Isnin, 31 Januari 2011

sengal!

Kenapa aku jek kene korban utk orang? orang tak reti ke nak korban utk aku? haha.. amik ko.. perasaan ku serabut. orang tau2 nak senang jek.. mcm la aku tak nak senang jugak. huh. hari ni satu hari hujan. gilozz.. sedap tdo. tp tak kannak tdo satu hari suntuk. mau kene migrain jugak aku. tu pun mmg kene jugak migrain. haha.. apa daaa...

Dari pg hujan aku rasa. kul 2 kuar kejap. tp tu la.. blk2 dah tak tau nak buat apa. sengal. dok tgk tb jek la. ajak si miss tu tak mo plak dia kuar. al maklum lah penat travel time keje. 1st week mmg sengal kalo jd dia. aku pun tak sanggup keje kat kl. ni kan plak dia p keje kat pulau indah. so mmg terang2 dia tolak ajakan aku. hihihi.. kol plak cousin aku tu. dah dia kata smlm dia ada hal nak buat hari ni. maybe hubby dia ada so keluar la dating.. heheh.. kol mak usu tak angkat plak. arrgghhhh.. tensen gini........... mmg sengal....... esok dah mula cuti. nak blk kg. tp terhalang. apa ni? argghhhhh...

Khamis, 27 Januari 2011

hang out with cousin..

Salam,

Tarraaaaaaaaaaa.. hihihih.. kali ni nak citer skit pasal aku keluar lepak ngan cousin aku tuh haa.. sekian lama kami ni dok tak la jauh mana.. tp mcm susah jek nak jumpa. tah sape yg sibuk pun aku tak tau.. hahaha.. dia mcm biasa la.. urus anak2.. aku? urus somi kot. heheh..

so, kami plan nak kuar hari selasa itu hari.. kira beberapa hari sudah la. pg amik dia n kuar p mkn kat sushi king.. syok2.. sedap sushi king.. peberet tuh.. dia lagi la.. tegar sushi king.. hahahah... tp yg best dia belanja. byk la citer2 yg kami ngomel2 kan.. aku kuar rumah dlm 7 lebih.. pg rumah dia tgu siap itu ini dlm kul 8.30 kot kami keluar.. smp kat sushi king tu nak cari parking dulu masalahnya. al maklumlah orang dah gaji semua keluar bershopping.. huhu.. so kami dpt parking pun jauh skit. tak dak hal.. kami jln la kan.. bg kurus skit.. hehehe..

dok kat sushi king tu ngomel la segala apa nak ngomel... smp kami dgr tang tung tang tung kat dapur.. hahaha.. cousin aku kata "moh ler kita blk.. dah tang tung2 tu tak kan tak paham2 lagi nak tutup kedai orang2 ni.." hahaha.. aku pun bgn terus kuar la.. selesai byr kami tak tau nak kemana gik.. singgah kat kedai minum area umah dia jap.. tup2 terkeluar lak ayat nak p menjamu.. hehehe.. orang kalo dah bersuami tu la yang paling penting.. luar dalam kene jaga tau.. kuikuikui.. semangat cousin aku nak pg.. bgs2... utk suami jugak..... aku pun dah alang2 nak pg tu so menjamu la sekali..

tetiba cousin aku nak tgk rumah arwah atuk kami dulu yg dah dijual kan kat orang. nenek aku la jual nya pun. kata nya arwah atuk suruh jual kan takut berebut anak2 dia nnt. entah yer entah tak. biar la.. tp yg pasti rumah tu tempat aku membesar.. so pg la singgah.. tak dpt nak parking.. sbb dah penuh.. mau tak nya kalo jam pun dah kul 11.30.. so kami round lagi.. kali ni kami singgah kat rumah lama dia plak.. pun dah dijualkan.. ayah dia la soh mak dia jualkan.. tu yg balik kg tu.. alahai.. bila kami kenang2 kan zaman sekolah dulu2 mmg seronok.. zaman2 anak dara... yang pasti nya mmg tak leh nak dilupakan.. kami kata lepas ni nak pg lagi cari tempat2 lama kenangan kami dulu2.. nnt kan yerk cousin... adiosssss...

Selasa, 25 Januari 2011

cousin

Salam,

hampir semgu tak update blog. start dari cuti taipusam ritu rasanya. ehehe... seronok bercuti la katakan.. ramai orang blk kg masa tu. aku tak de la. mau tak nya.. nak balik cam mana blom gaji gik. nak2 hubby pun tak pree..

aritu msg kat cousin aku nak lepak ngan dia. tgk kat blog dia mcm2 dah aktiviti dia anak beranak skang ni. fuhh... sakan. lama tak borak2 ngan dia. kali ni ingat nak p bertandang la umah dia. paling best ajak dia lepak kat luar borak2. kalo kat rumah kang ada jek anak2 dia merengek2.. bukan tak suka.. tp sian kat dia.. hahaha.. aku ok jek. walaupun ada maid.. cousin aku tu bukan lepas tgn kalo anak2 dia merengek. silap2 hb dia plak sian tgk aku kang.

so plan nak pg umah tu lama dah aku plan. tp manjang jek tak kesampaian. bukan jauh benor pun. sah2 kat kl tu gak. wakakaka... tp tu la.. sejak ada hubby bukan senang2 nak kuar sana sini. hehe.. so asyik tertangguh jek la.. wahai cousin, sabar jek la ek.. ekekkee.. jadi plan la nak pg hari ni.. jadi ke? lalalallala...\

Selasa, 18 Januari 2011

Pregnant

Sumber: Internet
Salam,

Pregnant! hahahaha.. jgn terkujat la.. bukan aku pun. tapi adik sedara aku. dulu masa mula2 kawin kebetulan kwn aku kat opis ni pun pegnen gak. wahh.. sakan la.. masuk anak dua dia pun. tp sekarang dia dah dpt pun baby baru.. baby girl lagi... anak sulong pun girl jugak. kalo aku pegnen masa tu pun skang sah2 ada dah jugak baby. hehehe.

Lepas sorang, sorang ngandung. alkisahnya masa tu adik sedara aku pun ngandung jugak kan. tp dia tak de rezeki keguguran pulak lepas 5bulan. sian diorg suami isteri. tak pe.. in'allah ada la rezeki tuhan nak bg lagi tu. mana tau kali ni kembar pulak kan. bila tgk orang pegnen ni aku pun suka gak. tp tu la.. mcm tak sedia jek lagi. orang baru kawin pg honeymoon sana sini. tapi tidak kami suami isteri. pada aku kalo pg honeymoon tu kejap jek. kalo sebulan dua bulan seronok la kot. takat semgu jek apa kesss.. hahaha.. tak puas kepit weh.. ekekek.. so kami tak mo la pg honeymoon. aku skang ni asyik kepit jek la kan ngan hubby. baru la seronok. mana dia pegi aku teman, dia pun ok.. sker bwk aku pg mana pun. mungkin tu la kot cara kami honeymoon. selagi belum puas kepit selagi tu la aku tak mo pegnen. hahahaha.. tp risau tu lebih skit aku rasa. aku selalu pk. kalo pegnen n dah ada baby nnt.. sah2 tak boleh ikut dah mana hubby aku pegi. kalo skang ni mana pg pun aku ikut mcm snuker ke kan.. mcm baru2 ni.. hahaha.. belajar pool then belajar snuker plak skang.. hahaha...

Kawan aku ckp aku dah tua. sape cakap? ekekek.. pemandangan perempuan selalu gitu ler. lelaki pun. kalo perempuan dah kawin kene duduk rumah diam2 jaga anak. si suami tetap la dengan aktiviti lama keluar sana sini. tup2 tau ada gf. mana boleh gitu. zaman dah berubah. yang penting hati suami kene jaga. kebanyakkan suami mmg mcm tu. dah kawin kene duduk rumah. masa bercinta bukan main lagi nak berkepit sana sini. tapi tak kat hubby aku. hehe.. tp otak tetap memikirkan sesuatu akan terjadi kalo aku tak utamakan suami. so aku ambil keputusan pegnen tu nnt dulu. hahaha.. suami pun ok jek. mungkin dia pun sama tak puas lagi nak kepit dua. ok la kan...

Pegnen kalo umur meningkat aku takut jugak. tp tak pe la. in'allah kalo ada rezeki tu ada la.. yang pasti kami skang tak runsing pun tak ada baby lagi. hehehe.. yang pasti zuriat tu kene ada jugak kan. in'allah.. kami kalo dah dpt tak tolak tepi.. hehehe..


Ahad, 16 Januari 2011

gemuk vs diet

Salam

gemuk vs diet. yang mana korang pilih? hahahaha.. sah2 la orang kata nak diet kalo dah gemuk kan. huhu. tu aku la.. tp kalo korang aku tak tau. yang pasti skang mmg aku dah gemuk dan perlu diet. huh.. giler kalo satu ketika dulu berat cuma 40kg tetiba dalam masa 2bulan naik smp 50kg. korang agak2 obses tak aku pasal diet kalo gitu?

dari kecik mmg aku ni susah nak gemuk. mungkin genetik keturunan aku tu mmg kurus2 belaka. abis skolah pun aku masih tak cecah 40kg. kira suka skit la kalo umur dah 24 aku akhirnya cecah 40kg. pernah satu ketika badan aku masa tu 36kg smp nak kebelakang bila ditiup angin kat opis aku. hahahaha.. tergelak aku masa tu smp simpan azam nak naik kan berat badan. kalo boleh nak menten kat 45kg jek. mcm2 cara aku buat.. mkn coklat la tdo byk la itu la ini la semua nya tak naik smp la aku kenal ngan hubby aku. dia la ajar aku minum jamu tambah selera ni.. nah... amik ko.. naik smp 45kg dia kata kene jaga.. takut nnt tak boleh nak turun. aku tak sedar masa tu.. tau2 jek dah 49kg.. uwaaaaa...... takut nya aku. setiap kali hubby kata aku gemuk aku tak percaya jugak. smp dia amik pic aku baru aku percaya yg aku dah berisi. tgk kat cermin mmg seronok tgk pipi yang dah chubby. tak de la kan orang kata aku cengkung lagi. tp stiap kali aku pakai tudung nak pg keje muka aku masa kat cermin tu besar n lebar dah aku rasa. huh..

sekarang aku tekad nak kurus kan badan. smp tak sentuh nasi. tp tak la smp tak makan langsung kan. aku mkn jugak la cuma mkn apa jek nak mkn selain nasi. tp bila timbang tak jugak kurus nya. nak dijadikan cerita. smlm aku smp bergaduh dgn hubby sbbkan diet aku tu. mau tak nya. semua benda aku tak nak mkn smp pening hubby aku pk nak bg aku mkn apa. nah.. last2 kene tengking la kan.. hahaha.. so skang aku tekad.. tak guna gak kalo tak mkn nasi kalo tak bersenam. nnt kalo tak ujan blk keje nak pg joging.. ermmm.. tapi kat mana ek.. ada suggestion? huhuh......

Sabtu, 15 Januari 2011

Bowling





Morning n salam uollzzzs...

lama dah la rasanya aku tak memboling... hahaha.. mana tak nya.. lepas aku ada perlawanan dengan makswip tu dulu terus bosan nak pegang bola boling.. jgn kata bosan jek.. nak tgk bola pun tak sanggup.. giler.. kalo dah sekali main tu sampai 15game.. hahaha.. nak termuntah aku rasa.. tp tu la kegemaran aku.. kalo dulu mmg rajin turun memboling dengan miss. tu jek la pun partner aku dalam boling.. hehe..

kali ni, dah tahun baru ni rasa nak main balik. ikut jadual mmg ari sabtu la pun aku slalu main. tp tu la. si miss tu dah keje kan. susah gak. ni start mgu depan dia dah start keje kat pulau indah. laaa.. mmg sengal weh. tau jek la. dok kat kl tp p ulang alik ke pulau indah nak keje. ujung dunia n tempat jin bertendang.. hahaha.. jgn marah miss.. mmg kenyataan yang ko harus terima.. tak pe2 nnt bleh jd kwn ngan adik2 aku kat sana.. minah2 dua tu kalo somi dok p keje diorg jadik kejung kat rumah tak tau nak buat apa. dah dok kat ujung dunia kan. sape ada. soping kompleks pun jauh. nak ulang alik tak koser.. dok membazir minyak jek. lepas ni ko leh la juin diorg. bila nak main ni? cari aku tau.. hahaha.. tgu minah bz ni ada pree.. jgn ko cari time aku tak pree gak udah.. yang paling penting.. pulusss nyaa... hahahah.. adioss..

Khamis, 13 Januari 2011

bertunang??

Salam...

ketinggalan la aku kat satu cerita kawan aku sorang ni. mau tak ketinggalan kalo dia pun sorokkan cerita tu dari aku. hahaha.. takut la tu aku bgtau kat miss. betul pun kalo tau mmg aku ckp kat miss.. bukan bz bodi atau tak leh simpan rahsia.. tp dia ni mmg kwn rapat kami berdua satu ketika dulu la. hahaha.. tp sejak dia dpt awek sorg ni.. jauh benar perangai dia.

Dulu masa mula2 masuk keje sini dia apa2 pun ok jek.. kalo kami kuar lepak2 dgn kwn2 group amboi mesti dia pun join gak. yer la.. dah dia pun sama geng kan. lepas dah tak de group amboi tu masing2 tak la lepak lagi dah. kalo aku ajak memboling pun dia ada sekali dua jek doin. miss ajak pun gitu gak. dulu dia ni lagi rapat dgn miss.. apa pun miss mintak tlg mesti dia tlg. tp tak lagi sejak dia dpt gf tu. ada sekali tu penah miss mintak tlg ngan dia p lcct tuk amik parents miss dia polow la belakang skali bwk gf tu jugak. bleh plak gf tu jeles ngan miss.. kelakar gak aku dgr. yer la.. dh berkurun miss rapat ngan dia ni. kalo nak dah lama tekel la.. hahahah.. tp bukan selera miss pun.. wakakaka.. yer la kot.. apa la kan..

ari tu aku nampak dia isi borang kuaters.. bila aku tanye nak kwin ke, dia kata tidak.. skang dah terkantoi dah.. rupa2nya baru naik dari bercuti tunang.. smgu tu.. huhuhu.. terus aku kabo kat miss.. hahaha.. tak pe la.. asalkan dia bahagia... yang penting gf/tunang/wife dia tu nnt bg kebahgiaan kat dia. kwn kami ni ikut kan mmg beruntung la sape dpt dia kan. anak soleh tu.. tak kaki rayau.. ok, pun tak kaki perempuan.. kawan perempuan jek byk.. hahaha... memilih tu nak cari isteri. tp dpt2 yg betul2 buat kan dia jauh dari kami kwn2 dia ni.. perempuan jek la.. lelaki aku tak tau.. hahaha.. sayang gf.. ok la.. asalkan jgn satu hari nnt buang mak ayah sbb isteri udah ek kwn.... adiosss............. wish u happy la dgn tunang mu itu.. hahahaha...

Selasa, 11 Januari 2011

Facebook tutup?


Salam,

Semalam, aku terbaca kat paper mengatakan yang Facebook akan ditutup tak lama lagi. kenapa? hahahaha.. entah la.. agaknya pengasas facebook tu dah tak mo duit lagi. hehe.. tak de la. pengasas facebook tu nak kan kehidupan dia yang dulu balik katanya. pelik. kan skang ni dah byk duit. buat la kerja2 amal kebajikan tu byk skit kan.


Agak2nya kalo dah tak de facebook mcm mana la dengan korang? aku? sah2 la terus kan kehidupan mcm biasa. tak de facebook pun tak pe. cuma yang aku kesal kalo la ada lagi kwn2 lama yang still tak jumpa2 lagi tu tak dpt gak kita jejak lagi diaorg. sejak aku ada facebook ni kwn2 skolah pun aku dpt berhubung balik. aku percaya la korang pun mcm tu gak kan. yang pasti aku tak la mcm kwn2 kat facebook.. ada jek status nak diupdate. hahah.. dulu2 masa mula2 tu yer la gak rajin mengupdate status. skang ni kalo bukak cuma tgk jek la status kwn2 yang terkini. perkembangan diorg la kan.. selain tu keje aku dok main game jek la.. game pun dah mula rasa bosan. hahah... yang pasti kita tgu jek la 15mac ni nnt betul atau tidak laman Facebook dah tak de lagi.

Isnin, 10 Januari 2011

kecoh terbakar


Salam, I'm back.....


Giler.. dalam kemeriahan tahun baru ni yang masih aku rasa.. orang sibuk2 masih lagi dok cakap pasal apa azam tahun baru dah kecoh pasal rumah terbakar. al kisahnya la si pakistan ni. tu la.. kemaruk gok bershisha la sgt. dah tau nak keluar rumah tu padam la dulu bara shiha tu. ni tidak.. kan dah terbakar rumah.

pagi2 td la dalam kul 3am si jue kol aku. terngisat2 aku dok bukak mata terkujat sape la kwn aku dok kol aku pg2 ni(dah ada callertones tuk kwn2) rupanya si jue. dia kata ada rumah kat tingkat 3 terbakar. dia takut. aku pun apa gik terkujat gak ingat nak bgn tdo kan. hubby yang kat sebelah pun kemain gik la nyenyak tdo. tanye kat jue mcm mana, dia kata terkawal. patut la aku ada dgr siren bomba kat luar.. mcm dah biasa dgr. mula2 tu ingatkan mimpi. hahaha.. apa la.. menyusahkan betul la orang2 iran/pakistan or arab ni. huh.. apa2 jek la jenis diaorg tu la.. sengal la. kat rumah aku ni mmg byk tul orang luar ni. konon kaya la sgt. mcm2 hal diorg ni buat. dok sakit hati pun ada gak. tp tu la.. pelik nya owner2 ni bleh plak sker sgt sewakan rumah diorg tu kat diorg ni. huh.. mcm tak de sgt la masalah dari segi pembayaran sewa. sebaliknya kan jd mcm2 hal gini. huhu..

yang tak seronoknya masa kebakaran tu ada ke loceng kecemasan tu rosak. patut aku tak dengar. cop2.. tuk perhatian korang kebakaran tu berlaku kat blok sebelah, aku blok lagi sebelah.. tp masih bersambung. bayangkanlah kalo betul2 merebak ke blok aku tu. sengal dibuatnya. sah2 aku tingakat atas skali (20).. diorg kat blok sebelah aku dgr sibuk turun kebawah pakai tangga. mak ai.. bayangla dari tingkat 20 tu turun kebwh.. hohoho.. yang pasti aku bersyukur la tak apa2 pun.. nasihat aku la kat owner2 ni jgn la amik jalan mudah sgt cepat2 nak sewakan kat orang luar ni. kalo jenis tak buat hal tak pe. diorg ni nama jek orang arab. ada jugak yang mabuk minum arak. huh.. sengal2.. tobat mak nak campur ngan orang2 mcm ni.. hahaha.. eh.. mcm la pernah bercampur.. huhu.. adiossss...

Sabtu, 8 Januari 2011

Jalan2 cari mkn, tapi..


Salam..


Jalan2 cari mkn.. boleh tak dengan tajuk tu? tak jugak sebelum ni kalo tanye nak mkn kat mana mesti hubby jwb tak tau. ikut suka. susah betul. kalo dulu tu ada aje tempat2 yang dia nak bwk aku pegi. skang tak lagi. betul la kata orang kalo bercinta bukan main lagi. segala keburukan, yang busuk, jadi baik dan wangi. kenapa lelaki mcm ni. esok2 kalo ada perempuan lain tah apa lagi alasan yang tak munasabah dia bg. lelaki2.. duniawi.

pukul 1 tetiba ajak kuar minum. ok aje pada aku. sbb dah jadi kebiasaan kami pun kalo lapar atau minum boleh aje kuar tak kira waktu. sebagai isteri aku ikut kan aje la. sengaja aku diam bila tanye kat mana nak minum. yer la. dah kebetulan sebenarnya kwn dia pun ada tgh melepak kat subang sana. dan2 dia ok jek nak pg kesana sbb aku tak membantah. cepat aje aku putar stereng kearah subang. smp kat sana ada jugak rupa nya tempat dia nak mkn lagi. kalo selama ni asyik ckp tak tau jek. yang menjadi kemushkilan kat aku bila kuar ngan kwn2 kata tak kemana. lepak kat satu tempat biasa dia tu aje. tp boleh pulak mlm td terkantoi jugak pernah melepak kat situ. kat Asia kafe. macam2 orang aku tgk. berbagai2 ragam. lelaki perempuan. gaya jgn cakap. warga asing pun ada gak aku nampak. terutama pakistan tu haa. smp2 jek dah ada kes gaduh aku tgk. kebetulan. peniaga kat situ juga. cina. mcm tu la kalo ada salah faham. laju aje diorg tu.

aku tak dulik tu sumer. apa yang aku pk n rasa2 tak puas hati la kan. kenapa tak pernah bgtau aku pernah lepak kat sini? dengan sape sbenarnya pun aku tak tau. tah2 ada pempuan pulak kan ngikut. giler. seksi2 jek aku tgk sumer pmpn kat sini. tak kira dah la kot diorg ni. dengan pakistan pun jadik gak. apa tah diorg dpt ngan orang2 gini. nak kata duit byk sgt ke duit2 pakistan ni. pelik aku. mmg berani betul ek diorg ni. mcm dah tak de lelaki tempatan plak. nak kata tak laku sah2 cantik gak bodi n muka aku tgk. ni la yang buat aku risau. kalo dah tak pk kan sape atau apa bangsa lelaki tu tak mustahil gak la nnt kalo ada perempuan yang bg isyarat plak kat hubby ni. mmg tak hensem. tp manis tu ada. susah betul dpt suami gini. pening aku. jeles? perempuan mana tak jeles kalo gini cara nya hidup perempuan zaman skang? tak de tatasusila. malah segan silu pun tak ada. bila dah tak ada semua tu senang2 la nak dpt mana2 lelaki. cop2.. aku tak ckp semua perempuan. hanya kebyakkan golongan yang mcm ni jek tau. kang aku plak korang bang hina kaum sendiri.

sampai sudah aku berdiam diri. rindu kat hati tak hilang ditambah plak dengan mcm2 persoalan. kalo dulu mmg aku bersikap diam diri dan pendam jek apa aku pk time tu. skang buat lagi. cukup masa mesti aku tanye. aku lebih suka tgk dulu baru bertanya. kang salah tanye blh jadi bergaduh plak. payah. yang pasti lepas ni tah apa2 lagi la akan dia citer. lama kot tak bercerita dengan aku. gitu ler.. tunggu dan lihat jek...

Khamis, 6 Januari 2011

rindukan dia


Salam...


Tat kala ni, masa ni, waktu ini aku merindui dia. sekian lama aku dah lama tak berpisah dengan dia, dan sekarang.. dia dah pergi tinggalkan aku. aku tau dia akan kembali. tapi mengambil masa yang lama. entah bila. kenapa? saban hari saban waktu. setiap kali berlaku nya perkara mcm ni pasti mengguris hati aku. tahun baru, aku ingatkan bermulanya detik baru kisah baru yang tak akan mengguris hati aku tapi aku silap. selagi ada yang menghalang selagi itu aku tak kan kecapi bahagia. pada aku ini takdir. takdir hidup yang satu ketika dulu aku juga yang memilih. aku fikirkan aku kuat, mampu berdepan dengan setiap dugaan yang sememangnya aku dah pun tau. tapi aku silap. aku tak sekuat yang aku fikirkan.

hampir smgu dia tak de kat sisi aku. smp bila? aku sendiri tak tau. yang pasti saban hari hati aku asyik berdetik rindukan dia. untuk memadamkan perasaan rindu sampai aku off hp. perlukah? kenapa? tp itu yang terbaik buat aku. aku tau aku akan msg dan cari dia. kenapa aku tak sekuat dulu? adakah kerana faktor usia aku yang semakin meningkat membuatkan aku tak sekuat dulu? yang pasti dia tak fikir aku agaknya. tak de msg yang masuk bertanyakan kabar aku. kenapa? dulu aku rasakan begitu cepat masa berlalu, tidak lagi sekarang. aku mengira hari2 yang berlalu. setiap kali di pejabat aku asyik berkata bila nak sampai waktu abis kerja. kenapa lambat sgt jam ni? adakah aku akan berjumpa dia secepat mungkin. yang pasti tak tertahan rasanya. Ya Allah.. berikan aku kekuatan.. dekatkan aku pada Mu.......


Debaran..


Salam,

Berdebar pulak hati aku ni bila pk kan pasal surat pertukaran nnt. entah dapat ke tidak tempat yang aku mintak utk ditempatkan tu. yer la.. bukan berharap sgt tempat tu.. yang aku runsingkan kalo2 ditempatkan diluar dari putrajaya ni. al-maklumlah aku sememangnya org selangor. dulu masa mula2 abis sekolah aku dapat keje kat kl. seronok tu mmg la seronok. dah masuk ke alam perkerjaan kan. masa ni la nak cari duit n pengalaman bekerja. tp dah masuk sebulan aku kerja kat kl tu mula rasa rimas. sbb kan jem sana sini. sesak sana sini. naik bas? penuh dengan bermcm2 org. bukan takat keje pejabat jek hok keje buruh semua ada dalam bas tu. pg pun dah ada mcm2 bau, boleh bayangkan tak kalo ptg time blk keje tu? hahahaha..

Sengal bila ingatkan masa dulu tu. bila dah keadaan mcm tu mmg aku malas tul nak pg keje bila pg2 tu. yer la.. keje aku masa tu dengan syarikat peguam, so masuk kul 9 pg2 dah bgn jugak sbb nak kejar kan tren.. naik tren la kan.. tak kuasa la aku kalo naik bas. nak2 tempat keje aku tu ada perkhidmatan bas bg org yg naik tren komuter tu. apa tah korang pk masa aku sebut tren ek. hahah.. komuter. kalo dulu2 tu mmg komuter la paling famous pun. mana yang ada perkhidmatan tu dekat dengan tempat keje semua naik tu. tak kisah la kalo takat berjln kaki 10 minit dari stesen komuter ke opis. lagi baik dari bas.

Skang jangan la jadik mcm tu lagi. sbb tu la kot dari dulu aku takut kalo nak tukar keluar dari sini. takut2 kalo ditempatkan luar dari kawasan sini. hehehe.. jauh tu satu jem jgn ckp. hahaha. apa pun aku sememangnya la berharap dpt tempat yang aku mintak tu. in'allah kalo dpt tempat tu nnt aku pun nak tukar balik waktu masuk keje ke waktu paling awal. susah pulak rasanya waktu lmbt skit dari dulu ni. yer la. kalo pg tu aku smp mcm biasa jugak. awal. blk la lambat. aku bukan berkira nak blk lambat. tp masalahnya kalo lambat lg jem. sana sini jem. nak keluar dari parking pun jem gak. apa kes tu. aku tak tau la bila akan selesainya masalah parking kat sini. kalo org yang bekerja kat sini mmg tau la kot. huhu.. otak aku masih lagi berpk2 pasal pertukaran tu nnt. tempat baru, suasana baru, kawan pun baru. jgn tempat baru tu nnt membuatkan aku bertambah2 bosan sudah.. hahahah.. baru tambah2 pening kepala. ekekek..




Rabu, 5 Januari 2011

Anak soleh

Salam,

Sape la ek yang nak jadi anak yang derhaka pada ibu bapa. Dalam zaman yang serba maju skang ni.. dalam tahun 2011, aku terharu ada lagi anak yang mahu mengikut kata ibu bapa dalam soal jodoh. terang2 skang zaman 2011.. zaman yang susah dah rasanya nak jumpa anak mcm ni.

Al-kisahnya.. hahahah.. pg tadi la, aku terkejut dengan sorg adik(lelaki) kat opis ni, akan bertunang bulan depan dengan pilihan mak ayah dia. hahaha.. mau aku tak terkejut. cuba korang pk, budak ni, aku sebut la nama dia ek.. si eddy ni..haaaa.. hahaha.. masa mula2 masuk tu mmg la aku tgk mcm jugak budak lelaki yang lain. dapat kerja dengan kerajaan la katakan.. mau tak berbangga kan. masa ni la diorg nak jual minyak pun.. ekekeke.. jual minyak? yer la.. nak tekel awek sana sini. berhibur sana sini, terpengaruh dengan kawan2 lelaki yang dah lama kerja dengan kerajaan ni. paling aku tak berkenaan, tak smp setahun bekerja boleh buat loan semata-mata nak bermewah2. bukan sebab tujuan yang sepatutnya.

Si Eddy ni punya aku respect kat dia, skit jek la.. hihihi.. dalam aku tengok dia sibuk nak tekel awek sana sini tu tak sangka akan ikut pilhan mak ngan ayah dia pasal jodoh. aku dgr jumaat lepas dia balik kg sbb nak jumpa perempuan yang nak dijodohkan dengan dia tu. mungkin dah jodoh kan. berkenan jugak dia. bukan baru ni pun dia nak dijodohkan dengan pilihan org tua, byk kali dah. siap tunjuk kat kami lagi pic2 yang mak ayah dia anta melalui FB tuk tanye pendapat kami. hahaha.. tp tu la.. hok lain2 tu mungkin mak ayah dia plak ada yang tak berkenaan. mak berkenan ayah pulak tak. ayah berkenan, mak pulak tak. huhu.. macam2 gitu.

Pendek citer, dah setuju, ahad tu terus masuk merisik. hahaha. bulan februari ni nak bertunang. paling tak disangka bulan 6 diorg nak kawin. perancangan nya la. perempuan tu pun kata si eddy ni lembut org nya. mcm dia jugak, ikut pilihan mak ayah. ni boleh dikira org tua yang memilih. alhamdulillah.. sejuk perut mak si eddy ni ngandungkan dia. yer la. aku tgk eddy ni mcm budak2 lain tu ha.. nak enjoy jek.. tp tu la.. bagus la gitu kan. esok2 harap2 anak aku sok pun gini jugak la hendaknya. tak kisah sgt pun kalo pandai pilih sendiri. tak semestinya la mak ayah nak carikan kan. tp biarla pasangan hidup tu nnt org yang beriman serta anak yang soleh atau pun solehah. huhu.. amin...


Selasa, 4 Januari 2011

Entah apa nak jadi la..



memey Bukan Isu Yang Perlu Dimarahkan   Memey Suhaiza Respon Status Facebook Abby Abadi



Entah apa la nak jadi dengan Si Memey ni.. kalo la tahun lepas aku baca paper n ada gak tersiar kat tv3 pasal kecoh hal dia ni dengan si norman. kalo nak di pk2 blk mmg tak logik dia ni dok kat opis si norman pukul 3 pagi. kebetulan pulak org2 kat situ dah byk kali nampak. tu yang kol jais tangkap diorg ni. entah la.. tahun ni plak.. ingatkan dah ok lagi.. kantoi plak dengan si Abby dia dok serumah dengan si norman. bukan apa.. aku dari dulu mmg tak berapa berkenaan dengan si memey ni. tp tu la.. artis kan.. ada yang kita suka ada yang tidak. nasib dia tergolong dalam artis yang kita tak suka. nak buat mcm mana. nak2 kes rampas suami org ni mmg cepat jek org tak suka. tak kira la laki pmpn org tua atau pun muda.. cepat jek pandang serong.. aku sendiri pun dulu kata dia ni mmg tak logik.. teruk.. bukan sbb kan rampas suami org tp kenyataan yang dia keluarkan tu buat aku menyampah skit.. hihihi.. tp bila keadaan dah reda aku ok jek la.. sian gak kan.. n mungkin jodoh dia dah dengan norman. tp cara tu la tak syok skit.. org benci kita dulu kan.

Kes ni aku baca kat blog beutifull nara td.. kes dia lagi.. si Abby kantoi kan dia dengan norman dok serumah plak.. apa la.. nampak tak.. cakap tak serupa bikin.. aku bukan kisah pun dia nak dok serumah ke kawin ke bercerai ke.. cara tu.. ckp tu jgn ckp tak serupa bikin.. berdepan dgn kamera kata tak buat itu ini mcm ko sengaja org perangkap kan tp hakikat sebenarnya? erm.. apa pun aku doakan ko cepat2 la kawin dengan norman tu.. lagi baik nikah cepat daripada ko dok selindung2 mcm ni, bila kantoi kan malu sendiri.. sendiri korek lubang tuk diri sendiri.. hehehe.. adioss...



Sabtu, 1 Januari 2011

Al Fatihah Buat Arwah Opah!


Salam,

Al Fatihah buat arwah opah.. kalo la aku boleh luah kan apa yang tersirat skang.. hanya Tuhan saja yang tahu bertapa apa yang aku rasa tat kala ni. Dalam kemeriahan org menyambut tahun baru, tak terkecuali aku, arwah opah dah pun pergi meninggalkan aku.. entah bila kali terakhir aku blk berjumpa opah, aku sendiri tak ingat lagi. sebelum tu mak ada bgtau opah dah pun sakit2 tua, lupa2, dah datang penyakit yang sememangnya akan dihidapi oleh org tua yang dah lebih dari 80tahun. terkilan hati aku. dalam kelam kabut adik beradik lain, keluarga lain termasuk ayah (emak ayah aku) aku kat rumah menangis tak dpt blk. kerana apa? bukan jauh pun kg belah ayah aku ni.. lebih kurang sejam dah pun smp. tp apa daya aku. aku tak dpt keizinan dari suami aku utk blk. sedih hati aku jgn ckp. buat aku menyesal seumur hidup. entah la. tak tau mcm mana aku nak ckp lagi. sedih!

Mengenangkan kembali arwah opah, aku mmg sayang kan opah! sejak ayah ambik aku masa umur aku 6thn, aku bersekolah kat kg dibawah jagaan arwah opah. mungkin hanya aku cucu yang tak de mak dan ayah kat situ opah jaga aku dengan secukupnya. setiap perbelanjaan aku arwah opah yang sediakan kalo ayah lambat bg duit belanja. duit dari hasil bantuan yang arwah opah dpt. walaupun aku cuma sthn dengan arwah opah, tp opah jaga aku bg bekalan ilmu dunia akhirat dengan terjaga. cukup umur aku 17thn aku patah blk ke kg opah bersekolah kat sana. satu kes lepas abis sekolah yang terang2 aku tau sikap opah buat aku sikit kecewa. tp tu bukan bermakna aku tak sayang opah lagi.

Waktu skang, 7.45 mlm, mungkin kat kg orang sibuk2 buat kenduri tahlil.. tp aku? masih lg kat sini. entah apa ayah akan ckp.. aku pun tak tau. mesti ayah marah dengan aku. smp sudah aku tak jugak timbul2. td sempat jugak aku ckp kat ayah, aku mungkin tak dpt blk. bukan apa tp sbb aku tak dpt hubungi hubby aku tuk mintak izin nak blk. bertapa sedihnya aku waktu ni.. sedih.. semoga arwah opah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..


New Year 2011

Happy New Year 2011....... Sekejap jek kan dah masuk ke tahun baru.. zaman skang, pejam celik pejam celik dah pun cukup setahun... aku ngan hubby pun join jugak kali ni. kalo ikut kan setiap tahun kami mmg dok kat umah jek.. paling tidak pg karaoke.. sengal weh.. time2 gini mmg sesak.. kat mana2 pun.. tempat.. jalan.. tah apa2 lagi la.. semua nya sesak.. aku dgn hubby mmg tak suka tempat sesak2 ni.. nak2 lagi roadblok polis pun bersepah2.. sana sini ada.. risau gak.. yer la.. kalo nak jadi cerita mcm2 bleh jadi.. bukan kata ada buat salah.. tp kalo dah malang nak menimpa tu kan. kami keluar jugak mlm td sbb kan budak2 kat rumah ni la.. yer la.. dah ikut kan diorg ni nak pegi genting sebenarnya la. aku dgn hubby cepat2 kata tak nak.. hahaha.. giler.. lagi penuh.. sah2 tak leh nak buat apa dah pukul 10 baru sebut.. huhu.. Kata si kent, kwn dia dalam waktu kul 10 tu masih gik kat gohtong jaya.. sesak.. org berpusu2 nak ke atas agaknyakan.. apa lagi kat jln mrr2 tu... lagi ler.. hahaha.. sengal2.. larik dulu dari kesesakan.. org yang menumpang mmg seronok.. tp si driver la yang sengal.. termasuk aku la tu.. hahaha.. tak kuasa....



Pk punya pk kami tak tau gak nak kemana.. entah la.. layan jek.. last2 pg kat depan mines shopping centre tu ada la satu tempat nama Heritage.. so, kami lepak kat sana jek tunggu detik jam 12.. nak tgk bunga api la katakan.. hahaha.. mcm tak pernah tgk kan.. tp layanzzz budak2 ni.. mcm mak ayah bawak anak2 plak.. wakakka... hubby.. mcm biasa.. posing.. hihihi..




Seronok kan tunggu masa detik2 nak mengira tu.. depan ngan Heritage ni ada tasik.. sememangnya la kan.. nama pun mines.. sape yang tak tau tempat tu.. huhu.. apa lagi.. aku pun sama gak berposing. tgk budak2 ni sempat lagi tu dok menanda kat kepala aku.. hehe..





Turn hubby plak dok berposing ngan budak2 ni.. entah kenapa la budak2 ni suka betul dengan hubby.. mau tak nya.. contoh nya budak si baju belang2 tu.. kok hui.. nak datang sini tanye dulu kat si kent hubby ada ke tidak.. virus apa tah hubby aku ni bwk.. hahaha.. kalo aku ckp.. mesti dia kata, "Aura abg tu yang mahal.." huhu..




Kok hui, Ah tiong, Kent, Kelvin, Seng Heng (Lik Seng), Ian, hubby.. ni la geng2 yang sedia ada mlm tu selain aku.. aku jek pun pmpn.. mana2 pg ngan budak2 ni mesti aku ada.. kalo time cuti jek la kan.. hari2 keje aku tak join pun.. sengal la.. diorg lepak pun smp pg.. tak kuasa aku.. hihhi.. kalo bwk gf pun si Seng Heng ngan Kent jek.. hok lain2 tu Available lagi.. ada sape2 mau? mari2.. hahahaa...





Aku dgn hubby, time ni semua bertempiaran lari dulu selamatkan diri.. kenapa ek? hihihi.. giler.. budak2 kat situ men sembur2 ni.. tak kuasa la.. hok budak2 lain tu pun lari dulu tah kemana.. apa lagi, kami berpic la kat tepi tasik tu.. penuh dengan org.. yang pasti aku dan hubby jugak la yang melayunya pun.. hahaha...

Azam tahun baru kali ni aku pun tak tau nak kata apa.. mcm tahun2 lepas tak de pun azam tahun baru.. tp kali ni mmg aku nak pasang azam.. bukan azam la.. tapi lebih kepada doa.. aku berharap kali ni merubah segala2 nya perjalanan hidup aku dengan hubby jugak family kami kearah yang lebih baik dan bahagia.. ditambah2kan rezeki hubby supaya semuanya tak ada yang kurang.. mungkin tak cukup.. tp tak mo la kurang.. aku dengan family semakin rapat hendaknya. hubby, aku harap semakin meningkat usia kami semakin tu la jugak tak pudar kasih sayang dia kat aku. aku harap cinta hubby kat aku sentiasa mekar mcm mula2 kami kenal dulu. takmo ada lagi rintangan untuk kami.. penat dah rasanya lalui bermcm2 rintangan.. yang pasti.. tahun 2011 ni aku nak kan kebahagiaan menyinar dalam hidup kami... Amin...