Khamis, 27 Oktober 2011

migrain lagi

Salam,

Hari ni mc lagi. kali ni dua hari. huh.. dari pg aku kat klinik smp tghri. ramai betul org ari ni. migrain.. smp kebas2 badan aku. dari atas smp bawah. tunggu punya tunggu mmg bosan betul. lambat doktor bilik yg aku dpt tuh. nasib baik la dibantu doktor bilik lain.

masa tunggu tu aku siap kenek internet guna wifi yg ada. tak gak dpt2 kenek. busan tul. last2 smp dah nak masuk bilik doktor baru dpt. masuk bilik doktor tu risau gak aku. mcm ustaz.. hehe.. tp nmpk muda. rupanya dia lagi berumur dari aku. sah2 dia panggil aku adik. tu yg aku tau tu. haha..

dia cek aku mata, otak kaki tgn.. siap ketuk bagai kaki tgn aku. sbb dah kebas2. mmg kebas dh badan aku. jarang berlaku mcm ni. aku pun rasa oksigen dah tak smp ke otak aku. yer la. dah la migrain.. org kat klinik tu ramai.. mcm2 peel ada. dgn anak yg nangis la.. ishkk.. sabor jek la aku. paling best tu la.. ada anak kakak sbelah aku tuh. dok men skretch kuku kat bangku spital tu. mak ai.. aihk.. pakal anak org. anak aku tengking dah tu. ngilu... berdesing terlinga aku. huh.. mau tak tambah tekanan aku. giler la.

last2 masa dlm bilik tu dia siap bg nasihat kat aku. pd dia aku ni migrain sbb stress.. hoho.. mmg pun. aku pun rasa gitu. dia soh aku bincang ngan doktor pakar aku tuh. yer la. dah stress sbb keje. kata nya kalo mkn ubat jek smp bila2 tak kan ilang. nnt buah pinggang ngan jantung aku yg bermasalah sbb asyik amik ubat jek. at least dah tau punca.. tangani jek la punca tu. kalo aku tak stress.. mgkn tak de lagi migrain aku ni.. tu cadangan dia. nmpk gaya nya mmg aku nak bincangan ngan doktor nnt. siap soh aku p kelas tuk kurangkan tekanan.. aduhai.. sabor jek la..
releksss....


Selasa, 25 Oktober 2011

Budus

Assalam,

Dah smgu rasanya aku tak update blog ni. bz skit. tp tak la sbz miss.. hahah.. dia bz nak siapkan keje2 yg sedia ada sebelum bhenti keje kat situ. dah dpt keje lain kat lumut. fuhh.. jauh la dari kl. ritu aku tanye kat jue.. jauh gak perjalanan nak ke lumut tu. tp kalo ikut hiway ok skit la kot. dia ajar ikut jln lama. alahai. pening paler aku dgr.

Miss dah tukar keje nnt mungkin dah kurang ler skit penderitaan dia buat keje yg terlampau2 tu. almaklumla ada bos tp dok goyang kaki. dgr citer dah kene tukau dah bos dia tu. haaa.. nasib baik kene tukau jek. kot kene buang.. tak ke tak best gitu kan. dah2.. benornya aku nak citer hal aku. bukan hal miss ataupun bos dia. hahaha.. aku ni haa.. dah makin menyampah dah keje kat sini. teruk. kedekut la tempat ni. bukan tempat ni la.. atasannya. dah la tu. nyusahkan org nak buat keje nak kene cut sana cut sini. buduss.. bencik aku. dah la migrain menjadi2. ikut hati nak jek mc sokmo. baru diorg tau. tp tu la. aku sendiri pun tak larat dah nak mkn ubat. giler. tak lemah badan kene gastrik plak. stresssssssssss...

hari ni aku nak kene pg hq. kol kat kaunter tanye bila kenderaan smp. sengal la dak tu. dah la member skolah dulu. dari skolah pangai gitu la kot sbb tu tak maju. haaa.. amik ko. geram plak aku kan. aku tanye benda senang jek nak mintak tlg.. tp dia jwb mcm ampeh. gaji nak tinggi. tp keje nak senang. betul gak kata KPPA. boleh ke opis boy tu buat keje lain selain despatch jek? sedangkan gaji nak naik. haaa.. ni la salah satu contoh ni. gred tu dah naik.. tp keje nak gak buat keje bwh yang senang2. gaji nak gak gaji tinggi ikut gred skang. budus la... bengong la. ada org mcm dia ni la yg merosakkan nama kakitangan awam. dah nak gred dari rendah ke kerani, gaji pun gaji kerani, ko buat la keje kerani gak. ni tak.. nak gak keje yg senang2. dah tu mtk tlg skit tak boleh. nak membebel plak. geram tul aku. ishk.. dah la migrain ni. sakit paler. ni yg aku malas nak pg hq. ada jek la yg tak kene kalo kene pg hq. busan aku. org atasan pun sama gak. tak pk kebajikan pekerja bwhan. tau nak senang2 jek. huh.. yang susah org bwhan gak. mencik aku kat sini.

Isnin, 17 Oktober 2011

Nasib Baik! Alhamdulillah..

Assalam..

Giler la punya keje... kalo jd pape mmg aku dikenekan tindakan tatatertib.. bersyukur tak terhingga aku pada Allah S.W.T... alahai.. kenapa la aku lalai sangat2 neh...

Jumaat ritu aku blk hafday. sbb kan migrain aku tak masuk dah opis. mcm biasa la jumaat tghri mmg blk. kebetulan pulak hari tu semuanya time off jugak lepas dpt kebenaran dari bos. ikutkan mmg aku la tinggal sorg kat opis. bos pun kebetulan ada sbb mak mertua masuk hospital. kalo tak sah2 dah pg ke pd masa tu. semua time off maksud aku yg tinggal jek la kat opis tu. kebnyakkan lain tu dah pg kursus kat pd. sbb kan sabtu tu ada hari keluarga. so jumaat mlm dah start. takut tak sempat.

aku blk tghri tak off pc.. tak perasan pulak aku tak tutup pc. yer la dah blk pun tghri jek kan. nnt masuk blk opis. lain la kalo mmg aku tau aku nak blk terus masa tu mmg aku off pc. kat opis aku ni biasanya akan tutup ekon. giler la. so panas. nak jimatkan elektrik aku rasa. so, dgn senang hati aku pun tak pk apa2 smp la pg td. hubby kejut aku baru teringat yg aku tak off pc dan pc aku ni kalo panas mmg berbunyi. ni pun tengah berbunyi ni ha.. tak nape pun aku tak tau le. hok lain tu tak de pun gini. aku nya pc jek. dgn kalut aku terus la siap2 smp opis tak dak org gik. so pintu pun tak bukak gik. ngam2 dah smp kul 7. tp tah la. tak tenteram dah aku ni. bila dah bukak jek pintu opis aku terus ke tempat duduk aku. Alhamdulillah.................... ! mmg aku bersyukur sgt2! betul la pc aku tak ada apa2 berlaku. sblm smp mmg dah mcm2 dlm kepala aku. meletup la. terbakar la. opis pun kemalangan la. mcm2 la.. alhamdulillah..!

Pengajaran pd aku. lepas ni stiap kali jumaat. aku nak blk tghri jek pasti akan aku off pc. utk keselamatan. yer la. malang tu tak berbau. aku pun tak tau kalo aku tetiba sakit pg klinik sah2 tak masuk opis dah. dan ini adalah pengajaran buat aku. pasti aku di off pc setiap kali hari jumaat!

Jumaat, 14 Oktober 2011

bertukar

Assalam...

Smlm miss dah pun hantar surat untuk perletakan jawatan dia kat tempat dia skang. sedih katanya utk meninggalkan tempat tu. tp utk masa depan yg lagi cerah dia nak gak tinggalkan. yer la dpt oper yg lagi baik kan. kat situ pun teruk dia bekerja. bos atas mmg nmpk la cuma lmbt nak ambik tindakan utk dia. hahaha.. tak pe la.. rezeki dia mungkin kat tempat baru tu nnt.

so, itu citer miss.. aku? smlm bos dah tanye kat PA aku psl migrain aku tuh. mungkin dia tgk aku dah kerap mc. so dia tanye la.. stress ke aku keje kat sini. tp bos aku buat andaian aku stress kat umah. ishk.. tak tau ka aku stress kat opis ni? sememang nya dr mula aku tak suka dgn jabatan ni. silapnya aku tak pg blk ke jpa utk mintak penempatan lain. dan skang.. aku dah pun kene mcm mana yang aku dah agak. teruk. nak2 lagi ditambah dgn keadaan post utk opis boy tu aku plak kene amik alih. huh..

bulan dpn.. genap 6bulan aku kat sini. masa lapor diri kat JPM dulu aku dah tanye siap2 bape lama kalo aku nak buat pertukaran blk. dia kata 6bulan. dan skang mmg aku tunggu 6bulan aku kat sini. kebetulan plak hujung bulan dpn aku ada appt. ngan doktor kat hospital psl migrain aku ni. aku harap2 doktor tu nnt paham dgn masalah yg menimpa aku dan kenapa aku kerap kene migrain. nak2 sejak kat sini. aku sendiri pun tak boleh nak tahan dgn asyik bergantung kat ubat jek. betul la kot.. aku tak boleh stress.. kalo tak stress ok aje aku tgk. tak la sekerap kat sini.. sbln tu mau 3 kali jek kene.. ni dah smgu smp hari2 aku bleh kene.. aku tak larat nak mkn ubat. dah seksa rasanya nak mkn ubat.

tapi aku masih lagi debar2.. dpt ke aku bertukar keluar? baru 6bulan. dn dah semestinya bos aku tu takut tak dpt pengganti dgn secepat mungkin. tp in'allah kalo ada surat doktor tu nnt bos pun tak boleh nak menghalang. dari prestasi keje aku menurun dan semakin menurun baik aku amik langkah yg betul skang. aku tak mau prestasi aku semakin menurun. dah la tak sebagus mana kan.. haaa.. kang lagi teruk plak. aku berharap sgt la.. in'allah...

Selasa, 11 Oktober 2011

Bajet

Assalam..

Morning.. pg ni mmg pagi2 nak update blog yang smgu sekali rasanya baru dpt update. hihi... ermm.. nak citer dari mana ek. tetiba hang plak pepagi ni nak mula kan citer dari mana. teralu byk plak aku rasa nak update dlm blog ni. tapi payah gak sbb ni kat opis.

Jumaat lepas, PM dah pun umum kan bajet utk 2012.. rasanya semua org dok sambut baik la kan apa yg dia umumkan tuh. terutama kakitangan kerajaan. meh kita borak dari segi ni. aku mula2 dgr tu best gak la kan. tp tak syok nya masa tu diumumkan baru dpt stgh bulan lagi bonus. wahh.. frust tu ada gak la. nape bonus bukan kenaikan gaji. hehe.. rupa2nya.. kenaikan gaji pun dpt. tak tau bape persen la dpt sbb ikut gred dari 7-13%.

Dgr mmg sedap. tak sabar gak la nak dpt kenaikan tu. walhal ada gik 2 bulan. wahha.. tp aku dgr sistem pun dah berubah. dari SSM ke SBPA.. erm.. nak kene cek apa maksud n apa fungsi sistem tu. dalam pada gitu. aku plan nak amik cuti lama skit thn dpn. pk2 nak jek amik cuti tanpa gaji sbln. yer la.. rehat, cuci blk otak badan aku ni utk kesihatan. kalo komputer tu org kata reformat balik. dpt baru dia serba serbi nya baru, laju jek.. walaupun bodi lama tp otak baru.. laju jek tak dak dah sangkut2. yer la. dah asyik sakit. perlu gak la rehat kan diri. dah rehat.. baru la mula kan dgn kerja baru, kesihatan yang baru. aku ni tak mcm kawan aku si miss tu.. suka p bercuti sana sini. aku pk kan bajet lu. dia tak pe la.. tak de gik tanggungan selain mak ayah. lagipun gaji ada lebih.. dari membazir ke arah lain baik dia p bercuti. tu nak balik dari vietnam ari ni tuh.. hehe.. syok la dia.

apa pun aku kene tunggu gak la pekeliling kuar. nak tgk. apa syarat2 baru dlm sistem baru tuh. n mcm mana pulak dgn kenaikan thnan tu nnt. jue kata sekali ganda gak naik. erm.. pk2 kan.. ekekekek..

Khamis, 6 Oktober 2011

boling

Assalam..

Boling... yeahh.... lama nya tak memboling kan. nak juin kat opis ni diorg sker men kat alamanda. aku tak bape sker kat situ sbb lane dia mcm licin.. mau teragak2 stiap kali nak membaling. so tak boleh nak fokus.. smlm pun pg sbb adik tu ajak teman dia. laki aku sah2 la dah pencen boling sejak jari masuk besi. so aku le kene jd pesaing dia.

nak main kat endah parade penuh, mines pun.. last2 p bangi. situ ok la skit. tak penuh n ada gak la org. tp laju jek la kami membaling. lane kat situ best gak rupanya. patut la selalu ada pertandingan boling kat situ. bila la kat s.city nak bukak agaknya. lg dekat n senang skit.

5 frame kami bedal... 5 frame gak aku menang.. hahaha.. gian sgt la tu membaling.. kuikuikui... sian adik tu. sbb kalah dia belanja aku boling.. best2.. kalo gini kan.. mmg nak kene buat gitu ler..syok ler... tp pasni si miss tak dak dah sini.. pindah lumut. tak dak dah la geng boling aku. dia sorg jek la pun geng boling. huhu.. apa pun moga2 aku bleh plak layan sorg2 boling.. nak juin opis tak mo la nmpknya.. hahah..

Finally....

Assalam..

Migrain oh migrain... akhirnya aku pg jugak dpt kan sambungan utk cek balik migrain aku kat hospital. sengal siut. giler la.. dah bosan dengan perkataan "Migrain" tuh.. ahhh.. tidak.. skang ni pun aku tgh kene migrain. dh kalo stiap mgu asyik pg klinik kata migrain nak jd apa neh. ishk2..

Aku tak sabar nak tgu bulan 11. 15hb tu aku nak kene pg amik darah dulu.. hujung bulan baru dpt jumpa doktor. giler la. cuti kalo 40hari sthn pun tak cukup gini, kalo asyik nak melayan migrain jek. org2 kat keliling mmg dh nmpk pelik dah kat aku neh. tp nasib baik la aku ada surat sokongan dan pengesahan aku migrain dari hospital. nak2 bos aku ler. haishk... busan2.

hari ni nak kene mengadap pc satu hari suntuk buat keje ni. sblm aku sibuk baik aku setelkan update blog aku yang dah lama aku tak update. rasanya last ritu pun 29hb. mgu lepas. skang ni asyik smgu atau dua mgu skali baru nak update. maklumlah dah tak ngadap laptop kat umah tu. tak berpeluang. kalo berpeluang pun tak kan nak dok berstory mori dpn hubby. hahaha. pecah rahsia kalo nak ngutuk hubby.. oppss.. tak la ngutuk.. tp luah tak puas hati skit. tp biasa nya jarang aku nak komplen kan psl hubby. sian dia ada lagi ler. blk penat tak dpt nak aku layan sbb migrain.. sokmo saja.. mencikkk....

well, kat opis plak u no la.... bz.. takat jenguk2 kejap kat fb tu bleh la intai2. tp kalo nak dok ngadap blog ni terus2an mmg payah skit. lama tak menaip bleh gagap nak naip laju woo.. alahai.. sini tak ler dok menaik surat sgt. dok setel2 fail ada ler. huh.. busan2. so, aku tgu jek la tarikh appt. kat spital tu nnt. doktor ni tak buat kajian ke mcm mana nak ilangkan terus migrain. huhu..