Jumaat, 29 Oktober 2010

Poligami

Yeahhhh... bosan nya pasal mari lihat apa yang aku nak update kali ni.. hahaha... meh kita renung2kan aje ek... kisah poligami... lalalalala...

Sebut pasal poligami.. kalo perempuan dgr jek perkataan ni mesti marah.. hahahah.. sori, ini untuk isteri2 sahaja.. kuikuikui.. tp tidak pada golongan perempuan yang belum berkawin skang ni... mau tak nya kalo diorg tak kisah pun sape yang diorg suka walaupun org tu dah beranak pinak atau pun dah berbini dua.. kuikuikui.....

Ok, kalo dipikir2kan balik.. kenapa ek lelaki ni tak cukup dengan satu? soalan tu la yang selalu diutarakan oleh si isteri pada si suami.. hehehe.. biasanya jawab si suami, lelaki boleh kawin 4.. hahaha.. menyirap jek dgr yer tak... kekekeke... bab kawin tau plak ikut sunnah.. tp bab lain susah tul nak ikut.. zaman skang ni kan.. susah dah nak tgk si suami yang bertanggungjawab.. kalo dulu tu mmg la kebanyakkannya suami tu jenis yang bertanggungjawab.. tapi masih tak berani nak kawin lebih dari satu.. takut tul si isteri mengamuk.. kalo berani pun jalan mudah yang diorg amik, ialah ceraikan si isteri.. huh.. jalan singkat tul... tak sker2...

Pada aku la, ni pandangan aku la kan... jgn salah faham ek.. bukan tak boleh nak bermadu atau berpoligami.. semuanya terletak di tangan si suami.. pandai mengemudi bahtera kapal tu adalah penting.. tetapi kalo kuasa dah disalah guna atau pun tak pandai nak guna kuasa tu la yang menjadi masalah.. dalam bab ni aku paling nampak si suami biasanya salah guna kuasa.. Pertama la kan.. tanggungjawab seorg suami bukan kah memberi nafkah, sedia kan segala keperluan rumahtangga.. paling penting.. jaga perasaan isteri... tp yang berlaku biasa nya.. dah la hidup pun susah, tunggang langgang gitu, isteri tah kemana anak tah kemana, keperluan rumahtangga tu tak di sedia kan.. silap2 hb ada plak yang mintak duit si isteri.. naaa... ni la masalah utama... kalo yang jenis bertanggungjawab plak.. betul segala keperluan rumahtangga tu lengkap.. tak de yang kurang tp sikap si suami berubah bila ada wanita lain dihati.. ini yang aku tak faham.. kenapa? kalo dulu masa bercinta segala2 nya indah sehingga la sebelum kehadiran org ketiga ni.. tp sikap tu berubah sekelip mata jek.. jd pemarah, kadang tu plak ada yang takut2.. hihihih.. biasanya tu kalo dah angau mmg tak peduli lah anak bini ni.. mau tak nya si isteri tu perasan akan perubahan si suami.. hahahahha...

itu kebiasaan yang berlaku la pada si suami.. si isteri plak.. sebelum kawin semua nya indah2, cantik, budi bahasa pun kadang tinggi.. tp lepas beranak jek mesti 'fail' kat situ.. susah nak jaga bodi.. haaa.. hidup ala kadar kata diorg.. dah ada suami.. tak pyah nak lawa2 lagi dah.. aku rasa la korang ni mesti dah byk dgr motivasi mcm ni kan kat tv... hahaha.. aku bukan nak bela si lelaki atau perempuan.. saja nak share pendapat jek.. hihih.. kalo aku tanye cousin aku pun dia ckp 'TIDAK' kalo suami dia nak kawin lain.. rela berpisah lagi.. hihihi.. mana ada perempuan yang rela berkongsi kasih.. tp jgn lupa ada juga yang rela berkongsi kasih suami asalkan si suami tu bahagia.. tp disalah guna kan oleh si suami, sehinggakan tak peduli si isteri tua, jauh skali nak berlaku adil.. ada jugak, kerana terlalu menyangjung tinggi pengorbanan si isteri tua sehingga kan apa yang dilakukan si isteri muda serba tak kene... malah ada juga tak dipedulikan juga... sehinggakan boleh dikatakan seperti wanita simpanan juga.. mau tak nya.. tak berani nak balik rumah isteri muda lama2.. ada pun balik kejap2 jek.. huhu.. mcm mana ek kehidupan zaman skang.. yang pasti aku sendiri pun tak bape berkenan dengan perempuan zaman skang. kebanyakkannya hanya nak kan duit si suami, jgn kata suami, bf org pun sanggup jugak diaorg rampas semata2 hanya keperluan duit hidup di kota metropolitan ni tinggi.. alahai wanita... bangkit la.. adiosss...

p/s : hanya untuk hiburan.. tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati..

Letih

Salam, kembali mengupdate blog... yeahh... kebelakangan ni sgt2 la keletihan.. skang dah start training netball.. huhu.. dua tahun sekali sukan utk opis... bila tiba masa nak bersukan baru la ada kaw2 training.. mcm skang la.. alahai... stiap hari 5 hari smgu aku training netball.. tu pun ada gak la lari2 elak training... hihihi.. letih maaaa... gilozz.. kalo dulu tak dak plak mcm ni.. selang gak la.. tp kali ni hari2 weh nasib baik la sabtu ahad tak de.. hahaha...

Ikut hati tak mo dah main netball.. tak de mood nak bersukan thn ni.. entah la.. umur dah meningkat kot... kuikuikui... kami harap2 gak ada org baru yang boleh nak main ganti kami.. bukan la kata kami ni terer sgt.. at least tu dah ada dah la patutnya pelapis baru.. hahaha.. ramai yang dah beranak pun.. ni pun byk tak main sbb pegnen.. huhu.. aku bila tah la lagi.. ekekke...

Rumah pun dah lama tak berkemas.. asal blk jek matahari dah terbenam.. smp2 dah penat.. mandi malam kerap sgt orang tua2 kata tak baik.. mcm jue.. dia kata mandi malam slalu la muka dia nampak sembab.. dah sembab nampak la tembamnya.. alahai.. aku pun gitu gak kot.. tp yang pasti.. sejak training ni aku bleh la menguruskan badan skit.. terasa berat dah badan ni.. somi pun dah komplen.. hahaha.. perut muncit pun dapat dikurangkan.. ekekeke.. makan pun dah bertapis skang ni.. ekekekke.. elok jugak ek .. hahaha... tak pe la.. asalkan aku sihat ok dah tu.. cuma penat jek la.. utk sukan.. harap2 tahun ni ok skit.. hahahha.. kalo boleh tak mo la bertembung gik dgn selangor awal2 perlawanan.. ekekke.. kat final tak pe.. hahahaha.. adioss..

Ahad, 24 Oktober 2010

Kecantikan diri

Kenapa, kalo ada orang tegur tentang apa yang perlu kita ubah, contoh sikap atau pemakaian kita mesti akan jawab.. "tak apa la, ini la aku, terima la seadanya" huhuh.....

Naaaaaaa.... ini la silap nya seorang perempuan apabila dia bertanya kenapa bf dia atau pun suami dia ada perempuan lain.. "Apa yang kurang kat aku?" satu soalan yang selalu nya diutarakan tanpa dia memikirkan sememangnya ada yang kurang pada diri sendiri... ok, Men kita tgk pada seorang perempuan yang berumur 25tahun, tetapi dah pun menjalinkan hubungan dengan lelaki ( bf ) dan mengutarakan soalan, "apa kurangnya aku sampai kau cari perempuan lain?" jangan nak bang, tp ni hanya la utk renungan kita bersama sebagai perempuan.. lebih2 lagi diri aku.. hahahaha..

Pernah ke kita terpikir untuk cantik kan diri sendiri hanya demi untuk kekasih hati atau pun si suami? kebanyakkan perempuan yang aku perhatikan, tak pandai nak jaga diri sendiri, yer la.. time mula2 ditekel oleh si lelaki bukan main lagi tau mekap sana sini, pakai baju cantik2, tapi kalo dah bercinta dengan si lelaki tak plak nak pk apa kehendak si lelaki.. terutama skali pemakaian... korang perasan tak, kalo dok lepak kat tempat mkn atau mana2 kedai mamak la kan lalu jek sorang perempuan cantik, bf korang mesti toleh tgk.. mungkin bukan disebabkan pakaian dia yang seksi saja tapi sebenar nya simple dan kemas... itu la boleh menjadikan seorang perempuan tu seksi dalam sopan.. hahaha... contoh dua si isteri. kalo masa bercinta bukan main lagi mekap situ sini.. tp kalo dah kawin, si mesti malas nak jaga kecantikan diri.. bila ditegur mesti dia jwb, "alahhh, suami aku tak kisah pun, tak plak komplen2 mcm korang ni", naa.. itu la punca kesilapan diri sendiri yang korang tak nampak.. huhu..

Aku malas nak berhujah panjang2 bab benda nii.. aku pun bukan perfect sangat.. tp yang pasti aku sangat bersyukur sbb suami aku ada penasihat kepada semua pemakaian aku.. baik baju, sikap atau pun tutur kata..apa yang tak kene mesti dia tegur tak kene.. dan perlu diubah.. paling tidak dia akan kata dia tak suka stail aku... ni la yang membuat kan aku lebih berhati2.. aku harap korang secara tak langsung boleh renung kan apa yang aku katakan... kepada suami ku.. terima kasih abg.. abg satu dalam sejuta..... muahhhhhh...

Trip

Salam, Back again..... Trip Percutian... hahaha.. seronok kalo dengan pasal nak pg trip kan.. sesape pun mmg seronok.. tp tu la.. semua nya bergantung pada kewangan... lalalalalla...

Mcm kawan aku si miss.. esok dia p bandung lagi... dalam setahun tu sekurang2 nya mesti dua kali dia ke indonesia... haa... entah apa yang ada kat sana aku mmg tak tau yang buatkan dia mmg seronok la kesana. yang aku tau dia sker soping.. hahahahha... itu jek la pun yang dia boleh buat untuk memenuhkan aktiviti dia... orang lain sibuk bercinta.. tp dia jugak yang hidup selesa tanpa dikonkong oleh insan bernama lelaki.. ekekeke...

Aku? ermm... mmg suka jugak kalo sebut pasal trip.. tapi aku mmg la susah nak pg bercuti sana sini. bukan tak nak menikmati hidup, tp pk kan kewangan tu mmg penting.. hahaha.. org kata kalo nak hidup pk kan jimat sampai bila nak merasa kan? tapi aku lagi suka pk kan duit tu perlu didahulukan untuk yang perlu diutamakan dahulu.. hihihi.. mcm cousin aku si eija.. pun suka gak tu pg bercuti.. tapi tah kenapa la aku susah skit.. pelik yer tak.... tak pe la.. asalkan aku boleh rasa senang dah dikira ok la.. yang penting suami aku pun begitu jugak.. susah nak pg mana2 trip sbbkan kan keje.. wakakkaka.. makan gaji dengan org tak sama dgn makan gaji sendiri.. huhu... tunggu la masa yang sesuai.. pasti akan tiba.. kepada cik miss.. have a nice trip........... jgn lupa buah tangan tuk aku.. tiap2 kali pesan susah benor ko nak bwk yang mengancam skit.. hahaha... adiooss...

Jumaat, 22 Oktober 2010

Naif

I'm back.... salam tuk korang semua... huhu... kali ni aku nak kongsi satu kes... kes ni betul la jugak.. huhu.. berlaku disekitar aku dan aku percaya pasti juga ada yang berlaku disekitar korang semua.

Kenapa perempuan ni terlalu naif?? kadang2 termasuk la aku jugak... hahahah.. kalo dalam kes bercinta mmg semua nya indah2 berlaka. tak kira la apa pun yg pasangan kita tu buat pasti kita org perempuan ni pasti akan memaafkan. kalo dulu aku pun ada jugak bersikap mcm tu. entah la kenapa. tp mungkin pengalaman telah pun aku kecapi berbanding dengan budak2 perempuan zaman skang ni. si perempuan sanggup memaafkan si kekasih walaupun berkali2 si kekasih itu curang. ada pulak lagi satu kes kekasih tu curang tetapi si perempuan tidak tau pun.. nak kata kadang2 perempuan ni lurus sgt tak juga.. si perempuan tau apa kekasih tu buat.. malah ada plak sikap si kekasih tu yg tak mau keje. pendek cerita tak de langsung tanggungjawab. pelik. masih lagi sanggup bersama si kekasih.

Apa yang kita sebagai perempuan ni harapkan dari seorg lelaki sebenarnya? sampai kan kita mengabaikan segala kekurangan si lelaki tu? nak kata betul2 setia tak la juga. dah nama pun lelaki kan, tak kan cukup dengan seorg perempuan sehingga la si lelaki tu rasa si perempuan benar2 layak untuk dijadikan isteri, penyeri hidup sehingga ke mati... haaa... kenapa kita perempuan ni mmg tak mau terima hakikat yang si lelaki tu tak kan setia kat kita.. tak cukup dengan tu si lelaki mengambil kesempatan kat kita pulak. mungkin dari segi kewangan, percaya atau tah apa2 lagi la.. tapi bab kewangan tu la yang menyedihkan.. ada lelaki zaman skang ni bercinta dengan seorg perempuan semata2 dia rasa perempuan tu mampu nak tampung hidup dia. bagi perbelanjaan harian tak kira dari segi apa pun. kadang2 si perempuan tau si lelaki tu buat semua tu semata2 nak mempermainkan dia jek, mungkin.. wallahhuallam la kan... tapi yang nyata perempuan zaman skang mmg setia, yang boleh ditukar kan dengan perkataan Naif.. hihihi..

Bukan la tujuan aku nak ketuk hidup si perempuan, sbb aku pun perempuan jugak.. kalo la dulu aku pun lebih kurang la kan.. tp tak la mcm perempuan zaman skang.. hihihi.. dah tau si lelaki tu tak de rasa tanggungjawab perlu pun terima, si lelaki kantoi byk kali dalam perhubungan pun masih buat tak tau.. ada tu plak tak tau si lelaki tu curang.. kesian... apa pun kehidupan masing2.. aku hanya pelik... bukan nak mengata.. tak de kene mengena dengan sesape pun artikel ni.. sbb dah terlalu byk yang terjadi dalam surat khabar.. ada yang sanggup lari dengan si lelaki tanpa memikirkan lagi perasaan keluarga terutama si ibu... sian.. hanya dijadikan pedoman... hihihihi... kehidupan hak masing2 menentukan... adioosss...



Selasa, 19 Oktober 2010

Bosan Tahap Gaban

Salam,
Tgk tajuk pun korang dah pelik ek.. tah pah apa la tajuk yang aku letak.. tp tu la kenyataannya weh... ada satu ketika tu kita akan rasa bosan, segala apa yang kita buat serba tak kene. dok sini salah dok situ salah.. malah tu kan nak buat apa pun kita tak tau dan tak tau apa yang kita nak sebenarnya... haa.. tu la perasaan aku skang..
waktu ni aku kat opis... kalo dulu2 tu semangat nak pegi opis ada la jugak.. sejak dua menjak ni semangat nak pegi keje mmg tak de dah. ditambah2 plak la dengan perasaan tak seronok ada kat opis ni. haa.. mcm mana la nak dikata kan tu kan ... kalo nak diikutkan aku mmg la kene keluar dari pejabat ni, maksud aku tu aku kene bertukar ke tempat lain utk mengesahkan jawatan yang aku ada skang. kalo tak selamanya la aku ni dianggap simpanan. wahh susah gitu.. aku pun tak tau ler kenapa aku pk aku bosan skang ni.. agak nya terlalu byk berpikir smp kan tak boleh nak pk dah.. tu la kot sbb nya aku bosan.. asal dtg opis jek aku bosan.. nak pg keje pg2 tu Ya Allah, dah bercinta nya aku rasa... nak balik umah plak tak sabar2.. kalo waktu lepas rehat tu.. antara 2-4pm tu mmg aku suka sgt2.. hahaha.. nak tau kenapa? sbb bape jam jek la yg tinggal utk aku kira nak blk umah... amik ko.. hahahah...
Tgk cousin aku skang seronok jek, tp tak tau la apa dia rasa kan.. kalo aku mmg seronok la sbb kene keje ostesen kan.. tp aku rasa dia kurang suka sbb terpaksa tinggalkan anak2 dia... sian gak.. semua kecik2.. dah tu aku tgk mudah benar anak2 dia sakit.. hihihi.. nak2 plak cuaca skang ni.. jgn katakan budak.. org tua pun tak leh nak tahan... sebut pasal cuaca bila la nak ujan.. smlm pun ujan sekejap jek kat umah tu.. ujan lalu gamak nya.. panassssssss..
skang ni nak kata kan musim mengandung pun yer jugak.. adik ipar, kawan2 aku byk la yg tgh mengandung.. aku? hahahha... entah la... tak tau mcm mana nak ckp.. seronok jugak tgk org semua ada anak kecik.. heheheh... adik ipar aku lg semangat.. hehehe.. yerla.. anak pertama kan.. tu pun masing2 berharap anak lelaki tu.. ermm....
byk pulak kali ni aku citer.. tp ni la luahan hati aku... family aku nak p pangkor bulan depan time deepavali tu.. ermm.. aku lak tak dpt nak juin.. bosannya.... semua nya tak menjadi jek plan aku tahun ni.. dr awal tahun aku plan itu ini aku rasa satu jek kot yg menjadi.. hok lain2 tak jadik langsung.. huh.. tensen2... nyampah pun ada.. betul la kata org tu.. kalo dah terlalu lama keje kat satu tempat tu, kita mesti tukar tempat keje gak.. sbb kalo dah lama sangat semangat nak p keje tu dah tak de.. suasana baru tu mesti cari... ermm... tp nak pg mana ek.. aku ngah pk2 ni nak bertukar.. takut jugak la dpt tempat yg lagi tak seronok.. nak kene gamble gak tu.. bosannnnnnnnnnn.....

Isnin, 18 Oktober 2010

Macam-macam la...

Salam,

Wahh... lama tul rasanya tak sentuh laptop... ekekekek... bila dah lama tak sentuh.. susah jugak la nak update blog kesayangan ku ini.. huhu, bukan apa.. sejak dua menjak ni hubby pakai laptop ni.. termasuk skali la dengan bb nya kan.. kalo dulu tak bwk laptop pun boleh jugak, still boleh guna internet kat opis dengan guna bb.. tp skang ni susah.. tenet kat opis kan kene blok, kalo nak update blog plak kat opis pun tak best.. mau tak nya kalo nak upload pic tu semua nya kat dalam laptop ni..

semenjak dua menjak ni musim panas.. aku cayer korang pun sama gak kepanasan kan.. dah lama gak rasanya tak hujan.. sejak raya ritu.. kalo raya pun dh abis.. apa lagi.. sah2 la dh lebih sebulan tak hujan... wahhhh.. panasssssssssss... kalo dulu tu mmg rajin gak la time cuti hubby ajak makan kat luar.. tp skang tak payah la hubby ofer mkn kat luar, mmg aku sendiri tak mo makan kat luar...kepanasan weh.. dok kat umah pun alahai.. bahang tu jgn ckp la.. nak tdo pun susah.. mmg skang ni kalo ada ekon kompem aku pakai 24jam... hahahaha... sian nya kat hubby aku la.. berpeluh2 kalo tdo.. sian kat dia.. ari tu smp mandi kolam kat umah tu.. last2 dpt sakit ada la.. sbb kepanasan... hohohoho...

skang ni aku ngah pk2 mcm mana nak setel kan hal keje.. ikut hati mmg dah tak de hati la nak keje kat sini dah.. dah bosan... mungkin dah terlalu lama.. tp tak gak kot..aku rasa sbb suasana tempat keje aku yg dah tak menyeronokkan... pk2 org keliling.. wahhh.. mmg tak de hati kalo nak pg keje... stiap nak timbul hari isnin aku dh bercinta.. tiba hari jumaat tak sabar2 nak cuti.. alahai.. membosan kan weh.... bosan!

Jumaat, 1 Oktober 2010

Lif Rosak

Salam, yuhuuu... haaa... pg td masa nak pg keje, suami aku dok bukak tb la kan... kebetulan ada berita kat tb3.. kuar la pasal satu lif rosak kat petaling jaya tu jatuh dr tingkat 6. giler betul.. nasib baik la tak mati org2 kat dalam lif tu... tau jek la kalo dh tiba2 lif rosak.. pobia weh... sengal kalo jd kat aku gitu.. walaupun org2 kat dlm lif tu hidup.. tp tu la.. dh sakit itu sakit ini.. tu dalam masa jangka lama baru nampak kesan agaknya... ada yg patah tgn lagi.. alahai......

ni nak citer plak psl lif kat rumah aku tu.. dh 3 hari ni asyik rosak jek.. bengang tul la.. mau tak.. walaupun ada 3 lif.. tp lif kat bahagian aku la slalu rosak. dh kene pg pusing jauh plak nak naik lif... sengal tul. yg aku pelik nya guna lif cap apa tah.. asyik rosak jek. dh komplen pun gitu gak.. bahaya la llif cap murah2 ni.. sengal.. kot jd mcm dalam berita tu cm ne... aku dulu2 la kan.. mmg terbayang gak la.. takot2 kalo lif tu rosak smp jatuh dr tingkat yg tinggi n aku ada dalam tu.. eeii.. takut weh..... tah mcm mana la kan org dalam lif yg jatuh kat petaling jaya tu..mesti pobia diorg nak naik lif... alahai.. jauh kan la dr aku kejadian2 mcm ni.....