Setelah smgu pak usu pergi meninggalkan kami semua, dan yg nyata lebih2 lagi bg mak usu.. kini mak usu mula berdepan dengan masalah yang masih ada. Pak usu sebelum pergi, cuba menyelesaikan masalah. pada arwah tak mau ada masalah kemudian hari. namun masalah tu sebenarnya belum selesai.
Semalam, aku kol mak usu, bertanyakan samada mak usu dah buat kata putus psl kereta pak usu exora tu. kerete tu arwah baru ambik tak sampai pun setahun. arwah beli sbb kereta satu lagi tu dah nak abis byr, dan anak2 dah mula besar tu la arwah beli kereta tu nak bg keselesaan tuk perjalanan jauh. mak usu kata kene tanye bank dulu mcm mana. mmg sedih mak usu pk kereta tu. arwah terlalu sayangkan kereta tu. sikit pun tak mau ada calar kat kereta tu. dijaga dgn rapi. mmg apa pun barang2 yg baru arwah beli mesti dia jaga dengan baik sbb pada dia brg tu terlalu mahal dan bukan senang nak dia dpt. kesian mak usu.. dia tak smp hati nak jual kereta tu tp dia tak mampu. smlm bank bgtau arwah tak sempat sign surat gadaian, aku pun tak berapa paham. masa beli rumah tu arwah ambik loan bnk dan kebetulan seblm pergi arwah usaha tukar kan ke loan kerajaan. dan skang dah mula timbul masalah berkenaan rumah tu. kalo sah dpt tukar ke loan kerajaan in'allah mak usu tak de masalah. tp kalo masih kekal loan bank aku tak boleh bayangkan masalah yang mak usu hadapi nnt. mana nak byr utang2, anak2 nak membesar, kalo dgn utang rumah lagi, mcm mana? skang cuma pendapatan yang ada dgn menjahit. Ya Allah.. dugaan apa yang kau cuba berikan kepada keluarga arwah pak usu? kau ambil pak usu dengan cepat kami redha Ya Allah.. namun berilah kelonggaran utk mak usu dgn anak2 arwah hidup tanpa masalah yang seperti ini..
Skang, mak usu masih lagi tak tau apa nak buat. aku makin tertekan juga pk kan nasib mak usu. kesian aku kat mak usu. tak pernah terbayang aku akan keluarga pak usu yg baik, akan menghadapi masalah seperti ni. dengan cara apa aku nak tlg mak usu? Ya Allah, berikan la kami ruang dalam menghadapi masalah ini.. Amin..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan