Jumaat, 19 Ogos 2011

Persiapan raya

Assalam,


19 hari sudah kita berpuasa. aku masih tak cuti gik.. cop2.. ada sehari mgu lepas sbb migrain. terpaksa bukak sbb takut sakit teruk kat opis mcm sblm tu. hihi.. pejam celik tinggal lagi smgu jek nak berpuasa dalam bulan ni. lepas tu dh ada yg start cuti hari khamis lagi. aku mcm biasa la. jumaat tu last keje. harap2 bos bg blk awal. isnin tu nnt baru nak hantar rabbit ke tempat jagaan. tak bleh awal2, mahal.. haha.. nasib baik ler 2ekor jek. sian kene tinggal kat situ. hihi.. tak pe la. dari kene tinggal kat umah tu kan. nak bwk blk kg sah2 tak dak sangkar spare. kalo tak bleh la bwk blk kg. lg pun mgkn tak lama kat kg thn ni.


org lain sibuk dgn persiapan hari raya. aku? mcm ni jugak ler. tak de hati nak beraya. mgkn umur pun dah meningkat semangat nak raya pun tak de ditambah2 lak dgn xde lagi arwah pak usu. makin la tak de mood. smp ke hari ni aku tak dpt gik bonus. tp alhamdulillah la sbb dlm proses. mgkn skali gaji atau pun sehari sblm gaji. tak kisah ler asal jgn tak dpt lgsg smp aku blk kg. giler. nak serbis kete gik, nak beli brg skit. nak harap hubby tak leh la jugak.


aku cuti amik 3 hari jek. rasa nya isnin tu nnt masuk keje la kot. cuti lama2 pun buat apa. tak seronok kalo tak pg mana2. bila tgk org lain buat persiapan tu aku tak tersentuh langsung nak sedih ke apa ke sbb tak mcm diorg sibuk beli kuih raya sibuk beli baju raya. mcm cuti nuzul quran baru2 ni semua pakat turun sogo. hoho.. aku rasa sogo tu penuh ngan org2 selangor la. hahah.. org kl tolak ketepi kejap. hari ni jek dah jumaat. esok kompem diorg sambung lagi bersoping. dgr2 ada yang sebut duit bonus pun dah abis. yer la.. dpt tak sberapa.. tp ok la dr tak dpt kan.. pastu beli kuih jek aku tgk dah 100 lebih masing2.. hihi.. tak pe la.. diorg sker.. sthn hanya sekali bak kata baris2 lagu raya.. hahah.. kat radio pun dah berkumandang lagu raya dari hari isnin ari tu lagi. aku mcm tak de hati nak dgr. sbb kalo terdgr tu mmg sedih jgk. so pg keje tak bukak sgt radio terutama time blk keje. ada jek lagu raya aku slow kan radio. hahah... mcm sakit hati plak ek nak beraya. miss aku tak tau dh beli ke tak baju raya. hahaa.. biasanya dia tu tiap2 thn dah siap tempah baju raya. beli pun skit jek la. tp beraya cuti mmg lama. kg jauh la katakan.. bukan senang nak blk.. alang2 bercuti biar lama skit kan. tak mcm aku dekat jek. mcm nak larik blk kg ayah. tgk kubur arwah opah. ritu dia meninggal aku tak dpt nak blk. sedih pun ada. tp apakan daya aku dah bersuami.


Cerita pasal kawan2, jue pun cuti awal. rasanya jumaat dia dah terbang balik ke langkawi. cuti pun smgu tu jek la.. sabtu blk sini dah katanya. so kalo aku blk awal pun maknanya dah ada geng la. hihi.. nor.. tak pernah aku sebut kan nama ni. dulu dia ni dok serumah ngan aku. member gak la. dah kawin skang anak sorg dok kat ipoh. lepas raya ni dia start keje kat hospital serdang. dah rezeki anak dia kot baru skang dpt keje gov. tu pun tgh runsing mcm mana nak cari jln bersatu ngan anak n suami dia. haha... cilz? ermm.. gitu la dia... ada gak masalah dia tu aku rasa. kat fb pun aku tgk dia ada jek post status marah2. org len mgkn tak tau la kot sape. tp aku tau dah la.. hihi.. so shutt.. senyap jek la.. hidup berumahtangga gitu ler.


Citer plak pasal family, yg aku pk dulu ialah m.usu aku n anak2 dia. thn pertama dia tak bersuami di pagi raya. termasuk la anak2. sian. kemudian pk kan nenek aku yg thn ni jugak la dia dah tak mewah mcm sblm2 ni. walaupun dia marah2kan arwah p.usu dulu. arwah p.usu tetap gak jlnkan kewajipan sbg anak beli kan baju raya nenek aku tuh. marah2.. tp time pg soping kemain gik dianya mewah. amik saja apa dia nak, walhal arwah p.usu tu bukan berduit sgt.. mak punya psl diam jek la.. kene ngalah m.usu la nmpknya. itu cerita dulu time arwah pak usu ada.. kenangan dia tak kan luput dari ingatan aku. smp ke mati aku bwk. mak aku plak.. thn ni dah dok kat kg tu.. rasanya tak de masalah la nak kemana2 pun. tak mcm sblm2 ni pk plak nak beraya ke mana. nak2 kalo merajuk ngan aku larik beraya ke ipoh umah mak long aku tuh. tak tau la thn ni nak buat jugak lagi. pelik. biarkan jek la.. aku diam jek.


yang pasti thn ni mmg tak de persiapan langsung untuk aku beraya. mau pun selepas raya.. kalo sibuk2 bwk kuih raya tu sori la aku tak dpt nak bwk. rasanya abis la kat kg kami mkn.. hihi... yg aku tau.. raya pertama kubur arwah p.usu aku akan aku tuju dulu mgkn lepak kejap umah m.usu. tu la yg aku terpk dr mula ramadhan smp la ke hari ni dan mgkn smp ke pg raya...

Tiada ulasan: