Rabu, 17 Ogos 2011

Bonus

Assalam,

untuk pertama kali nya aku tak dpt bonus thn ni. jap2 bukan la tak dpt.. tp lambat dpt. kalo stiap tahun tu ada jek nama2 tercicir dpt bonus aku dgr. thn ni aku plak terbabit kene lmbt dpt bonus. sengal beb.

hari ni cuti nuzul quran, pertama kali jugak la aku bercuti nuzul quran. selangor kan opis aku skang. dulu tu wilayah persekutuan. hahahah.. sah2 la hari ni org2 selangor membanjiri kuala lumpur soping utk hari raya. aku tak la kata nak soping tp ingat nak la larik blk kg kejap. tak dpt la nmpknya. nak serbis kete gik.. hohoho.. sengal2.

frust rasanya bila tau aku nya nama tercicir dr dpt bonus. tah cara apa diorg byr aku pun tak tau. kalo bank tu kejap jek la. ni kalo baucer mmg lambat la jawab nya. yg pasti kwn aku ckp paling lambat pun time gaji dpt dah la. tu maknanya mgu depan. lambat la abis katanya. tak dak maknanya lambat abis. sehari gak bleh abis bonus tu. abis, stiap thn pun roadtax kete mati time bonus tu n time raya. mau tak sengal. tak penah gik nak rasa duit bonus tuk benda lain. hohoho.. bosan2. cuti2 gini kene plak dok umah. tak dpt soping. kalo dpt bleh gak la p kejap tgk kat first lady tu baju. dpt sepsg ok la. thn ni pun mmg tak dak hati nak beraya. pg raya jek la kot nak berbaju raya. arwah pak usu tak de. mak usu anak beranak pun tah apa citer. sian diorg.

harap2 dpt la cepat skit bonus aku tu. nak serbis kete kalo last2 minit mmg sengal. penuh. tak dilayan nya kalo serbis biasa. kalo tukar itu tukar ini laju jek. silap2 hb bleh bentang kapet merah tuk aku. hahahaa... budus bengkel zaman skang. mata duitan skit. giler la. tak pe.. harap2 cepat la aku dpt. sblm gaji ler hendaknya.

Tiada ulasan: