Memaparkan catatan dengan label isu terkini. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isu terkini. Papar semua catatan

Selasa, 11 Januari 2011

Facebook tutup?


Salam,

Semalam, aku terbaca kat paper mengatakan yang Facebook akan ditutup tak lama lagi. kenapa? hahahaha.. entah la.. agaknya pengasas facebook tu dah tak mo duit lagi. hehe.. tak de la. pengasas facebook tu nak kan kehidupan dia yang dulu balik katanya. pelik. kan skang ni dah byk duit. buat la kerja2 amal kebajikan tu byk skit kan.


Agak2nya kalo dah tak de facebook mcm mana la dengan korang? aku? sah2 la terus kan kehidupan mcm biasa. tak de facebook pun tak pe. cuma yang aku kesal kalo la ada lagi kwn2 lama yang still tak jumpa2 lagi tu tak dpt gak kita jejak lagi diaorg. sejak aku ada facebook ni kwn2 skolah pun aku dpt berhubung balik. aku percaya la korang pun mcm tu gak kan. yang pasti aku tak la mcm kwn2 kat facebook.. ada jek status nak diupdate. hahah.. dulu2 masa mula2 tu yer la gak rajin mengupdate status. skang ni kalo bukak cuma tgk jek la status kwn2 yang terkini. perkembangan diorg la kan.. selain tu keje aku dok main game jek la.. game pun dah mula rasa bosan. hahah... yang pasti kita tgu jek la 15mac ni nnt betul atau tidak laman Facebook dah tak de lagi.

Selasa, 4 Januari 2011

Entah apa nak jadi la..



memey Bukan Isu Yang Perlu Dimarahkan   Memey Suhaiza Respon Status Facebook Abby Abadi



Entah apa la nak jadi dengan Si Memey ni.. kalo la tahun lepas aku baca paper n ada gak tersiar kat tv3 pasal kecoh hal dia ni dengan si norman. kalo nak di pk2 blk mmg tak logik dia ni dok kat opis si norman pukul 3 pagi. kebetulan pulak org2 kat situ dah byk kali nampak. tu yang kol jais tangkap diorg ni. entah la.. tahun ni plak.. ingatkan dah ok lagi.. kantoi plak dengan si Abby dia dok serumah dengan si norman. bukan apa.. aku dari dulu mmg tak berapa berkenaan dengan si memey ni. tp tu la.. artis kan.. ada yang kita suka ada yang tidak. nasib dia tergolong dalam artis yang kita tak suka. nak buat mcm mana. nak2 kes rampas suami org ni mmg cepat jek org tak suka. tak kira la laki pmpn org tua atau pun muda.. cepat jek pandang serong.. aku sendiri pun dulu kata dia ni mmg tak logik.. teruk.. bukan sbb kan rampas suami org tp kenyataan yang dia keluarkan tu buat aku menyampah skit.. hihihi.. tp bila keadaan dah reda aku ok jek la.. sian gak kan.. n mungkin jodoh dia dah dengan norman. tp cara tu la tak syok skit.. org benci kita dulu kan.

Kes ni aku baca kat blog beutifull nara td.. kes dia lagi.. si Abby kantoi kan dia dengan norman dok serumah plak.. apa la.. nampak tak.. cakap tak serupa bikin.. aku bukan kisah pun dia nak dok serumah ke kawin ke bercerai ke.. cara tu.. ckp tu jgn ckp tak serupa bikin.. berdepan dgn kamera kata tak buat itu ini mcm ko sengaja org perangkap kan tp hakikat sebenarnya? erm.. apa pun aku doakan ko cepat2 la kawin dengan norman tu.. lagi baik nikah cepat daripada ko dok selindung2 mcm ni, bila kantoi kan malu sendiri.. sendiri korek lubang tuk diri sendiri.. hehehe.. adioss...



Khamis, 30 Disember 2010

Team Malaysia

Yeahhh... Yehaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... tahniah2... buat pasukan team bola sepak malaysia yang menang lawan pasukan indonesia semalam.. hihihih.. penantian selama 14 tahun tu di sambut dengan meriah dan PM kita telah pun mengumumkan 31 Desember ni (jumaat) hari cuti umum buat semua rakyat malaysia...

Kemeriahan semalam tu mmg seronok jugak kan.. hihiih.. bayangkan la.. sebelum tu dah pun berlangsung kat Stadium Bukit Jalil dan team kita bwk bekal 3-0 ke indonesia berbalas 1-2.. yang pasti kita tetap menang 4-2.. hahaha..

Yang tak best nya.. masa lawan kat sini bukan main lagi kata kalah sbb pancaran laser kat muka penjaga gol diorg si markus tu.. tp kat sana tu.. apa kes plak dia bg blk pancaran laser kat muka penjaga gol malaysia si Fahmi tu.. tak jugak menang... hahahha.. apa la.. kalo dah bersukan pun nak jadi gaduh2 baik tak yah bersukan kan...

Kawan aku si miss bukan main lagi seronok.. hahaha.. kemain gik terjerit2 kat rumah dia katanya.. hahahhaa.. aku? tgk kat umah gak.. al maklumla tak sihat. kene berbaring jek la kat sofa.. mood pun tak de.. tp time gol tu layan gak.. yesss! hahahaha... hubby aku tgk kat maidin.. dia kalo bab bola ni mmg sker tgk ramai2.. baru meriah skit kan katanya.. mmg betul pun.. kalo tak tak dak feel kata org.. hihiih.. yang pasti rakyat malaysia mmg sambut dengan meriah pengumuman PM kita esok cuti.. hahhhaah... Malaysia Boleh! yehaaaaaaaaa...

Jumaat, 1 Oktober 2010

Lif Rosak

Salam, yuhuuu... haaa... pg td masa nak pg keje, suami aku dok bukak tb la kan... kebetulan ada berita kat tb3.. kuar la pasal satu lif rosak kat petaling jaya tu jatuh dr tingkat 6. giler betul.. nasib baik la tak mati org2 kat dalam lif tu... tau jek la kalo dh tiba2 lif rosak.. pobia weh... sengal kalo jd kat aku gitu.. walaupun org2 kat dlm lif tu hidup.. tp tu la.. dh sakit itu sakit ini.. tu dalam masa jangka lama baru nampak kesan agaknya... ada yg patah tgn lagi.. alahai......

ni nak citer plak psl lif kat rumah aku tu.. dh 3 hari ni asyik rosak jek.. bengang tul la.. mau tak.. walaupun ada 3 lif.. tp lif kat bahagian aku la slalu rosak. dh kene pg pusing jauh plak nak naik lif... sengal tul. yg aku pelik nya guna lif cap apa tah.. asyik rosak jek. dh komplen pun gitu gak.. bahaya la llif cap murah2 ni.. sengal.. kot jd mcm dalam berita tu cm ne... aku dulu2 la kan.. mmg terbayang gak la.. takot2 kalo lif tu rosak smp jatuh dr tingkat yg tinggi n aku ada dalam tu.. eeii.. takut weh..... tah mcm mana la kan org dalam lif yg jatuh kat petaling jaya tu..mesti pobia diorg nak naik lif... alahai.. jauh kan la dr aku kejadian2 mcm ni.....

Rabu, 15 September 2010

Dibunuh kejam..

gambar ni aku copy dari harian metro dimana abu mayat
arwah keempat2 yang hilang dibuang.. astagfirullah......




Di bunuh kejam... tu la yang berlaku kat Datuk Sosilawati... pengasas mekap yang kaya raya tu.. kes ni aku percaya korang mmg tau.. yang aku pelik nya kan.. kenapa la manusia zaman skang ni terdesak.. eeiii.. risau tu jgn ckp la kan... mcm2 jadik.. satu tika tu kes culik n bunuh budak.. skang ni org dok culik org kaya2 lak ke? alahai.. mmg sian la kat anak2 dia kan.. kalo ikut hati tu org2 yang suka bunuh2 org ni hukum bunuh jek kan balasannya.. tp sape la kita nak tentukan.. kes tu biar la mahkamah yang tentu kan..

aku ni mmg kurang skit nak posting2 cerita2 isu2 panas gini.. takat baca jek la kat paper pun.. hahaha.. biasa kwn aku la dok beli paper.. aku tukang tumpang baca jek.. rajin dia.. kalo tak baca tu aku dgr kat tb jek... alahai.. takut gak la.. kaya susah.. miskin pun susah... agaknya manusia skang ni terdesak sangat ke hidup sampai nyawa sesama manusia pun diambil mudah je.. tak takut ke dgn hukuman?

kebanyakkan kan kwn2 aku kat fb mmg kesian kat arwah ni... yer la.. dibunuh kejam.. tak mo la citer kan.. aku ni takat nak kongsi pasaan tentang citer ni jek.. hok lain kalo korang nak tau p la baca kat paper... tu lagi bagus.. kang salah ckp ada plak aku disaman atau di block tak psal2 kene tindakan ISA.. hehehe.. apa pun aku doa kan roh arwah dicucuri rahmat.... takziah la buat anak2 dan keluarga arwah... innalillah.... amin.......