Khamis, 3 Mei 2012

Kembali berkerja

Assalam,

Hari ni adalah hari kedua aku kembali ke opis yang tidak menenangkan diri.. setelah 4bulan aku mc dan ambil cuti tanpa gaji disebabkan sakit aku tu. skang alhamdulillah hampir tenang.. namun sejak kembali ke opis ni semalam rasa mcm penyakit aku tu datang balik. mula stress n mula la aku dah tak dok diam n tak tenteram rasanya.

sejak cuti aku rasa aman, tenang mcm dulu.. tak ada pun rasa susah hati tu. aku rasa mmg disebabkan aku stress kat tempat keje ni yg membawak masalah tu ke rumah dan jadi besar. dulu kalo nak diiukutkan aku ada jugak masalah kat rumah.. tp masih aje aku boleh handle masalah tu. sejak bertukar ke sini aku mmg sakit yang teramat sakit.

smlm aku cuba berbincang dgn timbalan bos aku. mintak jasa baik dia berbincang dgn bos aku untuk melepaskan aku dgn pengganti kemudian. puas dah aku cek sana sini mcm mana nak permudahkan aku untuk keluar dari sini. selagi dengan perkataan pengganti serentak tu mmg tak kan keluar lah aku dari sini. sape jek nak memohon keluar mintak ke sini.. berkurun la nmpk nya.

aku bukan hipokrit.. nak pilih tempat keje.. tp sememangnya aku dah tak selesa disini.. ditempat ini.. mahupun mana2 tempat di bwh pengelola ini. aku tak kisah berada dimana, asalkan tmpt tu selesa pada aku bukan aku tak cuba menyesuaikan diri.. skang dah lebih 8bulan sehingga aku sakit dan skang dah sthn aku disini namun aku masih tak boleh nak berada disini.. aku pun pelik.. entah lah. pening kepala blk. sejak cuti dulu tu migrain aku pun payah nak kene.. apa lagi perasaan aku kembali tenang tak sakit dan skang aku pasti punca aku sakit bukan masalah rmhtgga aku tp tempat keje aku ni yg smp membabitkan rmhtgga dan keluarga aku. pening. aku dah cuba terangkan kat timbalan aku smlm. tp diorg tak paham pun dan tak nak paham yg aku tak boleh nak berada disini. aku berdoa la yg tuhan bukak kan pintu hati bos aku utk lepaskan aku dgn pengganti kemudian.. In'Allah.. amin...

Tiada ulasan: