Khamis, 29 September 2011

Bertukar

Assalam...


mcm dah lama jek tak update blog. tak de citer nak di tampal kan kat sini. tp ni nak kongsi skit psl hal pertukaran. aku ni lg dua bulan genap la 6 bulan kat sini. kalo diikutkan masa nak lapor diri dulu, kementerian ada ckp kalo nak tukar kene tgu 6bulan baru blh apply tukar tempat lain. kalo lagi cepat tukar dalaman dibawah kementerian tu la. tp kalo nak apply kat jpa mmg lambat.


Masalah skang ni.. dpt ke aku bertukar? hohoho.. bos aku ni sah2 la bengang nnt. dah la lebih 6 bulan tunggu kerani ditempatkan kat sini. tiba2 dpt aku sakit jek sbb migrain. pastu 6 bulan kat sini nak bertukar keluar pulak. perkara pertama aku pk sblm pk nak pg ke jpa mengadap diorg untuk hal pertukaran tu adalah bos aku nak ke sign surat aku bertukar keluar tu? alahai.. bila pk2 bab tu mmg aku sengal la. mau migrain aku lagi neh.


Aku nyesal masa mula2 ditolak dari penempatan pertama tu aku tak berpatah balik ke jpa. harap2 dapat penempatan lain daripada kementerian ini. tp tu la. sengal jek la. mmg silap aku kat situ kalo nak diikutkan. bila dah masuk satu tempat tu mmg susah dah la nak keluar kan. aku selalu jek sebut kat pa aku tu aku nak gak tukar keluar. mcm2 nasihat gak dia bg. dia pun rasa bos tak kan senang2 nak sign n lepas kan aku. tp kalo aku terus terusan kat sini.. migrain aku tak kan elok. bulan 11 ni aku sambung lagi appointment kat hospital pakar tuk kes migrain aku ni. adakah kerana aku terlalu stress menyebabkan aku selalu kene migrain? tu yg aku nak tau. dah buat ujian mcm2.. tp ok jek. masalahnya aku kerap migrain lebih2 lagi sejak ditempatkan disini. dah la tu.. skang ni jawatan pap pun dah dimansuhkan disini. maknanya aku la cc, aku la kerani, aku la pap.. giler.. mmg tak terbuat aku. mula la aku tak mo buat satu keje pun sbb stress pk kan kenapa aku ditermpatkan disini. menyesal tu 10ribu kali menyesal. kalo korang la jd aku.. apa korang buat? huhu..


Laporan prestasi nnt sah2 akan menurun. sblm keje aku jd teruk baik aku keluar. dah la membabitkan hal peribadi aku. blk umah jek sian kat hubby aku sbb aku sentiasa sakit. dah penat tu sah2 la. ni sakit. masak tak bleh asyik mkn kedai jek. silap2 hb aku tertengking hubby aku sbb tensen tgh migrain. dia sah2 la sker mkn kul 2 3 pg. kadang tu punya kesian kat aku dok tahan lapar jek smp aku bgn tdo. teguk air kosong smp ke pg. sedih jek aku tgk. tp sbb aku migrain dia biar jek aku tdo.. kesian....


Aku harap2 sgt la bos memahami keadaan aku. paling sakit kalo bos sign disertakan perkataan 'dengan pengganti' hohoho.. dah la skang ni dibekukan pengambilan kerani..hohoho...

Tiada ulasan: