Khamis, 28 Jun 2012

gaji

Assalam,

Hujung bulan sudah... menghitung hari utk dpt gaji... fuhhh.. azab je rasanya... 25hb ritu org dpt dah gaji.. dan aku? mmg tak dpt lagi la... alahai....

haritu, aku kol kew ingatkan dpt terus la buka gaji secara payroll tu jek ots... rupanya tidak.. kebetulan aku kol, diorg kata dah hantar ke ag gaji utk bulan 7 nnt.. waaaa... tak kan la aku kene tgu lagi gaji pakai baucer... sah2 la bulan 7 tu dah puasa... kalo bulan 7 tak bukak maknanya 8 9 pun sama la... gaji diorg buat 3bulan skali.. haaaa.. sedih aku dgr... sah2 la gaji bulan 8 pun aku tak dpt gak... bulan 8 tu gaji awal sbb nak raya.. mmg giler la.... sakit jiwa aku..

al kisahnya dpt la aku berckp dgn ketua kerani sorg tu.. dia kata dia nak tlg aku dgn cepat2 la hantar surat pembukaan gaji semula dr ketua aku. sempat juga la aku hantar sbb dia nak pagi tu juga utk dibawa ke ag pg esoknya. dan tadi aku cuba la tanyekan sempat ke buka gaji aku utk bulan 7. alhamdulillah dia kata dpt.. aku berharap sgt la kata dia betul. ni dah bape hb aku nak kene tgu hari esok last day bekerja dlm bulan ni utk aku hantar punch kad nak dibyr gaji. bukan kejap.. stgh bulan jugak aku kene tgu... mmg sengal tau.. alahai... letih aku laa.... harap2 berkurangan la tekanan aku. semakin tertekan pk kan hal2 berkaitan opis ni sbb bersangkut paut hidup aku gak.. huh..

Exam 27

Assalam,

Pejam celik pejam celik dah penghujung Jun 2012. haaaa... bulan 5 ritu mmg terkucar kacir jap la.. nak isi borang untuk amik exam. haaa.. nasib baik sempat jek masa tu. ikut kan nak amik thn lepas tp tak sempat.. hahahahha..

kali ni sempat apa lagi la kan... nak dijadikan cerita mmg susah gak la.. sbb buku cepat tul habis kat library.. alamatnya pujuk hubby nak beli buku.. amik... senang nak menanda nak menconteng nak apa pun la... kan kan kan... ni sibuk la menanda buku, menyemak la apa yg patut.. pening.. huh.. smlm dapat dah contoh soalan dari member. soalan thn lepas nya exam. dia amik tahun lepas.. thn ni pun amik lagi.. agaknya tak lulus kot.. tak pun ada yg tak lulus.. maklumlah 3 paper.. susah plak tu.. fuh...

kalo lulus alhamdulillah la.. sbb bleh mintak jawatan N27 plak... bukan nak kejar pangkat.. tp nak kejar gaji.. hahahaha.. mana cukup dgn gaji kerani jek kan.. at least cukup la kot jd 27 jek... nak tinggi2 tak termampu dah rasanya.. nak amik exam utk yg ni pun dah terkucil2.. wakakka... lama weh tak membaca buku.. nak2 dgrnya untuk exam ni mmg kene menulis.. sbb essei... hahahhaa.. sblm ni kalo amik exam semua nya subjektif jek.. haaa.. tak tau pun tenyeh jek a, b, c, d ke.. hahaha...

berharap sgt2 la aku lulus exam kali ni. mau tak nya... bukan senang kalo lulus pun.. sah2 kene tgu jawatan kosong pun blom tentu dpt aku dgr jawatan tu.. alahai.. in'allah kalo ada rezeki kan... huhuhu...

ahli baru dlm keluarga...

Assalam,

Lama gak x update blog ek.. bukan apa, tp tak berkesempatan. haaa.. sejak dua menjak ni bz skit kat opis.. kalo kat rumah jgn ckp la. mmg tak dan dah..

Akhirnya... bertambah lagi sorang ahli baru dlm keluarga. eh, bukan rumahtangga aku, tp keluarga besar kami. mgu lepas sabtu bersamaan 23hb Jun 2012, adik sedara aku si norsham tu lahirkan lagi seorg anak.. haaaa.. kan... kira ni anak kedua dia la... yang pertama lelaki, dpt adik nya pun lelaki gak.. hahaha.. ok la kan.. ada geng nak bergulik2 dua org.. kalo pmpn kang sengal sikit.. sah2 lembik.. kang nak membuli jek nangis sokmo.. hahahaha...

Ingat nak la menyinggah tgk dia n baby barunya... tp tak sempat plak.. tak berkesempatan.. lagi pun kebetulan masa tu dia masih lagi dalam hospital.. bersalin kat hospital seremban.. haaa.. ok la tu.. dekat dgn rumah.. mak ngah aku dok menjaga dia skang ni.. yg jd hal nya si kecik kat kg tu la.. dah tak de mood nak pegi sekolah sbb mak wan dia tak de. sepatutnya rabu tu mak wan n atuk nya ajak dah dia pg seremban.. kira nak kene cuti la skolah dua hari.. tp tak nak ikut.. konon2 nya la.. tiba masa blk sekolah tgk mak wan tak de.. haaa.. meraung.. hahahaha... mmg sengal.. tak de mood nak kesekolah.. kan kan.. last2 terpaksa la atuk nya blk kg.. kalo tak mau mgu ni tak kesekolah lagi dak tu... ekekeke...

apa pun semoga sham n baby baru nya segar cepat2... baby tu mmg segar la.. hahaha.. 3.4kg.. besar gak tu.. huhu... ni dgr citer ada lagi sorg pregnen rupanya dlm family ni.. wife si aman... huh.. meriah la thn ni.. asal ujung thn jek meriah.. hahahha.. tp dgr citer anak man kali ni lelaki.. yg sulong tu dah pmpn.. haaa.. dpt sepasang mmg untung laa.... sian kat auni jek sbb kecik lagi tak puas manja... ekekeke.. tak pe la.. still pmpn sorg.. so manja la puas2 nnt... hahahaha... adios......

Rabu, 20 Jun 2012

Gaji

Assalam,

Sedih dari pagi hingga ke tghri.. namun petang ceria sedikit. apa tidak nya kalo aku pg td dpt tahu gaji aku masih lg akan dibayar secara baucer sehingga gaji bulan julai. apa kes?

Orang nak raya dah time gitu, sah2 la nak kan duit utk membuat persediaan nak raya. aku tak kisah la kalo tak berbaju raya.. tp duit utk keperluan minyak tol nak blk kg tu sedikit sebyk utk beli baju raya keluarga perlu jugak. smp aku dah terfikir tak nak blk kg thn ni. sedihnya la kalo dibyangkan nnt pg2 raya dgr takbir raya kat rumah sndiri.

Suami? entah la.. dia kata akan dipkkan kemudian. aku risau. dia mungkin yer. tp dah jd sifat dia yg sentiasa tenang, tak kan dia tunjukkan wajah kerisauan tu kat sape2 pun. tu la kelebihan suami.

Pg2 lagi aku dah usahakan menghantar surat utk membuka gaji aku melalui sistem payroll. giler la. Timbalan aku pun kesian termasuk la cc kew tu. berusaha tlg aku. smlm tarikh akhir penutupan utk pembayaran gaji bln 7 8. 13hb ogos dah gaji. aku silap2 hari tu baru nak dpt gaji utk bulan 7. alahai.. sedih je dgr. nak nangis pun ada.. tp aku percaya ada hikmah disebaliknya. yang pasti bulan 6 ni gaji aku akan dpt dlm 15hb lagi... uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....

Selasa, 19 Jun 2012

Lelaki yg sakit hati

Assalam,

Hari ni nak luah perasaan skit. mmg stress.. tp kejap jek la smlm kan. psl hal lelaki ni. kenapa, kalo belum kawin rela berkepit kesana sini, buat apa pun sanggup. semua yg busuk wangi, yang buruk cantik. tp bila dah kawin, isteri tu mesti duduk rumah, tak boleh berkepit 24jam. jalan pun sebatu jauh nya. apa xtvt si suami isteri tak boleh masuk campur. walaupun nak bersukan aje. benda besar2 jgn kata la kan. pendek citer si isteri disimpan dirumah oleh si suami. apa kes? kenapa nak jd gitu?

Tapi tak pada aku. bukan nak puji tp tu la realiti. tak la bagus sgt suami aku. cuma aku berpuas hati. sebaliknya org kat keliling plak yg sakit hati melihat keakraban kami. kemana pun kami mesti berdua. walau apa pun aktiviti suami aku, mesti aku ada, tp tu jd bahan pada kwn2 dia plak. kata diorg aku kontrol suami, tak boleh si suami tu buat itu ini. mesti aku nak kene ikut. melepak kat kedai minum pun aku tak boleh ikut patutnya. kene dok umah. tak kisahla waktu apa pun. kalo suami aku ada xtvt melepak tgk bola kat kdi pun aku tak boleh ikut.

Eh, kenapa korang plak yg sakit hati? suami aku suka jek bwk aku kemana pun dia pegi. daripada dia bwk pmpn lain, lebih baik dia bwk isteri dia. tp kenapa korang pulak yg sakit hati? nak suami aku tuh jd mcm korang? nak karaoke bwk pmpn lain. nak kemana2 xtvt pun bwk pmpn lain. isteri korang simpan kat rumah. kalo pada pandangan aku. isteri korang lebih cantik dari pmpn2 yg korang bawak tu. kenapa mesti dah kawin simpan isteri kat rumah. agama tak pernah kata pun dah kawin isteri tu kene simpan kat rumah. tp korang ni pelik. perkara mcm tu mmg jd kebiasaan ramai lelaki. tp tak pada suami aku. dia lebih selesa aku dgn dia. kemana pun dia nak pergi. yg korang sakit hati kenapa?

tak paham aku dgn lelaki ni. kebanyakkannya gitu ler. pastu dan2 la ada skandal. then nak carik plak kesalahan isteri. tak paham itu la ini la.. walhal korang sendiri yg buat perangai. apa salahnya isteri tu dijadikan kwn, sahabat. teman berhibur atau apa saje. bukan sekadar ISTERI. mmg sakit hati kalo org tgk aku hidup bahagia, tp menghasut plak suami aku. disindir2 suami aku dijdkan bahan tuk ketawa dalam kumpulan dijadikan bahan mengata. zaman skang ni lelaki lebih hebat dalam bab mengumpat berbanding pmpn. ishk.. zaman2... dah hujung ke? apa pun mmg aku sakit hati dgn org yg sakit hati tgk suami aku melayan aku bukan sekadar seorg ISTERI.

Jumaat, 15 Jun 2012

Rekemen....

Assalam,

Menarik ek tajuk kat atas tu. bukan la utk aku. tp aku la tukang rekemen2 ni.. hahahaha.. mcm ni haaa.. al kisahnya la kan... jap2.. bukan ejen mencari jodoh ek aku ni.. jgn salah sangka plak. bab nak rekemen2 ni mmg tak dak dalam kamus hidup aku. tp berani nak rekemen kalo betul2 la org tu bgs baik hati.

Hahahah... ada la sorg kawan aku neh... mmg la baik hati, mmg baik la je jwb nya.. tak tau nak ckp cam ne dah.. tp tu la.. jgn kata aku.. mak ayah dia pun risau dia tak kawin2 gik.. adik dia pun dah selamat dah bulan 5 hari tu.. haaa kan... smp kata nak tumpu kat keje jek la kan.. ekekke... ko jgn nak marah2 aku ni.. wakakkak... teringat plak aku kat kwn aku yg sorg lagi ni.. sah2 la lelaki.

Dia ni sama keje dulu ngan aku masa pas abis spm dulu. baik tu mmg baik.. sopan, ckp pun halus jek.. tp sore laki gak la.. wakakaka.. kang kata pondan lak. ekekke... dulu dia pun mcm kwn pmpn aku sorg ni haaa.. tak dak jodoh la itu la ini la.. tak pandai cari la. org xnak dia la kan... ada jek la alasannya..

Al kisah lepas lama tak kontek, satu hari aku kontek kata dah kawin, pastu hilang gik n lps tu tau2 dah cerai katanya plak.. duda, tp tak dak anak weh. mcm mana nak ada anak. aku pun pelik la pmpn tu. bekas bini dia la kan.. ekekke.. bru kenal tetiba ajak kawin, dah kawin tak mo plak dok serumah dgn laki dia. pujuk2 pun tak mo last, kawin atas kertas jek la. dah umah pun asing2 kan. last2 cerai jek la.. tak silap aku mkn thun gak mcm tu sblm cerai. hihihi.. jaat lak nak citer hal org.. bg sorg tu baca kat sini haa.. nak taip lam pon malas.. kakakakka...

Dan skang kwn lelaki tu sorang2 jek la.. bwk hati yg lara blk semula ke kg halaman. keje gomen.. kira mintak tukar la tu. aku ritu pun bru jek dpt tau dah sthn dia bertukar ke sana. ekekeke.. nmpk ngat tak amik tau ek.. bukan la beria2 nak diorg ni kawin.. kenal2 jek kan.. kalo ada jodoh korang teruskan la.. tak de jodoh jd kwn apa salahnya.. yer dak? hehehe.. aku berharap gak tu... tp nak p mkn nasi minyak korang pk 5kali.. wahhahahha.. dua2 jauh.... ekekekke.. adiosssss...

Gaji Bulan Mei 2012

Assalam,

Al kisahnya.. kalo nak ikut tajuk.. semua org kata basi kot. mau tak nya. ikut tarikh hari ni dah 15 Jun 2012. Gaji bulan mei... semua org dah abis kot.. cuma aku? huhuh... runsing memikirkan gaji yg belum gak dapat2.

Rabu pagi 13 Jun 2012, aku bru dpt kol kata cek gaji dah siap. alhamdulillah.. kol husband mintak tlg gak la bwk aku pg amik cek tu kat hq. bukan tak boleh nak pegi sendiri.. tp nak cari parking kat sana tu malas tul. ada parking berbayar.. tp nak amik tu tak smp 10minit jek kot. nasib baik la hubby kata ok.

Lepas amik cek aku pun terus la pg bank in. amik ko.. mau tak nya.. dh stgh bulan 6 baru nak dpt duit gaji. tu pun cek tu bukan cek maybank. nak clear pun mkn masa 3 hari gak walaupun aku bank in kat tempat aku bukak akaun bank tu. alahai.. dan tadi (5minit lepas) aku cek kat maybank2u ada dah duit gaji tu. betul la kot kata hubby.. kalo cek mlm td mesti ada dah. aku tgk tarikh masuk dlm akaun pun tarikh yg sama aku bank in cek.

Dah nak timbul pun gaji utk bulan 6. tu pun tak tau apa citer plak bulan ni. giler lah tempat ni.. mmg menyusahkan pada aku. kalo tak bukak jugak sistem payroll tu mati aku nak tgu plak pertengahan bulan julai. puasa dah tu. mmg sengal la. nak beli baju raya lagi.. giler2... adoiyaii... dah dpt yg ni pun nak kene setel yg tertunggak tu haaa.. patut nya 25hb hari tu setel dah byr duit kete n rumah. ni tak lagi... uwaaaa.... stressss.... harap2 bulan depan tak berlaku la mcm ni lagi.... In'Allah....

Ini Blog Aku..

Assalam,

Semua org bercerita hal2 peribadi atau apa jek yg nak diluahkan dalam blog masing2. tp kenapa aku mcm terhad skit? Ini blog aku.. kalau pun aku nak bercerita perkara yang sama yg akan membosankan pembaca2 blog ni harap maaf la. Pada aku masih lagi ada batas2 perkara2 yg perlu aku simpan yg tak perlu untuk dipertontonkan atau diberitahu kepada org ramai walaupun org2 tu semua tak kenal aku.

Ada yang kata, blog aku ni membosankan. aku tak kisah. sbb nya. kalo hal2 peribadi yang sensetip aku tak akan luahkan dlm ni. biar la aku sorg jek yg tau. nak diluahkan pun biar la org tu tau tutup mulut agar perkara sensetip tu tak terlepas ke telinga org lain kan .

So, Ini blog aku.. kalo korang bosan.. maaf la yer.. usah la baca.. tapi pada yang mengikuti semua cerita2 dan luahan kat blog ni, Terima Kasih yang tak terhingga buat korang semua.. sbb tu kot blog ni kurang yg mengikutinya.. hikhikhik...

Selasa, 12 Jun 2012

Seksa nya

Assalam,

Dah 12hb hari ni. masih lagi aku tak dpt gaji. seksa jek rasanya. kalo tau cuti tanpa gaji aku tak dluluskan tak kan la jd mcm ni. kenapa la aku tak diberitahu cuti tanpa gaji aku tu tak diluluskan. stress.. sakit jiwa jek aku rasa. byk lg benda dan kegunaan gaji tu nak diselesaikan. giler la.

Migrain aku menjadi2 mgu ni. tp aku bertahan jek. surat laporan perubatan yg aku mintak tu pun x dimaklumkan dah dihantar terus. giler la tempat ni. apa la salahnya bgtau melalui email. email bukan main lagi setiap org pun disediakan. tp apa2 hal susah plak nak bg tau.

Tgu cek keluar. dah tu aku kene pg amik dan bank in sendiri plak. ada gak kes mcm tu ek. pening la aku ngan tempat ni. mmg teruk betul la. dah tu 3hari plak baru release.. tensennnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn... bila aku bleh keluar dr tempat puaka ni!! mmg aku benci. makin aku benci dgn tempat ni!!!

Khamis, 7 Jun 2012

kalo tak ungkit tak sah

Assalam,

sakit hati aku bila org suka mengungkit sesuatu yang dah pun lepas. aku pun tak tau nak kata apa. perkataan ungkit atau pun untuk mengingatkan balik perkara tu. mana yang korang rasa sesuai. apa beza ungkit dgn mengingatkan? entah. yang pasti aku mmg tak suka.

perkara yang dibahaskan perkara lain yang tak ada kaitan pun. tiba2 lari tajuk pada perkara yang dah lama dah lepas. aku mmg sakit hati kalo jd mcm tu. apa lagi. mesti tegak kan apa yg sepatutnya. aku jd benci plak. kalo dah tak suka untuk apa nak berpura2. nak berlakon bagai plak mcm tak ada apa2 berlaku sblm tu. bila dah bergaduh dan2 tu ler nak ungkit balik benda yang dah lepas. sama2 pernah buat salah. sepatutnya perbaiki. aku tau aku pun pernah buat salah. dan aku jdkan tu pengajaran. aku cuba semula hubungan yg mmg dah lama regang. seolah2 hubungan baru. buang yg keruh amik yg jernih kata org. tapi tak pada dia plak. sakit jiwa aku. salah dia tu tak hingat. lagi teruk. kang aku ckp semua org dok terpk mcm mana plak. entah la.

skang aku plan sesuatu. cuti2 skolah. aku pun ada jugak benda yg aku perlu buat. tapi tak berkesempatan. makan tahun. akhirnya aku dpt peluang tu. tp seolah2 nak boikot plak plan aku tuh. semua nya rosak. tak apa. biarlah. buat aku tuhan tu boleh balas blk. tak selamanya akan hidup senang (senang ke hidup tu skang). esok aku cuti. terbantut semua yg telah dirancang. tak apa lah. biarkan. satu hari nnt akan terbalas juga.

Isnin, 4 Jun 2012

Cuti Sekolah

Assalam,

Seminggu sudah berlalu nya cuti penggal kedua. tinggal lagi smgu. mgu depan budak2 dah start sekolah balik. kwn2 aku semua nya sibuk blk kg. bjln sana sini. yg kenduri kendara pun ramai. ada gak la member opis tu buat kenduri kawin anak nya. tp aku tak dpt pergi. maaf la.. bukan sengaja, tp tak tau mcm mana nak ckp.

Jalan nak ke opis dah smgu aku lalu dgn tenang jek. kalo hari2 mcm ni kan bagus. jgn ler cuti sekolah jek. nak kuar rumah pun bleh gak lewat2 skit. sbb mmg pasti tak kan sangkut dlm jem. walaupun opis aku tu jarang dia cuma 10-15minit jek dari rumah tp kalo dah jem bleh jd stgh jam jugak kan. kebiasaannya waktu cuti skolah ni hubby aku mesti tak ada. kemana? taraaaa.... rahsia.. bleh membuatkan aku sakit jiwa blk kalo nak diingatkan. tp kali ni aku sebenarnya dah bersedia. cuma dia plak tak buat perkara mcm selalunya. tapi tak tau la kalo saat akhir2 nnt kan. ermm....

ni dah mgu pertama dalam bulan jun. aku tgu pertengahan jun ni. tak de special apa pun cuma aku nak kene kol blk jpa berkenaan pertukaran aku tuh. aku tunggu surat laporan perubatan pun tak dpt2 lagi ni nak dihantarkan ke hospital. aku rasa hq hantar terus kot ke hospital. dah sah2 nya la aku tak tau pape nnt. ishk hai. pelik dah ni. nampak gaya mcm nak kene kol hospital bertanyakan diorg dpt dah ke surat permohonan laporan perubatan aku tuh.

migrain? mcm ni gak ler.. dua hari ni panas bangat.... huh.. mmg tak boleh dok diam aku. smp nak meradang pun ada. mau tak nya kalo dah takat migrain jek tak pe.. ni tekanan darah aku pun naik jugak. smp kepala aku pening2 dah.. mau nak pengsan dah aku rasa. mmg hangin jek aku. tak boleh nak bernapas. alaahai.. hubby aku pun tak leh nak ckp apa dah. dia bukan bleh buat apa pun kalo aku sakit. paling tak aku ajak dia naik kete dia kata ok jek. sbb nya nak kan ekon tu. punya la panas. adoiyai... pening aku dibuatnya. skang ni mmg gelisah la aku kalo panas. naik ke migrain.. tak cukup tu tambah dgn tekanan darah aku pun naik gak. sape bleh tahan gini. dah naik rimas aku dgn penyakit aku ni. mcm mana nak buat tah ler.

sejak ada bb mmg menyeronokkan aku rasa. bukan apa. semuanya senang. kalo la ada rejeki aku nak belikan bb tuk budak kecik tu nnt. senang skit nak bbm. hahaha.. tp tunggu dia besar lagi skit la kan. aku pun beli yg 2nd hand jek. tak payah la nak canggih manggih sgt. kalo nak ikut kan moden nya barangan mcm pon ipad bagai ni mmg pengsan. tak terkejar kita. so biarkan la. beli ikut kemampuan. at least kalo dah ada bb nnt si kecik tu tak la bosan sgt time cuti skolah ni kan.