Rabu, 22 Ogos 2012

Raya

Assalam,

Raya ke 4.. org masih lagi beraya namun aku dah pun naik keje.. hohoho.. mgu lps.. sepatutnya aku bekerja smp jumaat.. tp sakit aku dpt mc smp jumaat dari selasa tu.. hari ni aku ada lagi appt kat hospital.

Bila bukak FB.. meriah wall aku tu dgn update kwn2 bersuka ria masa raya.. pic2 raya byk yg diorg upload.. tp aku? ermm.. tak meriah.. semakin hari semakin muram raya aku. tp aku gagahkan juga senyum di pg raya.. seolah2 mcm tak de benda yg berlaku..

raya pertama.. lps semua setel sembahyang raya.. aku pg ke tmpt keje mak.. mak keje pg2 raya tu.. anta makanan dan mtk ampun bagai.. bawak nenek aku skali. pastu pg kubur arwah atuk n arwah p.usu.. sblm gerak ke perak aku snggah kat umah mak usu dulu. sedar x sedar.. rupanya dah setahun aku tak jenguk mak usu.. yer la.. last raya thn sudah.. mencecah ke raya ni blk.. punya la aku abaikan mak usu. tp aku pasti mak usu faham dgn keadaan aku.

ptg raya pertama dah smp ke kg ayah.. boleh la.. utk pertama kali lps kawin aku smp ke kg ni raya pertama.. hahahaha.. biasa tu tak blk.. tp thn lps aku blk juga raya kedua. ayah aku biasa la.. raya kedua bru muncul.. nasib baik la umah tu aku dah pernah duduk.. tak la kekoh dgn mak itam n pak itam... pun mcm mak ayah aku dah diorg tu.. sbb jaga aku masa kecik dulu.. ermm.. kalo separuh org kekok kot.. sbb arwah opah dah tak de kan ... tak pe la..

skang aku dah mula bekerja.. cuti aku bermula 27hb nnt.. hahahaha.. org naik keje.. aku sibuk bercuti.. jgn jeles ek.... adiosss..

Isnin, 13 Ogos 2012

Mgu terakhir ramadhan

Assalam,

Ni adalah mgu terakhir kita berada dlm bulan ramadhan... alhamdulillah... semuanya berjalan lancar setakat ini.. bermula hari ni semua org dah xde mood nak bekerja aku rasa.. dah nampak mood nak beraya.. hahahah.. aku mcm tu jugak la.. tp aku adalah org yang paling lambat bercuti. hohoho.. bosan dah tu nak menunggu n nak menghabiskan mgu ni.. bermula hari esok dah ada yang bercuti kat opis aku tuh.

sampai ke hari ni la masih lagi tak de perubahan. nak beraya mcm2 org buat persiapan. aku tidak.. gitu juga. cukup masa blk kg. tu jek la.. pg raya mcm biasa gak. hahaha.. hari khamis ni la org sibuk dah bercuti. jumaat jgn cakap la kan.. aku esok nak menghadapi temujanji dgn doktor aku tuh. kalo ikut rekod sedia ada.. mmg skang makin tertekan.. adoii.. entah la.. len kali la citer.. tp aku masih berpura2.. cuba kawal sebaik mungkin kat opis ni. huh..

akhir kata.. Selamat Menyambut Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin....

Jumaat, 10 Ogos 2012

Imbuhan tahunan bukan bonus ye..

Assalam...

9hb.. mmg tarikh keramat yg dinanti2kan oleh kakitangan kerajaan.. mana tak nya tarikh tu la keluarnya imbuhan tahunan tu.. untuk membantu sempena nak nyambut raya ni.. terima kasih kerajaan.. walaupun tak sebanyak mana.. namun ianya bermakna..

aku? perghhh.. hari tu la aku bayar bil api air, beli brg dapur skit n aku serbis kete. ari tu dah serbis.. tp ni ada lagi yg tercicir. aku tukar gasket atas tu.. isi gas ekon skit n tukar air filter.. ritu diaorg tak sempat buat plak.. ermmm.. tu jek dah abis separuh.. giler la.. ngam2 aku kuar kan duit tuk setel semua tu jek. hari ni? haaaa.. mmg tgl rm5 jek kat tgn.. ada lagi baki dlm bank tu aku nak buat tuk blk raya la cadangnya kan. nak beli baju raya? tak de maknanya.. mmg tak dapekkkk doooooo.. hahahahaha....

so, balik dari urusan aku pg td.. aku dpt plak memo mengatakan aku kene byr blk imbuhan yg aku dapat tu. huhhhhh! giler la.. (baru baca tajuk tak baca isi) akhirnya aku baca isi kandungan tu baru aku tau.. skit jek aku kene byr balik.. terpaksa la kuarkan balik duit dalam bank tu utk bayar seperti yang diminta. kalo tak sok bulan 9 diaorg potong dari gaji aku. giler.. hilang duit. walaupun tak byk tp aku terasa gak tu jumlah yang perlu dibyr balik.. apa la nasib.. adoiiiii.. pening.. baru nak pk kan keadaan mcm mana slps raya.. dtg dah musibah baru.. tak sgt la musibah.. peninggg laaa.. duit ooo duit....

Jumpa Cik Miss

Assalam,

Hari ni baru berkesempatan dalam mgu ni untuk update blog.. rasanya mgu lepas pun tak berkesempatan gak la kan.. huhuhu.. isnin ritu 6hb nuzul al-quran.. cuti am bg selangor, perak, perlis pahang, pulau pinang dan terengganu.. so miss n aku yg ada dalam negeri bercuti tu mmg best la.

Sekian lama nya sejak miss berpindah ke lumut aku lama tak jumpa dia. dah hampir sethn.. hohoh.. mmg rindu nak kuar dgn dia mcm dolu2.. hahahhaa.. so kami dah set hari tu nak berbuke bersama2.. ekekke.. tempat pilihan? Oldtown south city.. ekekeke.. tempat tu dulu mmg kami suka lepak sblm atau slps boling atau pun mmg nak melepak. senang parkg n tak jem nak pg situ sgt. kuikuikui.. tak sesak gak la kan.. hohoho..

Tak lama gak borak.. sbb aku smp pun dah kul 7.. adoiii.. ikut hati mmg la smp awal.. tp sbb en husband tu pun aku angkut skali mmg payah. dia kalo boleh smp situ time orang azan tu.. senang pada dia.. haishhh.. sabor jek la... tak bawak kang payah gak... ishkkk...ikutkan jek la..

Bila la lagi gamak nya nak jumpa miss.. ekekekek.. dia turun pun sbb ada hal tu.. nak terbiu.. aku berharap sgt2 la dia dpt keje balik kat kl ni. tu jek la pun satu2nya kwn aku yg ada n paling aku selesa selain cik jue n cousin aku tuh.. apa pun cpt2 la ko dok kl ni balik.. aku doa2 ko dpt keje tu.. ekekeke...

Khamis, 2 Ogos 2012

Macam-macam hal

Assalam,

Kononnya mgu ni aku tanam azam (isnin ritu) tak mo ada mc or cuti.. tapi keesokkan hari nya saja aku dah mc dua hari. baru hari ni masuk balik ke opis. tak leh pakai tul walaupun dah tanam azam. sabar jek la.. bukan apa.. kene migrain ditambah dgn demam n selsema.. wahhhh.. mmg azab rasanya... sakit jiwa aku.

Pagi selasa tu konon EL dulu msg kat bos. tp aku dgn sakit yg makin menjadi2 smp duduk ujung tilam menangis2 sbb tak leh tahan sakit nya kepala. sblm tu dah siap antuk kepala ke dinding dah.. tp tak la kuat pun.. antuk bg rasa sedap jek kene kat tmpt sakit tu. hubby aku pun smp kesian tgk aku dah menangis2 dah. siap pujuk aku mcm budak kecik lagi.. hahahahha.. best2... tp tak leh nak feeling2 pun masa tu.. mmg sakit tau tak.. puasa jgn ckp la.. mmg aku bukak tuk mkn ubat. tak mo ilang gak.

Last2 kul 1.30 kuar jugak umah kuatkan semangat nak pg klinik. haaa.. bab p klinik ni mmg laki aku malas nak anta. dia malas nak tgu kat klinik kerajaan yg makan masa berjam2 tu. nak2 bulan puasa bukan boleh isap rokok pun katanya. ishk.. terpaksa jugak la aku kuat kan semangat bwk kete. walhal mmg sakit dah tak leh nak pk dah bwk kete tu. tekan jek minyak. nasib baik dekat jek klinik.

Dapat mc dua hari.. smp umah mmg aku mkn lg ubat n tdo.. smp nak berbuka baru aku bgn. mmg sakit ya amat... adoiiiyai.. mmg kali ni berbuka sbb aku sakit migrain.. giler la.. sakit jiwa aku layan sakit kepala. smlm cuba relekskan otak jugak. still tak ilang. tp mkn ubat awal2.. ptg2 skit mmg ilang.. alhamdulillah.. nak dijadikan kes, mlm tu laki aku plak sakit. lepas berbuka dia men takraw.. tak mcm mana silap lending kaki tu dah terseliuh.. mmg bengkak besar giler..aku pun takut tgk. mcm kene ketumbuhan kat buku lali tu.. adoii.. apa laa.. naik umah tu aku siap2 dah sapu ubat otot. bandage kan bagai. turun bwh blh lg tu dia terlonjat2.. ishk.. sabor jek la aku.. haaa.. malam amik, tak boleh nak tdo.. berdenyut2.. ishk.. entah lah..

Hari ni baru jek nak elok sakit kepala.. dah td pg hq ada plak abg sorg ni p calit minyak apa tah kat tgn aku. busuk plak tu. dah la otw tu aku dah pening.. p letak plak minyak tu terus sakit kepala aku dibuatnya. cari pasal tul. ni blk nasib baik dah ckp kat hubby tak nak masak. mcm tak sempat nak cari brg utk masak. tingin sangat nak masak udang masak lemak cili api. lama tak buat. tgk status fb si cousin ku itu ler aku tingin tiba2 tu.. nak cari smlm tak sempat.. adoiii.. ingatkan dpt blk ni.. tak jugak.. abis bila?