Khamis, 28 Julai 2011

Ramadhan menjelang tiba

Assalam..


Boleh ke aku ucapkan salam ramadhan yang bakal menjelang tiba hanya beberapa hari saja lagi. bagi sesetengah orang mmg menyeronokkan. dalam mgu ni aku kebetulan sakit pulak. risau jugak kalo berlanjutan smp bulan puasa. bila dikenang2kan balik bulan puasa tahun lepas, aku masih teringat lagi akan bermaknanya puasa itu bagi arwah pak usu dan mak usu. kesian pada mak usu. tak disangka2 itu adalah ramadhan terakhir bagi dia bersahur dan berbuka dengan arwah. imbas kembali kenangan aku 6 7 thn yg lepas boleh dikatakan hampir 9thn lepas, aku sentiasa bertandang ke rumah arwah pak usu dn mak usu untuk bersahur dan berbuka. selama sebulan la aku duduk kat rumah diorg untuk bersahur dan berbuka. bila blk keje jek beli brg buka untuk kami berbuka walaupun aku tau mak usu mmg akan masak makanan untuk berbuka. kenangan yg tak mungkin padam dari ingatan aku untuk selamanya.


Kebetulan bulan puasa kali ni jatuh 1hb ogos. 30hb.. buat pertama kali nya harijadi mak usu tanpa arwah pak usu. setiap kali harijadi mak usu.. jambangan bunga mesti dikirim pak usu atau di bawa blk oleh arwah untuk mak usu. betapa romantiknya arwah pak usu. mcm mana aku tau? stiap kali aku dtg kerumah mak usu mesti jambangan bunga tu dah layu pun.. dan aku tau itu adalah hadiah dari arwah pak usu untuk dia. berserta coklat kekadang tu. dan yg pasti apa pun barangan yg arwah beli mesti jatuh pada bulan 7. sbb bulan tu bulan harijadi mak usu. sedih hati aku bila mengenangkan puasa kali ni. tanpa arwah pak usu. ada jugak terselit sehari aku tdo kat rumah diorg bila puasa. cuma thn lepas la aku tak dpt singgah bersahur atau berbuka walau sehari pun dlm bulan ramadhan tahun lepas. sayu hati. kalo la aku tau itu adalah ramadhan terakhir bagi arwah mesti aku singgah bersahur atau berbuka.


30hb jatuh hari ahad.. mesti seronok kalo arwah pak usu ada... dan aku pasti hari tu mak usu akan berada kat kubur arwah pak usu. tak dpt aku gambarkan. kemungkinan aku juga berharap aku ada di kubur arwah masa tu. aku berharap... sejak aku berkawin ni mmg aku susah untuk buat mcm dulu2.. sedih hati sayu rasa. skang pun jarang kol mak usu.. bukan sengaja. tp setiap kali aku dgr suara mak usu hati aku sedih.. bukan nak membuang.. mak usu la satu2nya tanda yang mengingatkan aku pada arwah.. entah bila hati aku akan baik dari semua itu. aku percaya mcm tu juga dgn mak usu.. kalo dgr suara aku mesti dia sayu hati sbb teringatkan arwah pak usu.. thn ni mcm aku kata.. aku tak ada hati pun nak beraya.. sambutan kali ni tak mcm thn2 sebelum ni. aku tak kisah pun dgn org keliling yang sibuk dan menempah kuih raya.. awal thn ni mmg menyedihkan hati aku... bertapa sayu nya hati aku bila teringatkan kembali detik2 perginya arwah pak usu. masih lagi terbayang wajah arwah pak usu.. menangis nya aku tak terkata.. kalo mak usu pun meraung.. aku pun nak juga meraung.. tp aku kuat kan hati aku sbb tak mau tgk mak usu lebih sedih bila tgk aku pun meraung sama. berjujuran air mata dalam hati.. bergenang air mata.. namun aku kene kuatkan semangat.. adakah ini akan menjadi ramadhan terakhir juga bagi aku atau org2 yg aku sayangi? Ya Allah.. jauhi lah keadaan itu.. cukup la dgn pemergian arwah pak usu buat kami... Tempatkan la arwah dikalangan org2 yang beriman.. dan aku percaya akan itu yang kau lakukan kerana kau menyanyanginya... disebabkan itu la arwah pergi terlebih dahulu dengan usia yang muda... amin....

Rabu, 20 Julai 2011

"Penulis blog diperintah bayar Rais RM400,000"

Assalam,


Hari ni aku terpanggil nak menaip kat blog aku ni pasal kes penulis blog diperintah byr pada Dr. Rais sebyk RM400,000. huh.. byk tu... tajuk tu jek dah buat aku takut. takut dari segi kalo tersalah sebut nama orang dalam blog n tersalah taip kata2 yg membolehkan aku disaman balik. huhu.. tu la risiko yg perlu ditanggung kalo nak posting artikel berdasarkan kisah2 politik zaman skang.


Zaman skang ni semua org dah bijak pandai. bebas bersuara. tu pasal la semuanya nak men saman2 jek. yg aku pelik nya pada penulis blog yg kadang2 tu aku rasa saja jek carik pasal tulis pasal org2 politik ni. diorg ni tak takut ke kene saman. hihi.. tu la kot sebab nya aku risau nak posting artikel berkisarkan politik walaupun aku rasa aku perlu ambil tahu pasal politik dalam negara kita ni. mcm yg berlaku baru2 ni la.. kes perhimpunan warga "BERSIH". aku tak tau niat sebenar diorg. sbb aku pun tak amik pot sgt baca surat khabar pasal tu. hahaha.. semua org la turun ke perhimpunan tu. tak kira umur dah.. dari kecik smp yg ke tua. pelik sungguh aku. pada aku la kan.. baik la duk kat rumah rehat2.. baring2.. tgk tv.. abiskan masa dengan keluarga.. mana yg suka p shopping tu bleh p bwk family kan.. hahahaa.. aku tak dak.. dok layan rabbit jugak.. huhu.. hubby tak suka shopping hari cuti.. sesak katanya.. hahaha...


So, sbb itu la dalam blog aku ni aku taip semua kisah2 peribadi aku aja buat tatapan kwn2 aku yg mmg nya dah jauh dari aku, bukan apa.. diorg tu kadang bz ngan keje.. cuti tu sah2 nak berehat. mcm miss. haha.. payah tu aku nak jumpa diorg skang. nak berhubung melalui hp pun jarang kami neh. aku pun bz gak.. blk keje sah2 dah penat skang ni.. mmg tak dan la nak msg ke main kol2 ke kan. dari blog ni la kami atau pun diorg tu bleh tau kisah2 hidup masing2 yg penuh dgn mcm2 ragam. mcm cousin aku tu penuh ngan aktiviti anak2 dan shoot gambar dia.. syok gak tu.


So, kalo korang rasa aku nya blog ni tak best sbb taip benda merepek2kan.. dan membosankan korang.. sbb nya korang tak kenal aku pun.. hahahaa.. jd jawapan aku tuk tu... 'ADA AKU KESAH?" hahahahaha.. layanz.......... yg penting kita happy... jgn pening2 dlm kerja2 seharian dan nak memeningkan dgn kisah2 politik yang kadang2 membosankan.. sebagai rakyat.. aku rasa aku bukan tau pun kisah sebenar.. dan itu kerja org atasan.. biar lah diorg saja yg buat keje diorg.. yang penting pada aku.. aku hidup dalam negara yang aman... bebas nak kemana pun.. hari2 pergi kerja balik kerja.. bebas jumpa keluarga kat kg dah memuaskan hati aku... hehehe.. Adiosss......


p/s : jgn saman yer... tak berniat pape pun... sekadar luahan takut nak tulis bukan2 dlm blog ni.. hihi...

Selasa, 19 Julai 2011

Puasa then Raya

Assalam,

Pejam celik dah pun nak masuk bulan puasa kita ni. sekejap jek rasanya thn 2011. 5bulan aku kat tempat lama dan skang kat tempat baru. bulan dpn plak bulan puasa. dlm kalender tu raya puasa jatuh 30 31 ogos. kalo 30 ogos maknanya kita tak cukup la puasa sebulan. jarang berlaku tu. hihi.. kalo 31 ogos hari tu hari cuti am.. hari merdeka, dan secara otomatiknya khamis dan jumaat tu cuti.. lalalalla...

Aku tak de beli pape pun lagi. biasa la last minit. baju sumer nya siap. hihih.. senang.. diorg kat opis aku ni sumer dah sibuk menempah kuih raya. hahaha.. thn ni aku tak beli gak kuih raya kot. mcm tak de duit lebih plak. lagipun biasanya kt kg kuih raya buat sendiri. thn lepas aku siap beli tu kuih raya tuk umah aku. tp last2 aku gak mkn. tak dak org dtg. hahahaha.. dah mmg stiap thn pun gitu. bukan aku tak mo org dtg. umah kecik beb.. kalo nak rasa beraya tu kat kg ok la. tu pun dlm keadaan umur skang ni.. mlm raya jek rasa perasaan nak beraya tu. pg raya tak de dah.

Aku sebenarnya tak de mood nak beraya thn ni. Thn ni thn pertama aku beraya tanpa Arwah pak usu aku. sedih rasanya. kalo thn2 sblm ni kami pakat berdua nak pg beraya ke mana. tp thn ni. tak de lagi pakatan antara aku dan arwah pak usu. sedih. mak usu pun mesti tak de hati nak beraya. sian dia ngan anak2. gambar raya tak de lagi arwah pak usu. sedih hati aku. aku jarang kol mak usu skang ni. sbb kalo aku kol hati aku mesti sedih sbb teringat arwah pak usu. kadang2 tu aku msg jugak mak usu sbb nak tau kabar dia ngan anak2. sian mak usu. aku pun tak berkesempatan lagi nak kerumah dia. thn ni dlm otak aku.. mmg aku nak ke kubur arwah pak usu lepas kubur arwah atuk. tak tau la yg lain2 tu punya perancangan. mesti aku sedih. pun tak de hati aku nak kemana2. mungkin pg umah mak usu jek. sedih? entah la.. tak boleh aku bayangkan. yang pasti.. thn ni mmg tak de hati nak beraya...

Menghitung hari lagi

Assalam..

Hari kedua mgu ni.. masa tu tak la berlalu dengan cepat aku rasa. yg buat aku selesa dua hari ni sbb big bos tak de n hari ni plak timbalan aku pun tak de jugak. so mmg semua org la aku tgk merdeka kat sini.

Smlm aku borak2 jugak la dengan PA aku pasal nak bertukar keluar dari sini kan. dia pun mungkin nak jugak tukar keluar blk semula ke Hq ataupun di kawasan yg dekat2 situ ler. sbb nanti husband dia pun nak tukar blk kesini. aku? entah la. smp skang masih lg dok pk mcm mana nak keluar dari sini. pejam celik nnt kalo betul la aku nak buat surat pertukaran keluar bulan 12.. maknanya aku dh 7bulan kat sini. amik masa la jugak tu kalo dpt keluar. dpt atau tidak tu terpulang pada diorg yg buat pertukaran tu la. kalo nak pedajal aku bg lama skit kat sini mcm2 diorg buat. aku dgr orang yg bahagian perkhidmatan bergred sama ngan aku tu pun susah nak keluar. bos dia tak mo sign surat. mmg giler la. bos dia tu ingat dia tu kuat sgt ke smp nak tahan2 org dok keje kat sini smp pencen. huh. nasib aku tak tau lagi.

Tp mmg aku akui la sejak kat sini, keje aku mmg sentiasa ada. tak mcm tempat lama. jarang jugak la aku ada kerja. maklumla bukan bahagian admin. aku nya keje mmg bahagian admin jek ikutkan.. kalo bahagian lain pun keje2 admin gak aku buat. huhu.. blk keje pun cepat, dah cepat dekat plak dgn rumah. bleh kata hari2 aku masak skang.. hahaha.. ada masa kan. bleh rehat lama n jimat duit skit dari asyik mkn maidin jek. hahaha.. kalo dulu susah nak singgah kedai skang hari2 aku singgah kedai beli lauk. huhu.. syok la skit hubby aku tu. tak pyh dia keluar2 kalo nak mkn. hihi.. dia pun skang malas dh nak kuar. penat agaknya blk keje.

Smlm.. dpt jugak la aku buat keje umah. basuh baju, gosok baju, masak, menyapu.. lipat baju jek tak dpt gik. hari ni kalo tak dak hal bleh la aku buang sampah, mop lantai n lipat baju. huhu.. bila plak la nak basuh kereta aku tu. dah 4 bulan tu tak basuh. hihihi.. sian dia. asal nak basuh ujan la plak.. so jd malas aku. hihih...

Skang ni mmg aku menghitung hari jek la. sekejap jek dah 2bulan aku kat sini. nak kata makin selesa tu buleh ler. tak selesa benarnya.. cuma aman skit tak dak gangguan.. hahaha..

Isnin, 18 Julai 2011

ada idea?

Assalam,

Hari berganti hari.. dah hampir dua bulan aku disini. kerja takat ni mmg tak de masalah pada aku. tp hati aku tak leh serasi lagi dengan keadaan kat sini. suasana bekerja kat sini mmg tak memberangsangkan aku langsung utk berminat stay lama kat sini. Entah ler.. hari2 runsing jek lama2 kat opis ni.

Stiap hari aku dok pk.. bleh ke aku tukar keluar dari sini. lepas ke diorg ni nak bg aku kuar.. maksud aku tu Pengarah nya la. kalo boleh pun, lin kata mesti Pengarah letak "dengan pengganti". masak ler gitu.. lama lagi la aku kene dok kat sini.. alaa.. tak mo laaa... busan weh... tp aku risau gak kalo pegi tempat lain nnt pun sama jek keadaan nya.. aku ingat tak mo lagi masuk tempat yg gred nya mati. maksud aku tu mmg smp pencen la org tu akan dok kat situ. kene tempat gred mati tu ok, ok la.. ni kalo tak ok mcm sini.. alahai.. menyusahkan otak aku jek dok pk mcm mana nak kuar dari sini. pg keje pun rasa malas. hahaha..

Ada jugak la org yg tak suka dok kat sini rupanya.. ada gak aku usha2 tu.. huhu.. tp nasib org tu tak baik ler sbb dia dah masuk ke gred mati. tak mcm aku gred aku masih lagi gunasama. hahaha.. sian dia. skang ni mcm mana la agaknya aku nak kuar dari sini.. tlg... ada idea? huhu.. dua hari ni bos tak dak.. sumer mcm merdeka jek kat sini.. hahahaa.. sok plak timbalan tak dak sbb cuti.. lagi ler bersuka ria.. hikhikhik.. aku gak ler yg sengal. lin kata nak ajak tukar tayar sok. ermm... paling dekat bwk kat uncle ler.. kalo tempat lain aku bukan bleh bajet ngat harganya. tgk la cm ne esok..

tolongg... bg idea mcm mana nak tukar kuar dari sini.. n alasan tu kene kukuh gak.. apa ek.. sape ada idea?

Rabu, 13 Julai 2011

Cepatnya masa berlalu

Assalam..


Tau2 jek arini dah hari rabu.. kejap tul masa berlalu aku rasa mgu ni.. hahaha.. tu yg rasa seronok tu kan.. pg ni plak aku penuh dgn aktiviti la.. keje aku mmg sentiasa ada sejak aku kat tempat ni. aku suka.. tak kisah sgt keje byk.. asalkan tak de gangguan dari orang2 yg tak berkenaan.. huhu.. tau nak ngarah jek kan.


Pg2 lagi aku kene migrain dah. hari ni byk dok kat tempat duduk aku jek la. tghri td mmg aku niat tak mo tdo pun tghri.. sbb migrain.. sah2 tak bleh tdo la kat tempat ni. bising. blk plak sah2 aku kene buat keje umah. mcm ptg smlm aku masak. hari ni nak masak tah lagi agaknya. tghri td lin ajak pg mines teman dia cari brg. tp tak jd beli plak. bukan brg apa.. periuk nasi. aku cadangkan tak pyh beli ler.. sbb sah2 si nurul tu nak bg periuk nasi kan. so tgu jek la. dah nak guna sgt katanya. sbb periuk yg sedia ada tu dah tak boleh guna dah.


Esok ni kalo tak ilang gak sakit paler aku ni mau pg klinik aku. tp tu la.. aku dah risau plak.. dah dua mgu, stiap mgu tu aku mc dua hari. mgu pertama tu aku sakit mata. mgu kedua tu tak la mc dua hari.. sehari jek. sehari cuti kecemasan blk kg. sehari tu mc sbb migrain la. ni nak kene lagi. bleh kata stiap mgu aku mc plak. tp ikut kan aku tak takut sgt sbb ada surat dari hospital. tp tu la. mcm tak sedap plak. aku plak sejak keje kat sini, tiap2 pg keje tu aku mesti pk ada jek benda aku nak kene setelkan kat opis. tu yg buat aku tak jd nak cuti atau mc kadang tu. alahai.. mcm tu ler gamaknya orang yg byk keje tu. kalo dulu mmg aku tak pk keje yg aku akan buat.. sbb mmg keje yg sedia ada tu aku setelkan dan tak de dah keje yg menanti esok hari. hahaha..


esok dah khamis n lepas tu dah jumaat. jumaat tu mmg aku sker la.. keje tak lama.. hihi.. nak2 plak aku blk keje kul 4.30. masuk rehat 2.45 sejam lbih jek nak tgu waktu blk. tak terasa la pun. pastu sabtu n ahad. ahad baru ni la aku baru rasa cukup rehat. kalo sblm2 tu mmg tak cukup rehat 2hari tu.. alahai.. penat juga berkejer. nak carik duit la katakan. huhu.. miss pun tak lama lagi pindah opis kat bentung ke raub.. tak ingat plak dah. tak dak kwn la aku.. nak tau citer dia alamatnya melalui blog dia yg tak berupdate tu la.. hahahah.. sthn sekali baru nak update.. hikhikhik.. tau ler bz.. kat umah tak leh update ka? berforum jek keje nya skang. carik ramai kwn.. tp tak nak plak kuar jumpa2 kwn tu.. mana nak sangkut sorg.. opss.. sori.. hahahaha.. layanzzz...

Isnin, 11 Julai 2011

Giliran Junior plak

Junior



Assalam..

5minit kul 5 aku smp dah umah skang ni... maklumlah dah masuk awal.. balik pun awal.. smp2 kat umah aku mcm biasa la.. mesti jenguk rabbit2 aku.. baby ngan jojo ok jek dok main dlm sangkar. aku tgk junior terbaring.. biasa nya dia tdo la gitu.. lepas letak beg aku pg lg ke sangkar. panggil junior tak bergerak.. biasanya kalo aku dekat panggil dia, mesti bangun. tp tak.. diam.. aku usik rupanya dia dah mati... keras jek... uwaaaaa... sedih nya aku....

Repson spontan dari aku.. mcm yang sudah2.. terus jerit panggil hubby aku.. terkejut lagi hubby aku yg tgh baring.. alahai... sedih betul aku ngan junior. dalam byk2 rabbit aku dia yg mati dia yg last aku niat nak bela. tak larat dah rasanya kalo dia mati nak beli lain lagi. asyik mati jek. dari Stich, Miki, Rio dan skang Junior.. 4 ekor dah rabbit aku mati.. tak sanggup dah la.. kesian..

Skang cuma tinggal Jojo n baby jek. baby tu pun aku tak pasti lagi betul ke tidak dia pregnen. nampak gaya perut besar.. tp kadang tu aku tgk kecik jek.. entah la. kalo betul dia beranak ada ler.. tu pun takut gak la kalo tak hidup lama anak dia. tau jek la. tak kene gaya ibu rabbit tu sendiri bunuh anak dia. pijak la.. sepak la.. gigit ler.. entah ler..

Skang pun dah nak puasa.. nnt kene hantar gak tu kat tempat jagaan rabbit. aku dah book kat si shahril Edzham tu nak letak rabbit time raya nnt. harap2 ok ler.. yang ada ni aku harap2 kekal lama la.. tak mo lagi la mati2 dah.. kalo mati jugak.. mmg tak nak bela dah la.. huhu..

Ahad, 10 Julai 2011

entah

Assalam,

Semgu dah.. mgu ni 3 hari jek aku p keje lg.. hahaha.. mcm mgu lepas.. selasa rabu aku cuti. hehe.. rabu ritu PA aku si lin masuk keje dah. khamis aku p keje pun semua keje dia tak de dah aku buat. tp masih lagi aku sibuk gak. huhu.. mcm2 hal kat opis tu. keadaan still lagi tak selesa kat aku. tp aku rasa ok skit sbb tak lagi kene kacau dgn ahkak2 tua tu.. ekekeke..

Jumaat aku paling suka. dlm stiap mgu sejak kat tempat ni mmg aku tak sabar nak tgu hari jumaat. hahaha.. sbb nya? haaa.. aku skang ni kan ke dah masuk keje awal skit.. blk sah2 la awal kul 4.30 ptg.. hahaha.. syok2... tghri jek dah rehat lama.. huhu.. skang ni kalo rehat jek aku mmg blk rumah.. jumaat kan. tp jumaat baru ni aku masuk awal skit ke opis sbb ptg kul 3 tu ada miting plak. huh.. kene setelkan la apa gik.. sengal.

ikut kan byk benda aku nak update dlm blog. tp mmg tak menang tgn kat opis tu. mau tak nya.. kesibukkan aku tu smp dah tak dok kat dpn pc tu dah. huhu.. blk jek aku jd letih. otak aku penat. badan apa lagi kan. stress manjang aku ni skang. punya la kepenatan, hari2 tdo awal. sian kat suami aku. kadang tu mlm2 dia buat air sendiri. sian aku tgk dia. bgn pagi pun sedih jek aku bila tau dia buat air dia sendiri.

mgu lepas kuar ngan miss nak p main boling la konon nya.. tp tak dpt nak main sbb ada tonemen kat situ. sengal ler.. kempunan aku. hoho.. apa la.. tgu smp ptg ingat dpt main.. rupanya tonemen tu bersambung smp kul 11 mlm. blk dgn frust jek la aku. alahai. sian kan... mgu ni nak pg pun mcm tak de mood.. tp aku dah dpt tau dah bleh kol n book dulu lane.. lupa plak ada no pon tempat boling tu.. heheh..