..

Back to Office yang tak memberikan aku kesan yang bagus untuk pemikiran dan jiwa aku. entah la kenapa. asal ada je kat opis ni aku dah susah hati. jgn kata ada kat opis.. dah tau jek nak keje esok nya aku dah mula sakit jiwa. sakit kepala dah pagi2 lagi... stress dibuatnya.

Entah apa yang tak kene kat sini. aku ni nak menahan sakit kepala smp tghri. kalo ok smp la ke ptg kang. ishk.. mmg sakit.. nak rehat kat belakang.. sudah nya kang mau jd umpatan yang lain tu jek. diorg tu rasanya pantang aku dok berehat mmg sengal jek diorg. entah la.. bila agaknya aku nak keluar dari tempat ni. sakit jiwa..

dua hari berehat kat rumah mmg tak cukup rasanya pada aku. sepatutnya dua hari tu membosankan aku.. buatkan aku tak sabar nak back to work. tp ini tidak.. smp bila? entah la. aku tgh usahakan nak buat surat utk dptkan laporan perubatan aku dari hospital. surat tu aku nak fowardkan ke org yg berkenaan. biar dia tau. ingat aku memain ke. sakit jiwa pk kan org tu. huh..

Jumaat, 18 Mei 2012

tah..

Assalam..

Jumaat sudah untuk mgu ini.. mgu depan akan aku berusaha untuk hadir penuh ke pejabat. timbalan aku bg nasihat kalo aku sakit dok jek rehat kat belakang tu. dia tak kisah.. mungkin bos pun mcm tu jugak. tp aku pun tak nak dgr org ckp2 belakang aku. aku rasa la.. sepanjang aku kat sini dosa org2 kat sini mesti byk sbb mengumpat aku. baik aku takde apatah lagi aku ada kat opis ni.

Pg td aku pegi klinik appt psl darah tinggi aku tu. aku mmg takut. so sblm pegi aku cuba merelekskan diri supaya tekanan darah aku tu tak tinggi. tp lepas2 dari tu plak la aku naik kot darah tinggi sbb migrain aku dtg. smp opis jek dah kul 11 pg.. ikut kat time slip aku tu smp kul 12. ikut hati mmg aku nak masuk lepas waktu rehat jek. tp tu la.. kang diorg kata aku melampau plak. tak pe la aku tdo jek time rehat td kat bilik cc.. tp tu la.. tak hilang2 gak ni.. alahai... selang sehari aku mesti kene lagi migrain. bosan dah aku mcm ni. tu pasal la aku kontrol supaya time check up td supaya tekanan darah aku tu tak naik. kang tak pasal2 aku kene mkn ubat darah tinggi plak. ada lagi 3kali appt.. harap2 tak de masalah la. mmg tak larat dah aku dgn sakit itu sakit ini.. bosan dah. baru 30an dah mcm2 penyakit. bila agaknya aku nak kembali sihat tanpa sebarang penyakit.

Khamis, 17 Mei 2012

letih

Assalam..

Entah hari keberapa aku bekerja hari ni. sakit mcm itu jugak. migrain makin menjadi2. dua hari lepas aku pegi appt kat hospital.. perkembangan dari segi lain alhamdulillah.. tp migrain aku pulak yang semakin menjadi2.. tak mcm aku rehat 4bulan yang lepas.

Esok.. hari pertama utk aku pegi cek darah tinggi.. mmg semakin stress aku bila pk kan aku dah kene darah tinggi. tp aku harap2 tu bukan kekal. nak pegi cek up ni pun nak pastikan.. kalo betul aku kene darah tinggi mmg sah la aku kene makan ubat yang tak kan berhenti dah lepas tu. ubat yang sedia ada pun tak larat dah aku nak makan.. ni kan plak ubat yg mmg tak boleh nak stop ikut suka aku. pening la. mmg stress..

Suami aku pun makin stress aku tgk. agak nya selama ni dia bertahan.. dan skang dah tak boleh nak tahan.. kesian aku tgk dia. silap2 hari bulan dia pun boleh sakit mcm aku jugak. betul la tu dia ckp. nnt sama2 pegi appt kat hospital. entah la.. masalah yang sedia ada pun aku tak boleh nak tangani dah.. cuma berdoa agar aku dpt bertahan jek skang ni. suami aku jgn ckp la.. dah tak tertahan aku rasa dia tu.. kesian aku tgk... nak ckp byk mmg aku tak leh nak cakap.. nnt dia naik hangin.. skang ni mmg mudah dah dia naik hangin. tak boleh silap skit. kalo dulu mmg susah nak tgk dia naik hangin.. skang cepat aje. pantang aku salah ckp dia plak dah mcm aku.. tu sbb aku diam jek skang dan bertahan.. harap2..

Isnin, 14 Mei 2012

Darah Tinggi??

Assalam,

Mgu ke3 bekerja.. tapi aku tetap mcm tu jugak.. cuma aku skang ni kuat kan semangat nak kembali bekerja kat sini. sungguh pun aku tak sesuai dan semakin stress kat sini. mgu lepas aku berjumpa dgn bos aku. tujuan tu nak mintak pelepasan dan nak terangkan keadaan aku sebenar. tp dia tak boleh juga nak lepaskan aku tanpa pengganti. mmg semakin aku susah. tak pe la, yang penting skang aku berharap dia faham dgn keadaan aku. jgn nnt dia kata aku plak yang sengaja. dia pun suruh aku cari cara tuk tangani stress aku tu. mcm mana?? kalau la aku tau..

jumaat lepas aku ke klinik. esok appt plak kat hospital. migrain aku mmg dah dtg balik dgn kerap skang ni. tp hari jumaat tu. tekanan darah tinggi plak dpt aku kesan. aku tanye kat doktor.. dia kata kemungkinan sbbkan migrain aku tu.. tp selama ni tak de pun. satu lagi alasan dia ssbkan keturunan. ikutkan mmg ada pun. tp umur aku baru 30an.. tak kan dah secepat ni aku kene darah tinggi. so, doktor bg appt tuk aku stiap mgu aku kene dtg cek darah tinggi aku selama sebulan nak sahkan aku ada darah tinggi atau tak. kalo sah mmg la aku kene mkn ubat. mmg makin aku takut. sabtu ahad aku asyik nak pitam jek.. pening dah aku ngan diri aku skang ni.

Khamis, 3 Mei 2012

Kembali berkerja

Assalam,

Hari ni adalah hari kedua aku kembali ke opis yang tidak menenangkan diri.. setelah 4bulan aku mc dan ambil cuti tanpa gaji disebabkan sakit aku tu. skang alhamdulillah hampir tenang.. namun sejak kembali ke opis ni semalam rasa mcm penyakit aku tu datang balik. mula stress n mula la aku dah tak dok diam n tak tenteram rasanya.

sejak cuti aku rasa aman, tenang mcm dulu.. tak ada pun rasa susah hati tu. aku rasa mmg disebabkan aku stress kat tempat keje ni yg membawak masalah tu ke rumah dan jadi besar. dulu kalo nak diiukutkan aku ada jugak masalah kat rumah.. tp masih aje aku boleh handle masalah tu. sejak bertukar ke sini aku mmg sakit yang teramat sakit.

smlm aku cuba berbincang dgn timbalan bos aku. mintak jasa baik dia berbincang dgn bos aku untuk melepaskan aku dgn pengganti kemudian. puas dah aku cek sana sini mcm mana nak permudahkan aku untuk keluar dari sini. selagi dengan perkataan pengganti serentak tu mmg tak kan keluar lah aku dari sini. sape jek nak memohon keluar mintak ke sini.. berkurun la nmpk nya.

aku bukan hipokrit.. nak pilih tempat keje.. tp sememangnya aku dah tak selesa disini.. ditempat ini.. mahupun mana2 tempat di bwh pengelola ini. aku tak kisah berada dimana, asalkan tmpt tu selesa pada aku bukan aku tak cuba menyesuaikan diri.. skang dah lebih 8bulan sehingga aku sakit dan skang dah sthn aku disini namun aku masih tak boleh nak berada disini.. aku pun pelik.. entah lah. pening kepala blk. sejak cuti dulu tu migrain aku pun payah nak kene.. apa lagi perasaan aku kembali tenang tak sakit dan skang aku pasti punca aku sakit bukan masalah rmhtgga aku tp tempat keje aku ni yg smp membabitkan rmhtgga dan keluarga aku. pening. aku dah cuba terangkan kat timbalan aku smlm. tp diorg tak paham pun dan tak nak paham yg aku tak boleh nak berada disini. aku berdoa la yg tuhan bukak kan pintu hati bos aku utk lepaskan aku dgn pengganti kemudian.. In'Allah.. amin...