Rabu, 26 Mac 2014

MH370

Assalam,

Dalam menghitung detik2 nak sambut besday ahkak.. tiba2 tergempar skali lagi berita mengenai MH370. Allahhuakbar... "Kun Fa Kun" xde sape yg boleh mempertikaikan takdir dari Allah S.W.T.. selama 17hari mencari kapal terbang MAS MH370 yg tiba2 hilang dari radar ketika menuju ke Beijing, China akhirnya pd hari ke 18 terjawab sudah. Jam 10 mlm PM membuat pengumumam berakhirnya perjalanan MH370 yg dicari di Lautan Hindi. satu tempat yg jauh dari darat.. laut penuh bergelora.. Ya Allah... Kuatkan la hati kami untuk menerima berita sedih ini terutama ahli keluarga krew pesawat dan juga penumpang2 pesawat tersebut.

Sedih tgk keadaan keluarga masing2.. alhamdulillah.. bg yang beragama islam.. family diorg redha.. dan dah bersedia ianya adalah ketentuan dari Ilahi.. kita sebagai hamba hanya mampu berdoa. moga2 roh2 mereka yg telah tiada ditempatkan dikalangan org2 beriman. cuma yg bukan beragama islam mungkin sukar utk menerima kenyataan M370 berakhir seperti yg diharapkan.

Satu ketika dulu ahkak pun penah mengalami detik2 kehilangan.. secara tiba2. sehingga hilang pegangan sekejap. alhamdulilah berkat sokongan keluarga terutama suami ahkak kembali redha dgn ketentuan dari Allah S.W.T.. siapa la kita sbg hambanya utk mempertikaikan kenapa dan mengapa ianya terjadi.

Buat keluarga, sahabat handai krew dan penumpang pesawat MAS MH370 tabah la dalam menghadapi dugaan ini dengan hati yg terbuka... In'Allah.. Misi mencari kotak hitam kini dipergiatkan bg mengejar tempoh selama 11hari lgi agar mendapat maklumat bagaimana trajedi ini boleh berlaku.. walaupun sukar untuk mencari bangkai kapal tersebut. Marilah sama2 kita berdoa agar trajedi ini kita ketahui puncanya.. Amin....

Tiada ulasan: