Jumaat, 31 Disember 2010

snap.. snap..


Ok tak pic ni.. dalam kebosanan melanda diri.. hahaha.. sempat gak aku berposing.. kali ni keluar bwk laptop sama.. so tak de la masalah lagi kalo boring.. bukak FB la, search anything kat internet.. semua nya aku buat.. yang pasti semua pic2 ni aku snap kat snuker... ikut suami.. al maklumla cuti.. cuti yang telah pun diberikan oleh Pak Najib... yehaaaaaaa...



Dah lama tak snap pic ngan suami.. ada masa2 terluang sblm dia main snuker tu aku ajak snap pic.. mcm biasa.. buat koleksi.. sok dah tua2 bleh la ulang tayang blk kan..



Bab berposing bg kat abg.. asal boleh.. pantang kene panggil, otomatik dia berposing.. ada jugak la yang aku amik curi2.. hihih..



Dah lama rasanya tak de pic terbaru.. kalo korang perasan tgk la badan aku ni.. baru separuh.. blom lagi pic penuh.. berisi beb.. tak bleh tahannnnnnn... diet diet.. hahahah..



Loving couple... yang pasti org pun tak kan tau kami suami isteri.. tak mcm pun.. mana ada isteri ikut suami pg2 gini.. tp tu la kami...

Khamis, 30 Disember 2010

Emak



Salam.... Dah berapa lama aku tak berhubung dengan emak. sejak mak ngan aku berselisih faham sebelum raya hari tu smp la skang ni baru dpt bercakap dengan mak. bayangkan la dah hampir 6bulan aku tak dpt berhubung dengan mak. sejak kes tu mak smp pindah dari rumah skang.

Kes tak besar pun.. sikit jek selisih faham nya. tp mak seakan2 tak faham apa situasi aku masa tu. bukan nak jadi anak derhaka. tp sebagai org tua pun mak sepatutnya faham dengan keadaan aku. walaupun dah berkawin, aku lagi terikat dengan suami.. aku perempuan.. susah.. jgn kata nak keluar rumah.. apa bentuk situasi pun aku tak boleh menjangkaui suami.. tp dalam kes aku dgn mak dulu tak de la sgt kaitan dengan suami.. tp mungkin mak yang tak memahami keadaan aku masa tu. susah..

sampai aku terkejut mak pindah dari sini.. tiba2.. seolah2 nak lari dari aku. smp kan family lain pun tak tau kemana mak pegi. tp dpt jugak tau kat mana ada mak. melalui pak usu aku la. sbb kan nenek aku masih lagi dengan mak, sbb tu jek tak terputus hubungan. satu hari tu smp aku mimpi kan mak.. aku rindukan mak.. tp tak dpt nak hubungi mak. bukan apa.. aku takut kalo kol mak, mak marah2 lagi.. aku penat.. sbb tu bg mak betul2 reda kan kemarahan dia.

Alhamdulillah.. hari ni.. aku dpt berckp dengan mak. hilang rindu aku.. menitis airmata aku sbb kan mak.. mak tak pernah hidup jauh dari aku. kebetulan kesihatan mak tak elok. demam dah 3hari. sedih aku.. tp nasib baik mak dah ok.. aku pujuk mak pindah sini balik.. bukan apa.. kalo ada apa2 aku blh tgk. bwk pg klinik ke apa ke.. aku bukan kaya.. tp in'allah setakat sikit2 kesulitan tu aku dpt tlg.. mustahil aku tak kan tlg kalo aku mampu... satu2nya mak yang masih aku ada... ibu kandung.. walaupun kami tak rapat namun dia emak aku... tak kan ada pengganti lain selain mak...

Team Malaysia

Yeahhh... Yehaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... tahniah2... buat pasukan team bola sepak malaysia yang menang lawan pasukan indonesia semalam.. hihihih.. penantian selama 14 tahun tu di sambut dengan meriah dan PM kita telah pun mengumumkan 31 Desember ni (jumaat) hari cuti umum buat semua rakyat malaysia...

Kemeriahan semalam tu mmg seronok jugak kan.. hihiih.. bayangkan la.. sebelum tu dah pun berlangsung kat Stadium Bukit Jalil dan team kita bwk bekal 3-0 ke indonesia berbalas 1-2.. yang pasti kita tetap menang 4-2.. hahaha..

Yang tak best nya.. masa lawan kat sini bukan main lagi kata kalah sbb pancaran laser kat muka penjaga gol diorg si markus tu.. tp kat sana tu.. apa kes plak dia bg blk pancaran laser kat muka penjaga gol malaysia si Fahmi tu.. tak jugak menang... hahahha.. apa la.. kalo dah bersukan pun nak jadi gaduh2 baik tak yah bersukan kan...

Kawan aku si miss bukan main lagi seronok.. hahaha.. kemain gik terjerit2 kat rumah dia katanya.. hahahhaa.. aku? tgk kat umah gak.. al maklumla tak sihat. kene berbaring jek la kat sofa.. mood pun tak de.. tp time gol tu layan gak.. yesss! hahahaha... hubby aku tgk kat maidin.. dia kalo bab bola ni mmg sker tgk ramai2.. baru meriah skit kan katanya.. mmg betul pun.. kalo tak tak dak feel kata org.. hihiih.. yang pasti rakyat malaysia mmg sambut dengan meriah pengumuman PM kita esok cuti.. hahhhaah... Malaysia Boleh! yehaaaaaaaaa...

Rabu, 29 Disember 2010

Boring..


Yuhuuu... boring plak aku rasa mlm ni.. dengan keadaan kesihatan yang masih lagi tak jugak sihat2.. nape tah.. demam tak jugak kebah2.. yer la.. walaupun tak sampai berbungkus dalam selimut.. tapi tak seronok kalo menggigil jek kan..

Hari ni aku p hospital. jumpa doktor kat sana n dpt mc 2 hari.. lagi? alahai.. mgu lepas dah mc 2hari sbb accident tu. tp tak pe la.. nak buat mcm mana kalo dah sakit. member2 kat opis kata aku ni dah ada org baru..(pegnen lerr..) hahahah.. setiap kali ayat gitu keluar aku gelak jek.. mau tak nya. sbb aku pasti tak de isi lagi. suami aku pun tak bg lagi lampu hijau tuk aku pegnen. mcm mana? ermm.. kenapa yerk? aku pun masih lagi tak paham.. tp aku pun tak boleh jugak la bayang kan kalo sekarang ni aku dah pegnen. sah2 waktu2 mcm ni aku tak boleh la sgt2 nak kuar rumah. takut2 nnt tah apa2 plak ikut blk kan. tu kata org tua2 la.. sebut pasal pegnen.. kwn opis aku si zurie dah pun bersalin mlm td. si rina dok msg kat aku td kata dia dah bersalin dpt anak pmpn. 2.8kg jek berat baby tu. mak ai.. tgk perut mcm besar.. tp tu la.. pmpn lagi.. anak kedua.. pertama pmpn jugak.. hihihi.. tak pe la asalkan sihat dua2nya.

Abg ckp mak ada kat sini.. kat rumah adik. mungkin mak boring so turun kl. nak kata turun kat umah aku opppss... tutttttttttttt.. hihihi.. mungkin nak tgk keadaaan adik kejap. maksud aku tu adik ipar. adik abg. dia dah nak bersalin pun ujung bulan ni jugak. ermm.. semua nya kes bersalin jekk.. suka la nnt ada org baru.. anak pertama bg adik ipar aku tu.. aku jek belum lagi.. ermm.. ujung mgu ni nak blk kg. tp abg tak tau la.. ikut ke dia? setiap kali nak ajak blk kg dia ada jek alasan. muka pun poyo gak. pening paler aku.. entah la.. sejak dua menjak ni dia tak byk ckp. gurau tu ada. tp hal2 penting tak byk nak berckp. stiap kali suka habiskan masa kat maidin bwh tu. lepak dgn budak2 tu. entah apa yg dia runsing kan. tp aku mcm boleh agak pasal apa. cuma tu la.. malas nak bertanya. nnt mesti bleh jadi gaduh. entah la. aku harap2 perkara yang menghalang kami ni selesai cepat. tahun pun dah masuk tahun baru.. tinggal 2hari jek lagi..

Selamat menyambut tahun 2011...

Selasa, 28 Disember 2010

Suamiku..



Salam....

Sejak peristiwa kemalangan tu.. aku mmg selalu pk kan apa yang tersirat dalam hati suamiku.. kalo tak kerana Allah S.W.T tu masih sayang kan kami lagi.. dah tentu aku dah kehilangan suami aku agaknya malam tu.. sehari selepas kemalangan.. baik smp sekarang pun aku selalu tgk wajah suami aku setiap kali kalo dia pejam kan mata.. apa yang tersirat sebenarnya dalam hati dia. Sejak kami berkwn.. berkenalan dulu tak de satu pun penghalang antara kami nak luah kan perasaan.. apa yang kami rasa kami kongsi bersama.. namuk sejak 3 4 tahun kebelakangan ni makin jauh rasanya perasaan mcm tu.. walaupun aku.. apa yang aku rasa tak lagi aku luah kan pada suami.. namun satu2 ketika aku dpt juga luahkan apa yang aku rasa.. namum suami aku? entah..

Satu malam.. aku tenung wajah suami aku yang tengah tdo.. 'apa yang tersirat dalam hati abg?' apa yang abg rasa? apa yang abg inginkan sekarang? sakit kah hati abg sekarang? pada sape abg rindu sekarang? kemana abg nak pergi? dengan sape abg nak skang? mcm2 soalan bermain kat kepala aku.. mungkinkah aku sememangnya bukan lagi wanita yang dia kenal dulu? kenapa dulu begitu mudah dia nak luah kan apa yang dia rasa? tp tidak sekarang? aku terlalu sayangkan suami aku.. tp.. smp bila Allah S.W.T akan meminjamkan nya kepada ku? apakah kami bakal mengecapi hari tua bersama? sehingga sekarang.. aku masih lagi teringatkan mlm tu. kalo la suami aku tak de lagi.. apa akan jadi pada aku.. namun aku bersyukur... bersyukur yang amat sgt.. Allah S.W.T itu masih lagi maha pemurah jugak maha penyanyang..... amin...


Khamis, 23 Disember 2010

23 December 2010!

Salam.... tgk tajuk jek korang mesti tak de pk pape kan.. ni aku nak bgtau kat sini bertapa malangnya tarikh tu.. kalo ikut dalam kalender tahunan aku, sah2 tarikh tu tarikh besday mak aku yang tercinta dan jugak la sepupu aku yg tersayang tu.. tp tarikh tu bertukar malang pada aku bila aku dengan hubby terbabit dalam kemalangan..

Tak tau la mcm mana la nak aku citer.. tp tu la.. malang tu tak berbau agaknya.. yang pasti aku ngan hubby tak pape.. aku la skit terhantuk kepala kat rangka kete depan tu haa.. kaki bengkak skit.. pening wooo... sakit paler.. tiba2 terus naik bengkak paler aku... nak termuntah pun ada.. tp skit jek.. don't worry la.. bermula cerita aku ni kelaparan.. so hubby bwk p mkn.. kebetulan kwn dia kol soh amik barang.. ada la 2 pg lebih.. kat2 3pagi gak masa tu dah... ni dah nak otw balik la ni... smp kat simpang usj tu haa la aku eksiden.. entah dari mana la dtgnya kete tiba2 jek dgn laju.. dah la tak bukak lampu.. kete lak warna hitam.. mmg aku jerit la kat hubby aku ada kete.. hubby aku tak sempat elak.. tp nasib baik la hubby aku slow masa tu... ada la 50km kot.. yer la simpang kan.. apa lagi.. berdentum.. kete tu berpusing gak la 3 kali.. smp langgar tembok kata hubby aku.. aku pelik.. giler ke hape.. dah la pg2 buta.. simpang tu plak gelap.. yang tak p bukak lampu tu kenapa.. turun2 jek aku nampak negro.. huh... lega skit hati.. bukan ape.. kalo org mesia ni mesti dah berduyunnnnnn tibaaaaaaa.. hahaha.. berduyun2 dah la kaum kerabat.. sah2 la hubby aku ngan aku jek.. tgk dari luar mmg tak de pape pun kete dia.. tp rupanya teruk gak la.. dia pun aku tgk mcm mabuk.. bila dah bising2 nak salah kan hubby aku.. hubby aku ajak p balai buat report tak nak plak.. sah2 la dia mabuk.. n tah apa2 la salah yg dia ada dia tak berani.. maybe tu kete sewa.. huh..

Kete hubby aku abis depan.. tp still boleh jalan lagi.. apa pun mmg kene towing gak la.. nasib baik la hubby ada kwn dlm towing menowing ni.. ok skit.. bayang la eksiden gitu.. mau beribu.. tu pun dia mmg mintak soh kami plak byr.. sbb nya konon kami langgar dia.. yer la. dh dia laju.. sempat la melepasi kami.. kalo hubby aku pun sama gak laju masa tu atau pun dia terlewat skit.. mmg dia hentam tang pemandu.. sah2 hubby aku tak de dah masa ni.. Astagfirrullah..... jauh kan la kejadian gitu..

Entah la.. masa aku update blog ni pun aku kat balai.. dah setel pg cek kat klinik setelkan buat report polis plak skang ni... tu la.. apa pun aku mmg la bersyukur sgt2.. mmg Allah S.W.T tu masih gik sayang kan kami... aku smp tak boleh tdo.. yer la.. takut2 kalo2 dah tak bgn pg tu.. smp tdo pun bukak lampu.. huhu... nnt aku update pic kete ek kat korang.. kalo hubby ada amik la.. pg td mmg tak sempat apa pun.. tak leh nak berpk langsung... alahai.. mmg la malang hari ni.. semoga kami dijauhkan dari kemalangan lagi selepas ini.. amin....

Selasa, 21 Disember 2010

Rindu kwn2 lama...

Salam... sedar tak sedar usia makin meningkat. sebut pasal usia ak ni sebenarnya rindukan kwn2 lama masa zaman sekolah2 dulu.. wahhhhh sebut pasal sekolah, sah2 yang seronoknya zaman sekolah menengah.. wakakkak.. mau tak nya kalo ada yang nakal2, ada plak yg berlagak macho.. cun la itu la ini la.. mcm2 la zaman sekolah. aku? hihihi.. mcm biasa.. tak mcm org lain glemer sana sini.. tp masa time aku tu, naik jek form 2 dah juin ngan senior2.. huhu... hahaha.. tak men dah ngan junior bwh ni.. bukan sombong tp masa tu cuma 3buah kelas form tu jek di aliran pagi.. yang lain masih gik di aliran petang.. mau tak, tak de pilihan kene juin la dengan senior2 ni.. nak2 kwn2 aku semua nya bleh dikata kan suka dengan senior2...
tu zaman masa skolah dulu.. bila dah abis spm semua buat haluan masing2 smp la skang ni.. sejak ada FB mmg la aku syukur sgt2.. semua kwn2 skolah yg terputus hubungan dulu tu dpt berkumpul blk kat dalam tu.. wahhh mmg la seronok.. org yang aku cari ada dua.. sorg ni kwn mmg dr zaman kecik aku.. dok kat kawasan umah aku tu jugak.. siti fatimah.. sorg lagi anieza.. tp si anieza ni akhirnya dpt jugak la aku ketemu kat dalam fb.. cuma si siti fatimah ni.. tak dpt2 aku cari smp sekarang.. sejak darjah 5 dia tukar sekolah ke perak. blk kg mak ayah dia.. sbb nya ayah dia dah pencen pun masa tu..fatimah ni mmg kwn baik aku kat kwsan rumah tu smp la kat skolah rendah jugak. rindu plak aku ngan dia.. entah apa la citer dia skang ni.. anak tah bape.. huhu..
si anieza aku dh pun dpt kontek.. yer la.. punya la cari2 dpt jugak aku borak ngan dia.. dok kat area s.alam tu haa.. anak pun dua. baru2 ni ada la aku borak ngan dia.. bila agak nya ek kami nak jumpa.. maklumla dia suri rumah sepenuh masa.. sibuk uruskan anak2 dia. tp aku plak.. blk keje dah penat.. mmg ingat nak jugak jumpa dia dalam mgu ni.. bleh gak la lepak2 kan. smlm mmg tak larat.. blk keje dah penat.. dah tu ujan punya la lebat.. hihihi anie... tgu2.. nnt aku kol bleh kita jumpa borak panjang... yang lain2.. bila nak buat reunion ni....

Sabtu, 18 Disember 2010

Corat coret akhir tahun

Tengok pada tajuk mcm banyak cerita nak aku update kan.. hahahaha.. tak la.. sebenarnya mmg dah tak de cerita baru aku nak update.. sejak dua menjak ni.. al maklumlah suami pakai laptop.. mcm penah aku citer la kan.. sah2 broadband pun dia guna skali.. huhu..

Pejam celik pejam celik dah tinggal bape hari jek nak melangkah ke tahun baru.. azam baru? entah.. yang pasti aku nak semua nya berjalan lancar.. kalo boleh tu mmg tak mo ada masalah la kan.. tp apa plak jadinya tak dak masalah.. boleh tu boleh.. cuma jgn la teruk sangat.. mcm tahun ni.. kalo dari awal tahun pun dah tak berjalan dgn lancar.. sah2 la ujung2 tahun nak sampai ke penutup ni pun teruk gak keadaan aku rasa.. yg aku sebut ni sah2 la kan dari segi keje. tak mcm cousin aku.. bukak blog dia.. tau2 dia dpt naik pangkat dah pun.. huhu.. tahniah... aku? entah.. hihihi.. ada naik pangkat.. tp tak seperti cousin ku itu.. hahaha..

Untuk tahun baru ni aku lebih memikirkan tempat kerja yang baru akan aku hadapi nnt.. yer la.. dah 10 tahun kat tempat skang, aku tukar bukan sbb nak cari pengalaman baru.. tp sbb kecewa dengan situasi tempat kerja aku skang.. kalo org lain tu tukar tempat kerja mungkin la sbb cari pengalaman baru ataupun naik pangkat.. hohoho.. tp lain pada aku.. asal nya apa yg aku plan tu tak dpt plak.. aku cuba plan kedua ni.. entah dpt atau pun tidak tempat tu.. bukan senang nak dpt tempat yang kita mintak.. tp entah la.. jangan nanti dah dpt aku pun takut jugak kene ditempatkan diluar dari kawasan skang ni..hihihi...

Mcm2 plan aku nampak org lain.. tp aku.. entah.. sejak berumahtangga.. aku rasa lain.. mcm byk perkara yang aku nak buat terhalang.. kalo dulu aku harap ada suami semua nya lagi senang.. tp rupanya bukan semudah itu.. alahai.. mmg payah.. pening pun ada gak kalo aku pk.. nak2 skang ni semakin kerap aku kene migrain.. hahaha.. citer bab migrain aku dpt appointment tuk scan mgu dpn.. mcm mana ek.. entah.. langgar jek la.. ni pun tak ckp lagi kat hubby.. harap2 dia teman.. tp tu la.. ermmm...

Plan tahun baru? lalalaalal.. entah.. tdo lagi kot mcm tahun lepas.. hahahahaha.. pening la.. tp nasib baik la time cuti kan.. kuikuikuikui... elelelellele.... bila ek nak jumpa kwn2 lama masa skolah ni.. tunggu2 jugak aku bila diorg nak buat reunion.. mcm si miss.. syok gak la dia dpt reunion.. tp tak mo mcm dia.. tlg2.. wakaakkaka.. penat tu............buat jek la kat mana2 n byr.. badan pun tak penat.. tenaga tak membazir.. ehehehehe... tp meriah nya mesti la berbeza kan.. tungguuuu lagiiii......

Isnin, 6 Disember 2010

Lagi..

Salam..
Pejam celik pejam celik dah pun bulan 12 dalam tahun 2010 ni.. kalo korang la kan, agak2nya dah ke terlaksana apa yg korang plan kan dari awal tahun dulu? hehehe.. aku? sah2 la tak pun.. apa yang aku plan kan mesti tak menjadi.. entah kat mana la silapnya.. tp ada jugak yg tak ada dalam perancangan aku yg tiba2 jek menjadi... hehehe.. syok la kalo gitu kan.. tp tu kalo perkara menarik la.. yg tak menarik nya yg tak seronok..
Dari awal tahun semua nya tak berapa lancar berjalan.. tp ok lagi la.. alhamdulillah.. takat ni masih lagi gagah.. hohhooho.. skang ni dah nak timbul pun tahun baru.. 2011... untuk tahun baru tu, mmg mcm2 la kot nak aku rancang.. atau pun aku berharap ianya tak la seteruk apa yang tak aku rancang.. hahaha..
Mula dari hari jumaat lepas la.. aku mmg dah tahap gaban sakit hatinya dok kat tempat keje skang ni.. bukan sbb kan kerja2 aku tu atau pun tempat keje aku tu.. tp masalah timbul dengan org2 kat tempat keje aku tu haaa.. diorg ni punya la nak psiko aku kot agaknya.. tak sabar2 nak soh aku kuar dari tempat keje aku ni haa.. mcm2 diorg buat.. tensen pun aku ada.. atau pun ni hanya perasaan aku jek.. tak kisah la apa aku pk kan.. tp yang tak syok nya apa yg diorg buat tu tak patut langsung.. huhu..
Mcm ni.. 3hari aku mc.. kalo dulu tu sibuk dengan pengagihan komputer baru, baru tak baru sangat la kan.. tp ok la daripada pc skang ni yg gemuk.. hehehe..gemuk2 pun byk berjasa kat aku.. cuma peredaran masa tu kene la ikut... aku mohon pc dr start bekas bos aku dulu ada kat sini lagi.. smp la skang ni aku tak jugak dpt2.. ikut kan mmg dah dpt.. tp tu la.. kene pedajal dengan org jugak.. amik pc tu letak kat tempat dia.. huh. walhal peruntukan tu untuk aku.. sengal.. smp la baru2 ni diagihkan pc pada semua (mana yg ada pc baru tak yah dah la) termasuk aku patutnya.. tiba masa aku sorg jek yang tak dpt.. tp aku pelik yg sorg ni mmg dah ada pc baru bleh plak dpt lagi.. mau aku tak bengang.. tp tak pe aku diam kan sampai la aku tanye kat org yang handle bhg ak ni knp aku tak dpt. alasan yang dia bg tu mmg tak leh masuk akal langsung..alasan dia, sbb aku akan keluar dr bahagian ni dah tak kan ada org menggantikan tempat aku.. bleh ke trima mcm tu? tp dia kata nak plak amik pc aku ni nnt dan masuk kan kat dalam bilik kebal. dah gitu aku pun ckp la, ok la.. bg jek kat aku.. nnt aku dh kuar amik jugak pc aku tu nnt.. lg bagus dpt yg baru.. nape nak amik yg lama.. tak lama lagi pun servis tuk pc lama ni dah tak de... tup2 mc3 hari.. dtg2 jek keje tgk2 printer aku tak de.. mau aku tak tensen gitu.. aku pelik.. mana pegi.. tanye kat org tu la kan.. kata dh bwk masuk bilik kebal.. dan2! aku tanye mana pc nya? dia kata dh amik kat ats yg baru.. korang rasa la.. nak buat apa ngan org cm gini? huh.. aku terus sound la.. ari tu ckp lain.. skang dah ckp lain.. dan2 amik printer aku plak.. kot yer pun nak soh aku kuar cepat hagak2 la skit.. ni tidak.. aku blom kuar dan2 amik itu ini.. pasni apa gik nak amik? tk leh nak tgu aku masuk opis dulu ke? hahahaha.. amik.. smp ke ptg aku perli.. mmg tak leh tahan gak org tu smp pulang kan blk printer aku..
Aku bukan la nak rebut harta2 subsidi ni.. tak heran pun.. tp kan kot yer pun.. tunggu la aku masu opis.. n bincang ngan aku.. alasan yg diorg nak buat tu mmg la betul.. aku pun tak de hak nak halang diorg amik printer atau apa pun harta2 subsidi ni.. tp tu la.. cara tu tak betul.. bila aku perli2 tau plak tak leh tahan n kata dia org tua.. aku dulik apa.. ko pk ko org tua ko boleh buat sesuka hati? aku yg org muda tak leh plak nak bg pendapat atau pun ko nak bwk berbincang? sah2 benda tu bwh tanggungan aku.. kot apa2 jadi tak ke aku yg kene.. huhu.. mmg tensen la kan dok kat sini...
Dari pg smp ke ptg aku sibuk kol sana sini nak setelkan hal pertukaran keluar dari tempat ni.. aku risau jugak kot2 permohonan aku tu nnt jadik plak benda lain.. maksud aku tu aku ditempat kan kat tempat yg jauh la... sah2 nak ulang alik tu nnt problem.. alahai.. elok kat kuning mau jadik merah nnt. hahaha.. dah la jauh.. jem plak tu.. huhu.. mmg boring dah aku keje kat sini.. membosankan bukan dengna kerja2.. tp dengan org2 yg tak sepatutnya pk diorg ni bagus sgt dalam hal keje.. huh...