Jumaat, 22 Oktober 2010

Naif

I'm back.... salam tuk korang semua... huhu... kali ni aku nak kongsi satu kes... kes ni betul la jugak.. huhu.. berlaku disekitar aku dan aku percaya pasti juga ada yang berlaku disekitar korang semua.

Kenapa perempuan ni terlalu naif?? kadang2 termasuk la aku jugak... hahahah.. kalo dalam kes bercinta mmg semua nya indah2 berlaka. tak kira la apa pun yg pasangan kita tu buat pasti kita org perempuan ni pasti akan memaafkan. kalo dulu aku pun ada jugak bersikap mcm tu. entah la kenapa. tp mungkin pengalaman telah pun aku kecapi berbanding dengan budak2 perempuan zaman skang ni. si perempuan sanggup memaafkan si kekasih walaupun berkali2 si kekasih itu curang. ada pulak lagi satu kes kekasih tu curang tetapi si perempuan tidak tau pun.. nak kata kadang2 perempuan ni lurus sgt tak juga.. si perempuan tau apa kekasih tu buat.. malah ada plak sikap si kekasih tu yg tak mau keje. pendek cerita tak de langsung tanggungjawab. pelik. masih lagi sanggup bersama si kekasih.

Apa yang kita sebagai perempuan ni harapkan dari seorg lelaki sebenarnya? sampai kan kita mengabaikan segala kekurangan si lelaki tu? nak kata betul2 setia tak la juga. dah nama pun lelaki kan, tak kan cukup dengan seorg perempuan sehingga la si lelaki tu rasa si perempuan benar2 layak untuk dijadikan isteri, penyeri hidup sehingga ke mati... haaa... kenapa kita perempuan ni mmg tak mau terima hakikat yang si lelaki tu tak kan setia kat kita.. tak cukup dengan tu si lelaki mengambil kesempatan kat kita pulak. mungkin dari segi kewangan, percaya atau tah apa2 lagi la.. tapi bab kewangan tu la yang menyedihkan.. ada lelaki zaman skang ni bercinta dengan seorg perempuan semata2 dia rasa perempuan tu mampu nak tampung hidup dia. bagi perbelanjaan harian tak kira dari segi apa pun. kadang2 si perempuan tau si lelaki tu buat semua tu semata2 nak mempermainkan dia jek, mungkin.. wallahhuallam la kan... tapi yang nyata perempuan zaman skang mmg setia, yang boleh ditukar kan dengan perkataan Naif.. hihihi..

Bukan la tujuan aku nak ketuk hidup si perempuan, sbb aku pun perempuan jugak.. kalo la dulu aku pun lebih kurang la kan.. tp tak la mcm perempuan zaman skang.. hihihi.. dah tau si lelaki tu tak de rasa tanggungjawab perlu pun terima, si lelaki kantoi byk kali dalam perhubungan pun masih buat tak tau.. ada tu plak tak tau si lelaki tu curang.. kesian... apa pun kehidupan masing2.. aku hanya pelik... bukan nak mengata.. tak de kene mengena dengan sesape pun artikel ni.. sbb dah terlalu byk yang terjadi dalam surat khabar.. ada yang sanggup lari dengan si lelaki tanpa memikirkan lagi perasaan keluarga terutama si ibu... sian.. hanya dijadikan pedoman... hihihihi... kehidupan hak masing2 menentukan... adioosss...



Tiada ulasan: