Jumaat, 24 April 2015

syahrin

Assalam..

Sekian lama... finally.. dh 3bln pulak x update blog ni. entah kenapa la berat sgt tgn ni nak update. ada je masa kadang tu kalo kat opis bleh lagi curi2 utk update. kalo kat umah mmg x la kan.. jgn harap dpt pegang hp lama2 dgn si kecik tu. sibuk nak rebut juga. nak tgk talking tom dia.. hahahah..

sepanjang 3bulan ni mcm2 hal, mcm2 mood ada. dah x larat nak pk or flashback the story la. biar kan aja ianya berlalu. walaupun kenangan manis or pahit. so skang just nak share pic my bambam tu yg dah 9bln. mcm2 perangai, mcm2 hal. yang mmg menyentuh hati sbg seorg mommy n ayah. buah hati pengarang jantung kami. biar penat mcm mana pun, mood yg x baik mcm mana pun bila tgk muka si kecik kami ni mmg hilang kepenatan keresahan kat hati.

x sanggup tgk si kecik tu terluka walau sikit pun. si ayah pun kalo luka sikit je kecik tu mula la dia pun mood berubah. kalo dulu katanya x suka tp skang alhamdulillah.. kehadiran kecik tu mmg merubah segalanya. mungkin berkat doa ketika sebelum hamilkan dia lagi. xtau adakah dgn kehamilan tu nnt semua nya akan baik atau sebaliknya. kalo sebaliknya tu mmg i redha kan saja. tp alhamdulillah semuanya baik..

okay.. jom tgk pic my bambam..


















Jumaat, 27 Februari 2015

Syahrin 7bln

Assalam...

Mula dah la terasa kebosanan duduk kt sini.. hari2 xde mood nak ngadap deme neh.. meh la kita layan pic2 anak ahkak.. kejap je rasa dia membesar.. dh masuk 8 bln dh.. pantas masa berlalu... hukhukhuk..



Khamis, 26 Februari 2015

Menyampah

Assalam....

Khamis.. spjg mgu ni rasa mcm berbulu2 je dok kt sini.. makin menyampah pun ada. Mmg susah kalo ada org kaki kipas kt opis ni. Nak naik cpt, pijak2 kepala org...org tu aku plak tu. Menyampah btl...

Tmpt ni dah x best mcm dulu.  Sejak mid btukar, pn emi dh tukar, cc dh pencen...charm tukar.. pn ina bcuti skang.. fuhh...mmg seksa.. ntah dpt ke tidak btukar dlm masa tdekat ni. Tgk kwn2 yg mtk tukar semuanya mkn masa yg lama. Alahai..

Tu bkn sbb utama la nak btukar kan... sbbnya dh ada bby ni.. susah nak kene p keje kt luar.. sini slalu kene keje kuar.. adoii.. ssh la nk tgl bby kecik neh.. adehh...

Apa pun cpt ler tukar..  bosan kt sini oiii...


Sumber : Google

Khamis, 8 Januari 2015

sifat manusia di zaman mellinium..

Salam,

Hampir 2bulan x berpeluang nak update blog ni. sejak ada bby kurang rasanya dpt menjengahkan diri di sini. apa lagi dgn tugasan harian sbg mummy, isteri n pekerja. kalo dulu xde bby byk la masa, namun sejak ada bby ni mmg sehabis boleh akan ditumpukan kepada si dia. perhatian yg lebih mmg amat2 diperlukannya terutama dari ai mummy tercinta.

sejak dua menjak ni, hati tersangat2 la sensetif bila tgk kat dada2 akhbar, wall2 fb tentang mangsa2 banjir baru2 ni. sedih rasanya bila pic2 yg dipostkan tu ada terpapar pic bby duduk dlm kotak, dlm sampan sambil di dodoikan ayah n ibu masing2. tersgt2 la sedih. menitik air mata ni. apa lagi bila melihat ada yg sanggup membuang anak dlm toilet, kat sungai, dlm plastik di tong sampah. sedih rasanya hati ni. entah kenapa agaknya. terbayangkan anak sndiri jika bernasib begitu. alhamdulillah walaupun bukan lahir dlm keluarga yg kaya, tp bby ai lebih beruntung dr anak2 yg dibuang dan anak2 mangsa banjir.

xde kah perasaan mereka2 yg membuang anak mereka? berpenat lelah, bergadai nyawa lebih2 lg selama 9bulan anak tu berada dlm bdn kita menemani kita, malah memahami perasaan sedih kita apa lgi perasaan happy kita. hanya anak dlm kandungan kita la yg tau dan menemani kita.. tiba masa dia lahir kita senang2 je nak buang dia yg telah menemani kita di saat kita susah dan bersedih apa lagi happy. kenapa? apa nak jd dgn manusia di zaman sekarang ni? sedih rasanya.. perasaan ni menjadi semakin sensetif kerana hari2 melihat post2 gitu.. Allahhuakbar....

Khamis, 13 November 2014

16 Julai 2014 Detik terindah dlm hidup

Assalam...

Setelah beberapa bulan mengharungi detik2 menghamilkan anak, melahirkan dan berpantang.. kini aku kembali ke pejabat. sebulan sudah aku mula bekerja. disaat2 meninggalkan anak yg masih mentah dalam jagaan babysitter.. aku sedih.. namun kecekalan hati, kesabaran dan dah menjadi kebiasaan akhirnya berjaya.. pun mcm tu masih merindui anak kecil ku itu juga jika otak ini berserabut dgn memikirkan masalah yang tak kan ada penghunjungnya selagi mata tidak tutup terus..

hahahhaa.. nak jamu korang2 semua dgn pic2 my little baby.. yg cute mute.. pada sang mommy ler kan.. kat korang2 semua mengikut pandangan masing2.. huhu... jom layan..

ketika lahir 

gelap skit sbb kuning

hampir 2bln kene kuning 

dah mula berisi

dah makin cerah bila kuning tu ilang

pandai dah main2 

Oh! mummy luv u baby.. luv u much.. u r my nyawa

Khamis, 26 Jun 2014

Admitted kerana uri

Assalam uols..

Lama rasanya ai x update blog ni kan.. Haishh.. Dah 3mgu masuk hospital kerana uri kat bwh.. Mula nak masuk hospital tu mmg sedih sgt la.. Sbb nak tglkan husband yg x pandai bt apa pun tu sorg2 kt rmh.. Sedih bkn masuk hospital, tp memikirkan husband tu.. Air sndri pun dia x pandai bt.. Alahai..

Awal2 masuk nasib ai baik sbb sebelah katil pun kes sama gak uri kt bwh.. So, dua mgu pertama tu xdak la sunyi, ada kwn kan...jumaat 20hb kami scan lg.. Ai ni doc kata uri still kat bwh juga.. Alahai.. Sedih dgr.. Dok kt luar tgu kwn sorg tu plak. Dia kuar2 je dgn senyum melebar.. Rupanya uri dh naik ke atas.. Terus blh discharge hari tu. Ikut kan kami ni tiap2 jumaat doc bg blk kalo xde bleeding n still blom cecah 36mgu.. Tp kwn tu dh 35mgu terus discharge.. Mmg lega la dia.. Hampanya hati ni tuhan je la yg tahu...ahad tu masuk bll tanpa ada kwn tu lg..

Isnin selasa rabu dan khamis...lmbtnya la waktu berlalu ai rasa.. Esok jumaat genap 34mgu dn masih lg bharap dpt blk sbb xde bleeding pun. Katil2 yg ada ni skali kuar semua kosong. Mlm td ai tdo sorg je.. Sedihnya.. Pg ni dh masuk org.. Tp masing2 semua nya x ramah mesra.. Semua dok tarik langsir je.. Alahai.. Tambah2 la sedih hati.. Husband plak selasa je dia dtg. Mgkn sibuk, dh tu plak panas dn jerebu skang ni. Kesian plak dia..

Tgu lg mgu depan..ahad ni dh puasa pun.. Ai kompem la x dpt. Dh la ddk hospital.. Nak sahur cmne.. Husband pun kata x pyh la dh ngandung dok plak hospital. Ahad ni nak amik bsp doc kata. Ermm.. Letih la bln puasa x dpt puasa jenuh nk ganti.. Adoii.. Kira lg nnt smp jumaat sbb jumaat tu scan lg.. Doc dah kompemkan utk operate kalo uri still x naik. Date pun doc dah bagi.. Sedihnya.. Bkn xnk.. Tp nk jaga tu yg ssh.. X mcm normal.. Syahdunya hati.. Redha.. Asalkan bby ngan ai selamat dan sihat.. Dijauhi segala mcm masalah bila dh bersalin nnt la hendaknya.. Aminn...

Sabtu, 7 Jun 2014

Allahhuakbar.. Subhanallah..

Assalam uols..

5.6.2014.. Pg2 lg dh kuar umah nk pg hospital utk cek up.. Nasib baik smp awal sbb hari ujan. Hihi.. Hari ni nasib baik sbb smp awal so no giliran pun awal.. Kat sini mcm bsistem skit gilirannya so ok la kan..

Mcm biasa la, tekanan darah, timbang berat, cek air kencing then bru tgu turn nak scan. Bila dah smp turn, staff yg bt scanning tu kata bby sihat.. Alhamdulillah.. Mmg aktif bby ai ni kan.. Cek saiz bdn saiz kepala.. Semua ok.. Pastu kata lg bby boy.. Alahaiii...xpe.. Yg penting bby ni sihat.. Kannn.. Ai pun tanya la uri kt mana.. Dia kata kt bwh.. Huh.. Berderau dgr.. Adoiiii.. Kompem doc soh ddk spital.

Bila masuk bilik doc.. Mmg kompem doc suruh doc hospital. Terus tgk uri kat mana plak tu. Adoiiii... Puas ngelat kata xnk ddk hospital.. Tp apakan daya.. Adoiii.. Doc kata kalo x bleeding blh la blk sabtu ahad. Selagi x cecah 36mgu...lps tu kalo still x naik 36 tu terus x blh blk dah...adesss.. Sabar je la dgr kan...

Skang ai harap2 sgt xde lg mslh lps ni.. Moga2 uri tu naik dn blh la blk.. Rimas rasanya nk ddk hospital sehari, ni kan plak bulan... Huhu.. Adoiiii...

Selasa, 3 Jun 2014

Debar scan khamis ni

Salam uols.. 

Tgk la pic i yg dah gemuk ni. muka makin tembam kot.. aduii.. bru muka.. blom tgk bdn ngan kaki lg. hahahaha..  berdebar2 sbenarnya nak tgu khamis ni utk cek up kat hospital skali lagi. nak scan uri still kat bwh lg atau dh naik ke atas. mgu ni dah masuk mgu ke 31. jgn la x naik lg. kalo x naik nnt doc soh duduk dlm hospital mgu ke 32 tu. alahaiiii.. bosan kot dok baring mkn minum tdo je dlm tu. mau meroyan plak nnt. hahahaha.. 

jumaat lepas, kwn yg sama pegnen yg spttnya due date dia 24hb jun ni dah pun kene masuk spital. dari awal pegnen dia ok je, xde la mcm i kan muntah sana, alah sini. sakit itu, ubat sini.. adoiii.. tiba2 je doc scan kata air ketuban dh kurang sgt. tu psl kene masuk spital. isnin kene paksa bersalin katanya. smlm, dah dua kali injek ubat utk bukak laluan pun masih lg 1cm. smp la ke hari ni. x juga bersalin lagi. tgh tgu darah atau keputusan darah kot kata si fatin. adoiii la.. sian dgr dia. kene paksa bersalin. smlm x bukak laluan maknanya mmg kene operate hari ni kata doc. tp tu xtau la apa citer lg. harap2 semuanya selamat dan berjalan lancar. jantina anak pun dia xtau. byk lak dugaan dia. ni kandungan ke 3 kot lps dua kandungan dia gugur. sian.. 

makin dekat dgn tarikh ke hospital makin stress rasanya. rasa2 hari tu mcm dh naik je uri tu. sbb bby tendang2 kat tempat uri tu terletak. haish, jgn bby tendang smp uri tu tutup laluan sudah. sblm ni baru tahap 2, so masih berpeluang bersalin normal. kalo la uri tutup laluan alamatnya mmg operate juga la. adehhh.. mcm2 dugaan tul kan org yg pegnen ni. i mgkn sbb dah berumur. skang dah pertengahan 30-40. mcm2 dugaan btl. lgpun pemakanan mgkn main kan peranan gak kot.. tu pun nasib baik la amik langkah berjaga2 dgn masak sndiri kalo kat umah tu. lg pun sian kat hubby. dia jenis suka mkn kat umah. 

walaupun dh masuk 31mgu, keje umah sumer still lg buat. masak, basuh baju (mesin basuh) sidai. sapu rumah, lipat bju. kadang tu basuh bilik air lagi. tertonggeng2 la dlm bilik air tu. nak masak pun kalo nak menumbuk kene duduk jgk. nak bgn dah rasa seksa blk. aduiiii.. nak buat mcm mana. suami xtau buat keje2 tu semua. yg dia rajin tlg buang sampah dgn pg psr beli lauk je. tu pun beli ayam atau daging je la. yg bahan2 mmg xdak la. kan. kehkehkeh.. syukur gak la walaupun tlg takat tu je. kat opis? ermm.. jgn ckp la. skang ni selagi bleh bwk kete p keje, bwk je la. lg pun hubby dah tlg bg kemudahan pakai kete dia yg oto tu banding kete i yg manual. hihihi..

harap2 khamis ni berjalan lancar la. kann.. nurse kat kk kata kalo bwh 36mgu xpe uri kat bwh lg. tp doc kat hospital tu kata bahaya kalo bleeding. itu yg diorg risaukan. agaknya la. ermm.. xpe la. tgk je la khamis nnt mcm mana. kalo still kat bwh n kene dok dlm spital bleh x kalo xnak. xpe bg je mc dok kat umah diam2. bleh? tp bleh ke dok diam? hahahahaha.. tanggungjwb bg suami mkn, baju dia kene uruskan jugak kan. kehkehkeh... apa salahnya.. in'allah.. aminn..


Jumaat, 16 Mei 2014

7bln sudah

Salam uols..

Genap sudah 7bln kandungan mumy.. Hihi.. Nk smp ke tahap ni mcm2 dugaan yg dihadapi. Paling terbaru smlm check up doc scan skali lg nak tgk uri kt mana. Still lg kt bwh. Hampa je dgr. Dgn penerangan lbh detail doc kt kk smlm risau juga la. Tp mumy tau still lagi ada harapan utk dia ke atas.. In'allah..

Uri kt bwh ni yg bahayanya kalo bleeding la. Skali dia bdarah mmg akan byk kata doc. So kene bhati2 la. Skang ni uri tu still x tutup laluan bby lg utk normal. Kalo dia tutup laluan mmg kene operate la jwb nya. Debar je dgr pkataan operate tu. Mmg takut dgr. Adoii..

Hopefully lg 3mgu tu nnt uri dh kat atas la. Kalo ikut kan 29.5 scan lg. Tu cukup 3mgu, tp sbb clash dgn check up kt kk so mmg kene dtg next week nya la kan. Alahai.. Mmg kene sound la dgn doc nnt sbb dtg lps sbln utk scan. Hahaha..

Harap2 semuanya bjln dgn lancar xde mslh n bby sihat mcm tu jgk mumy.. Byk lg nk di siapkan lps2 tu.. N byk lg nk diharungi..

Isnin, 12 Mei 2014

Uri kt bwh?

Salam..

Terasa lama dh x update blog ni. Pejam celik bby dh pun 7bln.. :-) last week dh pg appt kt ppukm/hukm.. Doc kata uri bby kat bwh.. No wonder la ahkak ni slalu sakit kat bwh.. Alahaii bby.. Lasak sgt ke smp uri kt bwh tu.. Hihi..

Doc kata lg 3mgu dtg blk utk scan. Kalo still kat bwh lg uri tu, 32weeks masuk hospital. Aduiii.. Xmo la dok spital. Diorg nak pantau supaya x bleeding katanya. Takut bleeding plak nnt.. Kalo bleeding mmg akan turun buk sbb bby dh besar. Takut je dgr doc tu kata gitu.. Aduhai.. Tp masa nk blk amik tarikh appt bru, dpt lg sbln tarikh tu sbb tarikh yg dia bg clash plak dgn cek up kt kk.. Mmg x blh la. X dan nak tkejar2 kot.. Bkn dekat n bkn sekejap.. Huhu.. So lg sbln la kan dtg scan blk. Mmg la doc marah.. Kehkehkeh..

Hopefully nnt masa scan uri dah dekat atas. Khamis ni cek up. Kalo di scan nnt nak tgk uri kt mana.. Alahai anak.. Hihi.. Takut dgr uri kt bwh blh bt bleeding yg teruk kata doc.. Lama kot nk dok spital klo kene tahan awal.. Ermm..