Assalammualaikum w.b.t....
Dari tarikh terakhir aku update blog ni sehingga ke hari ni genap 10 hari. dalam masa 10hari.. aku kehilangan bapa saudara yg aku kasihi. mungkin pada kalian dia cuma hanya seorg bapa saudara pada aku. tapi tak pada aku. arwah bagaikan ayah pada aku, juga abg yang selalu mendgr masalah aku.
Tanggal 21 Februari 2011... jam 8pg hari isnin, aku dpt panggilan dari hp mak usu. hati aku berdebar2 sbb tak pernah mak usu kol aku seawal tu. pada aku ada apa2 yg terjadi kat mak usu. aku pk mcm tu sbb suara org lain kat talian hp tu. berdebar2 hati aku bila dia mula berckp "jgn terkejut, bwk bersabar.. abg usop dah tak ade..accident, kami tgh tunggu jenazah arwah kat hospital tunku jaafar seremban.." terus aku meraung.. suami yang kebetulan masih tdo terkejut dgr aku menangis mcm tu. aku tak sihat, sbb tu aku tak pg keje sbb nak ke klinik.. suami plak nak hantar aku. tapi sebaliknya yg terjadi.
blank otak aku tak tau nak buat apa. aku kol mak aku yg ada kat penang dulu, sbb nenek aku emak pada arwah pak usu aku tinggal dgn mak aku kat sana. kemudian aku kol nyah aku cousin aku ieja, adik2 sedara aku dan tah sape2 lagi yg sempat aku dail no. otak aku still blank. tak tau nak buat apa. aku terus2 menangis. lepas dpt kata putus aku blk dengan cousin aku ieja. suami aku mintak tgu smp mak n nenek aku smp dari penang. nasib kami baik sbb kebetulan bos mak aku bekerja tu jugak ada kematian family n husband dia kene turun kl ambik anak dia. so perjalanan tu singkat skit dari naik bas.
sepanjang perjalanan aku menangis. sedihnya aku tak terkata. kat hospital aku tak dpt tengok arwah. nak tgk masa dimandikan, tapi terdetik kat hati aku segan sbb aku perempuan. smp kat rumah arwah aku cuma sempat tgk sekejap sblm dibwk sembahyang kat surau berdekatan. pilu hati aku tgk muka arwah. tak de pun calar balar kat muka disbbkan accident tu. tenang.. muka arwah.. sedihnya hati aku. tatkala tu la aku nampak muka kwn arwah menangis saat mencium dahi arwah. anak2 arwah semua nya masih kecil tak tau apa2 namun yg sulong tu menangis jugak bila mencium dahi ayah yg dah tak de lagi.
sepanjang arwah hidup.. arwah mmg disenangi oleh kwn2, jiran2, sedara mara. arwah seorg bapa yg sgt penyanyang. anak yg perempuan, sgt rapat dgn arwah. saat2 tu aku tgk muka amira mmg blur.. tapi hati dia.. tak siapa yg tau.. arwah dikebumikan kat kg mak usu. tak jauh pun dari kg aku. aku lebih rela arwah dikebumikan kat situ.. akan terjaga kubur arwah. in'allah. tak sempat pun aku tgk arwah setibanya kat kg mak usu. org2 kg tak boleh nak tunggu lama lagi. sbb dah keluar darah dari post-mortem pg tu. nenek ngan mak aku mmg tak sempat tgk.
sepanjang hari aku dok menangis. walaupun keesokkan hari aku bgn dari tdo masih lg teringat pg tu dpt kol dr hp mak usu. hati aku tak boleh terima arwah dah tak ada. setiap inci sudut pandangan aku semua nya aku nampak muka arwah yg tgh tersenyum kat aku. Ya Allah.. Kau cucurilah rahmat mu buat roh arwah pak usu. tempat kan la dia dikalangan org2 yang beriman yang engkau kasihi. Amin Ya Rabbalalamin.... Al-Fatihah.....