Khamis, 25 Ogos 2011

Al Fatihah...

Assalam,

Al-Fatihah buat ibu mertua ku yang kini kembali ke rahmatullah... setelah sekian lama bertarung nyawa di hospital akibat kenser rahim, dan malam ini jam 9.55mlm suami aku yg bergegas ke hospital sebaik balik dr keje, memaklumkan ibunya telah pergi buat selama2nya...

Di saat2 kita umat muslim hendak menyambut Raya Aidilfitri.. kami sekeluarga diselubungi dengan rasa sedih atas pemergian arwah mak. apakan daya.. dengan rela hati kami semua telah bersiap sedia dan redha dengan pemergiannya.

1hb Ogos 2011 mak di masukkan ke hospital hukm, selang beberapa hari iaitu hari jumaat dia dibedah akibat penyakit kenser rahim yang aku blh rasa sudah mencecah ke tahap paling bahaya. sejak dari hari itu.. dua hari kemudian mak dimasukkan ke icu kerana pendarahan yg tidak berhenti akibat pembedahan itu. kata doktor, urat2 darah mak bocor.. menyebabkan ada saja darah yang keluar yg tak tau dari mana. doktor sendiri tak nmpk. 2 kali adik beradik suami aku di panggil utk membuat persediaan melepaskan mak pergi. sbb dah tak de harapan katanya.

Tapi keajaiban timbul smgu terakhir hayat dia. sejak smgu ni dia dah dikeluarkan dari icu. blh berckp, berborak bertanya itu ini.. dan hari ini... akhirnya.. dia dijemput Ilahi... Innalillah... kesedihan yang menyelubungi seluruh keluarga.. namum aku percaya semua nya telah bersiap sedia.. terutama abg adik beradik..

Awal thn ritu aku kehilangan arwah pak usu. menyebabkan aku tak ade mood utk beraya.. sblm tu aku dah pun kehilangan arwah opah. dah kini.. abg kehilangan ibunya. satu2nya ibu kandungnya setelah pemergian ayahnya dulu. 1 Syawal seolah2 tak bermakna buat kami sekeluarga.. apa yg aku harapkan, akan ada sinar kebahagian pada kami selepas ini agar dpt kami menyambut ramadhan dan syawal yang bermakna pada akan dtg.. InsyaAllah....

Untuk arwah mak.. telah ku sedekah kan bacaan yassin.. semoga roh mu dicucuri rahmat, dan ditempatkan di kalangan org2 yang beriman... Amin....

Tiada ulasan: