Khamis, 30 Disember 2010

Emak



Salam.... Dah berapa lama aku tak berhubung dengan emak. sejak mak ngan aku berselisih faham sebelum raya hari tu smp la skang ni baru dpt bercakap dengan mak. bayangkan la dah hampir 6bulan aku tak dpt berhubung dengan mak. sejak kes tu mak smp pindah dari rumah skang.

Kes tak besar pun.. sikit jek selisih faham nya. tp mak seakan2 tak faham apa situasi aku masa tu. bukan nak jadi anak derhaka. tp sebagai org tua pun mak sepatutnya faham dengan keadaan aku. walaupun dah berkawin, aku lagi terikat dengan suami.. aku perempuan.. susah.. jgn kata nak keluar rumah.. apa bentuk situasi pun aku tak boleh menjangkaui suami.. tp dalam kes aku dgn mak dulu tak de la sgt kaitan dengan suami.. tp mungkin mak yang tak memahami keadaan aku masa tu. susah..

sampai aku terkejut mak pindah dari sini.. tiba2.. seolah2 nak lari dari aku. smp kan family lain pun tak tau kemana mak pegi. tp dpt jugak tau kat mana ada mak. melalui pak usu aku la. sbb kan nenek aku masih lagi dengan mak, sbb tu jek tak terputus hubungan. satu hari tu smp aku mimpi kan mak.. aku rindukan mak.. tp tak dpt nak hubungi mak. bukan apa.. aku takut kalo kol mak, mak marah2 lagi.. aku penat.. sbb tu bg mak betul2 reda kan kemarahan dia.

Alhamdulillah.. hari ni.. aku dpt berckp dengan mak. hilang rindu aku.. menitis airmata aku sbb kan mak.. mak tak pernah hidup jauh dari aku. kebetulan kesihatan mak tak elok. demam dah 3hari. sedih aku.. tp nasib baik mak dah ok.. aku pujuk mak pindah sini balik.. bukan apa.. kalo ada apa2 aku blh tgk. bwk pg klinik ke apa ke.. aku bukan kaya.. tp in'allah setakat sikit2 kesulitan tu aku dpt tlg.. mustahil aku tak kan tlg kalo aku mampu... satu2nya mak yang masih aku ada... ibu kandung.. walaupun kami tak rapat namun dia emak aku... tak kan ada pengganti lain selain mak...

Tiada ulasan: