Isnin, 21 Mei 2012

Isnin yang bosan

Assalam..

Back to Office yang tak memberikan aku kesan yang bagus untuk pemikiran dan jiwa aku. entah la kenapa. asal ada je kat opis ni aku dah susah hati. jgn kata ada kat opis.. dah tau jek nak keje esok nya aku dah mula sakit jiwa. sakit kepala dah pagi2 lagi... stress dibuatnya.

Entah apa yang tak kene kat sini. aku ni nak menahan sakit kepala smp tghri. kalo ok smp la ke ptg kang. ishk.. mmg sakit.. nak rehat kat belakang.. sudah nya kang mau jd umpatan yang lain tu jek. diorg tu rasanya pantang aku dok berehat mmg sengal jek diorg. entah la.. bila agaknya aku nak keluar dari tempat ni. sakit jiwa..

dua hari berehat kat rumah mmg tak cukup rasanya pada aku. sepatutnya dua hari tu membosankan aku.. buatkan aku tak sabar nak back to work. tp ini tidak.. smp bila? entah la. aku tgh usahakan nak buat surat utk dptkan laporan perubatan aku dari hospital. surat tu aku nak fowardkan ke org yg berkenaan. biar dia tau. ingat aku memain ke. sakit jiwa pk kan org tu. huh..

Jumaat, 18 Mei 2012

tah..

Assalam..

Jumaat sudah untuk mgu ini.. mgu depan akan aku berusaha untuk hadir penuh ke pejabat. timbalan aku bg nasihat kalo aku sakit dok jek rehat kat belakang tu. dia tak kisah.. mungkin bos pun mcm tu jugak. tp aku pun tak nak dgr org ckp2 belakang aku. aku rasa la.. sepanjang aku kat sini dosa org2 kat sini mesti byk sbb mengumpat aku. baik aku takde apatah lagi aku ada kat opis ni.

Pg td aku pegi klinik appt psl darah tinggi aku tu. aku mmg takut. so sblm pegi aku cuba merelekskan diri supaya tekanan darah aku tu tak tinggi. tp lepas2 dari tu plak la aku naik kot darah tinggi sbb migrain aku dtg. smp opis jek dah kul 11 pg.. ikut kat time slip aku tu smp kul 12. ikut hati mmg aku nak masuk lepas waktu rehat jek. tp tu la.. kang diorg kata aku melampau plak. tak pe la aku tdo jek time rehat td kat bilik cc.. tp tu la.. tak hilang2 gak ni.. alahai... selang sehari aku mesti kene lagi migrain. bosan dah aku mcm ni. tu pasal la aku kontrol supaya time check up td supaya tekanan darah aku tu tak naik. kang tak pasal2 aku kene mkn ubat darah tinggi plak. ada lagi 3kali appt.. harap2 tak de masalah la. mmg tak larat dah aku dgn sakit itu sakit ini.. bosan dah. baru 30an dah mcm2 penyakit. bila agaknya aku nak kembali sihat tanpa sebarang penyakit.

Khamis, 17 Mei 2012

letih

Assalam..

Entah hari keberapa aku bekerja hari ni. sakit mcm itu jugak. migrain makin menjadi2. dua hari lepas aku pegi appt kat hospital.. perkembangan dari segi lain alhamdulillah.. tp migrain aku pulak yang semakin menjadi2.. tak mcm aku rehat 4bulan yang lepas.

Esok.. hari pertama utk aku pegi cek darah tinggi.. mmg semakin stress aku bila pk kan aku dah kene darah tinggi. tp aku harap2 tu bukan kekal. nak pegi cek up ni pun nak pastikan.. kalo betul aku kene darah tinggi mmg sah la aku kene makan ubat yang tak kan berhenti dah lepas tu. ubat yang sedia ada pun tak larat dah aku nak makan.. ni kan plak ubat yg mmg tak boleh nak stop ikut suka aku. pening la. mmg stress..

Suami aku pun makin stress aku tgk. agak nya selama ni dia bertahan.. dan skang dah tak boleh nak tahan.. kesian aku tgk dia. silap2 hari bulan dia pun boleh sakit mcm aku jugak. betul la tu dia ckp. nnt sama2 pegi appt kat hospital. entah la.. masalah yang sedia ada pun aku tak boleh nak tangani dah.. cuma berdoa agar aku dpt bertahan jek skang ni. suami aku jgn ckp la.. dah tak tertahan aku rasa dia tu.. kesian aku tgk... nak ckp byk mmg aku tak leh nak cakap.. nnt dia naik hangin.. skang ni mmg mudah dah dia naik hangin. tak boleh silap skit. kalo dulu mmg susah nak tgk dia naik hangin.. skang cepat aje. pantang aku salah ckp dia plak dah mcm aku.. tu sbb aku diam jek skang dan bertahan.. harap2..

Isnin, 14 Mei 2012

Darah Tinggi??

Assalam,

Mgu ke3 bekerja.. tapi aku tetap mcm tu jugak.. cuma aku skang ni kuat kan semangat nak kembali bekerja kat sini. sungguh pun aku tak sesuai dan semakin stress kat sini. mgu lepas aku berjumpa dgn bos aku. tujuan tu nak mintak pelepasan dan nak terangkan keadaan aku sebenar. tp dia tak boleh juga nak lepaskan aku tanpa pengganti. mmg semakin aku susah. tak pe la, yang penting skang aku berharap dia faham dgn keadaan aku. jgn nnt dia kata aku plak yang sengaja. dia pun suruh aku cari cara tuk tangani stress aku tu. mcm mana?? kalau la aku tau..

jumaat lepas aku ke klinik. esok appt plak kat hospital. migrain aku mmg dah dtg balik dgn kerap skang ni. tp hari jumaat tu. tekanan darah tinggi plak dpt aku kesan. aku tanye kat doktor.. dia kata kemungkinan sbbkan migrain aku tu.. tp selama ni tak de pun. satu lagi alasan dia ssbkan keturunan. ikutkan mmg ada pun. tp umur aku baru 30an.. tak kan dah secepat ni aku kene darah tinggi. so, doktor bg appt tuk aku stiap mgu aku kene dtg cek darah tinggi aku selama sebulan nak sahkan aku ada darah tinggi atau tak. kalo sah mmg la aku kene mkn ubat. mmg makin aku takut. sabtu ahad aku asyik nak pitam jek.. pening dah aku ngan diri aku skang ni.

Khamis, 3 Mei 2012

Kembali berkerja

Assalam,

Hari ni adalah hari kedua aku kembali ke opis yang tidak menenangkan diri.. setelah 4bulan aku mc dan ambil cuti tanpa gaji disebabkan sakit aku tu. skang alhamdulillah hampir tenang.. namun sejak kembali ke opis ni semalam rasa mcm penyakit aku tu datang balik. mula stress n mula la aku dah tak dok diam n tak tenteram rasanya.

sejak cuti aku rasa aman, tenang mcm dulu.. tak ada pun rasa susah hati tu. aku rasa mmg disebabkan aku stress kat tempat keje ni yg membawak masalah tu ke rumah dan jadi besar. dulu kalo nak diiukutkan aku ada jugak masalah kat rumah.. tp masih aje aku boleh handle masalah tu. sejak bertukar ke sini aku mmg sakit yang teramat sakit.

smlm aku cuba berbincang dgn timbalan bos aku. mintak jasa baik dia berbincang dgn bos aku untuk melepaskan aku dgn pengganti kemudian. puas dah aku cek sana sini mcm mana nak permudahkan aku untuk keluar dari sini. selagi dengan perkataan pengganti serentak tu mmg tak kan keluar lah aku dari sini. sape jek nak memohon keluar mintak ke sini.. berkurun la nmpk nya.

aku bukan hipokrit.. nak pilih tempat keje.. tp sememangnya aku dah tak selesa disini.. ditempat ini.. mahupun mana2 tempat di bwh pengelola ini. aku tak kisah berada dimana, asalkan tmpt tu selesa pada aku bukan aku tak cuba menyesuaikan diri.. skang dah lebih 8bulan sehingga aku sakit dan skang dah sthn aku disini namun aku masih tak boleh nak berada disini.. aku pun pelik.. entah lah. pening kepala blk. sejak cuti dulu tu migrain aku pun payah nak kene.. apa lagi perasaan aku kembali tenang tak sakit dan skang aku pasti punca aku sakit bukan masalah rmhtgga aku tp tempat keje aku ni yg smp membabitkan rmhtgga dan keluarga aku. pening. aku dah cuba terangkan kat timbalan aku smlm. tp diorg tak paham pun dan tak nak paham yg aku tak boleh nak berada disini. aku berdoa la yg tuhan bukak kan pintu hati bos aku utk lepaskan aku dgn pengganti kemudian.. In'Allah.. amin...

Ahad, 4 Mac 2012

Selepas 2Bulan

Assalam,

Sekian lama aku tak mengupdate blog ni.. smp dah hampir lupa dengan paswed dia... amikkk.. sejak aku sakit tu mmg aku tak de hati dah nak bukak internet. tak kira la blog ke, chatting YM ke FB ke apa2 gik la.. kalo kat opis tu pun aku setakat bukak tgk msg jek kat FB dah buang semua msg2 tak bleh pakai dlm email kat YM tu jek... selebihnya aku off blk.. kalo dulu tu aku on jek fb kot2 ada member nak bertegur kan... skang tidak lagi.. akan2 dtg tak tau la pulak...

Dah 2bulan pun aku sakit.. buat masa skang ni follow treatment jek la... tiba masa Appt. tu aku pegi.. hari2 makan ubat... ermm.... smp skang still lagi tak amik peduli pasal Rebit2 aku tuh.. sian kat diorg.. entah apa la citer.. kalo ada kesempatan berehat mmg aku berehat.. tak keluar umah pun.. keadaan tak mengizinkan.. takut kalo sakit kat luar aku jadi payah. skang ni pun aku masih nak kontrol supaya kat opis sakit aku tuh tak datang..mmg payah rasanya.. entah smp bila la agaknya mcm ni pun tak tau.. tp yg penting aku kene kontrol.. kene bertahan..

Kehidupan? ermm... tak berapa memberangsangkan pada aku.. skang ni yang penting aku tak nak pk nak hidup senang lenang bergelak ketawa.. asalkan penyakit aku tak datang tu dah cukup kat aku dan itu la pun yg aku berusaha lebih untuk jaga supaya penyakit tu tak dtg... aku dah tak kisah org keliling.. sungguh pun suami aku skang ni begitu, tp aku akui bahawa dia la pun org yg penting untuk aku sembuh dari penyakit ni dan org yg berusaha lebih untuk aku sembuh. terpaku kejap aku tang tu. tak mcm org yg dekat dgn aku.. semakin hari naik menyampah aku dgn diaorg... aku rasa diorg nya sikap tu buat sakit aku lebih tak stabil.. benci pun aku ada gak.. skang ni tak dinafikan mmg aku sensetif.. semakin sensetif... sori ler pada sape yg nak mengata aku lebih2 tu.. tp tu hakikatnya yg mmg aku akui dan aku nampak.

Aku berharap sgt2 kehidupan aku kembali normal... tak mcm aku sblm 9 10 thn dulu.. tp cukup la sblm 1 2thn ni... penyakit aku kembali hilang aku pun sihat tak de lagi sakit2... In'Allah...

Jumaat, 30 Disember 2011

Hospital

Assalam,

28.12.2011... aku migrain.. pg ke klinik last2 kene transfer kes ke hospital. akhirnya aku ditahan di wad. mmg aku tertekan.. sakit yg teramat. aku masuk hospital sehelai sepinggang. dia? bleh sindir aku. mmg sakit jiwa aku.

merayu aku kat doktor untuk keluar. aku mintak tlg jue dan syam. diorg dtg untuk bwk aku keluar. dan skang.. aku berada di seremban. menenangkan fikiran. hanya kat sini aku bleh tenang. walaupun arwah p.usu dah tak de. tak sorg pun tau aku dlm keadaan tertekan. hari2 mkn ubat dulu skang ni. kalo tak aku bleh serabut lg.

entah smp bila aku nak dok kat sini. 3hb.. sambung appt kat hospital blk. blh ke pg tu aku pg keje? atau aku masih perlu berehat lg. entah la. aku tgh pk apa perlu aku buat skang. plan untuk aku nak hidup dgn tenang. mmg aku benci dia. makin benci. aku nak dia keluar dari hidup aku. tp nnt dia blk cari aku blk. apa perlu aku buat nak elak dia. ermmm..

Rabu, 21 Disember 2011

Surat Tukar

Salam,


Haaa.. giler update blog ke hape ni. dua hari mc dan hari ni aku dtg keje. atas meja jgn ckp la serabut aku tgk. pening2. demam kemain gik.. lama sgt tak demam.. kuat tul virus si elly tu. hahah.. org lain batuk aku ok jek.. ni dia batuk terus berjangkit kat dia. smp demam2. mungkin skali dengna migrain aku tu. giler.. sengal jumpa doktor india pmpn tu. mmg malang kalo masuk bilik dia. byk sgt ckp kan.. smlm kene dah ngan aku. haa.. padan muka. sedap mulut nak ckp. aku diam ingat aku bodoh ke. huh..

alkisahnya la.. nyesal tak dtg smlm ni. haha.. salah satu surat atas meja aku tu sah2 la surat tukar. surat opsyen SBPA tu pun ada.. adeh.. dok pk lagi ni nak sign umur 56 ke 60.. hoho.. kang nyesal lak tak sign 60. tp kang takut pencen pun kene umur 60 gak. dari bab tu aku nmpk mcm ada kesangsian dari penerangan bos aku tuh. takut gak ni. sign2 60 skali kene pencen umur tu gak tak leh awal. tak ke nayer jek. berbalik ke surat tukar. lega hati la kan dah nmpk surat tukar tu. surat tu aku nak hantar ke JPA. tp bleh plak dah berbuka. ada la tu kot ingat surat apa. sah2 utk aku tu. dah ada nama aku. ishk. tak pe. hari ni juga aku hantar surat tu. pg ni gak aku pg. aku jd risau gak ni. bukan senang nak tukar dgn pengganti serentak dihantar ke sini. nak harapkan tukar sama suka dgn anak cc tu, ishk.. hubby kata nnt aku lg migrain sbb kene keje sabtu ahad. alahai. aku pun tak mo gak. time keje biasa pun aku nak cuti kalo serabut sgt. ni kan plak sah2 ada cuti kene keje. ishk. aku tak kisah la tak dpt khidmat cemerlang, yg pasti keje je kene jaga prestasi.

aku harap sgt2 la yg pertukaran aku ni cepat. tu ada plak tu untuk perhatian sesiapa kat dlm surat tu. mcm dah berpakat jek. alahai. aku berharap tmpt yg aku dpt tu nnt dapat mengubah semua nya termasuk penyakit aku stress aku segala2nya la. terutama skali prestasi keje aku yg perlu aku jaga. sbb lepas ni kan ke senang2 jek bleh kene buang dlm gov ni. tak mcm dulu lagi kan. 3thn kot sama gak markah prestasi sah2 ko kene diberhentikan. ckp jek tak tp mmg yer pun. sah2 la nnt ada sikap ampu mengampu bos. huh.. budaya tu akan kembali balik dalam sistem kerajaan ni. sedangkan kat sini pun aku nmpk gak dah skit. tp tak la ngampu sgt kan.. hikhikhik..

Satu petang..

Assalam,

Ni nak citer satu kisah skit. alkisahnya ptg smlm aku nak beli rak kat kedai hardware utk rebit2 aku tu. dlm tgh kalut2 aku dah beli topap sblm tu, tp tu la. tak masuk2. so aku kol, org tu bleh tak dgr apa aku ckp.. byk kali gak aku kol. naik hangin dah aku ni. kol husband aku pun tak dgr gak apa aku ckp. sah2 la hp aku yg bermasalah. dlm tgh2 marah2 tu ada la sorg lelaki india ni dok tegur aku. dia nak beli cat. tgh ngecat umah agaknya. dia tanye aku duduk mana. aku ckp la mana aku dok. rupanya dia pun baru beli rumah kat situ. tu yg tgh ngecat tu nak bg sewa kat org.

Dalam pada tu dia kenalkan la diri dia. Dr. Anant.. doktor psykologi. kaunselor la gitu. maksudnya tu korang pun paham kan. aku jd terkejut gak. last2 aku pasti. dari start aku marah2 td dia dah perhatikan aku. dia ckp aku mmg ada bermasalah. stress.. dari mata aku pun dah nampak aku ni ada masalah. terkujat gak la aku. korang kalo berdiri dpn aku bleh nmpk ke aku ni bermasalah? yg pastinya mmg aku terlalu tertekan skang ni. esok ptg.. aku nak p appt tu. ishk.. mmg aku takut. jgn la aku kene tahan. tp tak kot. sah2 tu appt jek. bukan kes emejensi aku rasa. huhu.. aku mintak kad doktor tu. mana la tau kot2 emejensi. kalo tak aku pun org lain. haha..

Rabu, 14 Disember 2011

Dan..

Assalam,

sekian lama tak mengupdate.. last pun masa besday hubby. tu pun ringkas. sejak dua menjak kebelakangan ni aku mmg bertambah2 stress.. semgu bleh kene migrain berhari2. dah berulang2 smp kan aku kene mkn ubat stress.. untuk mengurangkan tekanan aku tuh. ubat dari hospital yer. doktor bagi masa last appt 30hb hari tu. dan aku sedang menunggu appt berikutnya 22 hb disember ni. haishh.. sabar jek la. semakin tertekan.

aku dah pun buat surat tukar smlm. bos pun dah sign tinggal nak hantar ke admin dan terus ke jpa. tak tenang hati aku. mau tak nya bos mintak dengan pengganti serta merta. mana nak dpt sepantas itu. tak mintak dengan pengganti pun makan masa 5bulan. ishk...

cuti skolah.. tak kemana2 pun aktivti. tak mcm cousin aku kesana sini. aku rasa aku kene plan satu percutian thn dpn utk releks kan kepala otak ni. terlalu tertekan. kang kalo citer kat sini mmg tak sedap. sah2 membukak pekung didada. org yg tak memahami aku akan kata aku poyo, leceh, tak reti nak handle tah apa2 lagi la. kalo la korang berada kat tempat aku.

beban tekanan tak cukup tu jek. keje.. mmg sah2 la. aku mmg nak keluar dari sini. dan aku berharap selepas keluar dari sini tempat yg aku pegi tu tak de la buatkan aku bertambah stress. aku ni stress dari mana ke mana pun aku tak nmpk dah. sengal.

yang pastinya.. aku blk keje je layan rebit jek kat umah utk hilangkan stress.. terapi tu berkesan aku tgk. boleh la. adios..