Khamis, 6 Januari 2011

rindukan dia


Salam...


Tat kala ni, masa ni, waktu ini aku merindui dia. sekian lama aku dah lama tak berpisah dengan dia, dan sekarang.. dia dah pergi tinggalkan aku. aku tau dia akan kembali. tapi mengambil masa yang lama. entah bila. kenapa? saban hari saban waktu. setiap kali berlaku nya perkara mcm ni pasti mengguris hati aku. tahun baru, aku ingatkan bermulanya detik baru kisah baru yang tak akan mengguris hati aku tapi aku silap. selagi ada yang menghalang selagi itu aku tak kan kecapi bahagia. pada aku ini takdir. takdir hidup yang satu ketika dulu aku juga yang memilih. aku fikirkan aku kuat, mampu berdepan dengan setiap dugaan yang sememangnya aku dah pun tau. tapi aku silap. aku tak sekuat yang aku fikirkan.

hampir smgu dia tak de kat sisi aku. smp bila? aku sendiri tak tau. yang pasti saban hari hati aku asyik berdetik rindukan dia. untuk memadamkan perasaan rindu sampai aku off hp. perlukah? kenapa? tp itu yang terbaik buat aku. aku tau aku akan msg dan cari dia. kenapa aku tak sekuat dulu? adakah kerana faktor usia aku yang semakin meningkat membuatkan aku tak sekuat dulu? yang pasti dia tak fikir aku agaknya. tak de msg yang masuk bertanyakan kabar aku. kenapa? dulu aku rasakan begitu cepat masa berlalu, tidak lagi sekarang. aku mengira hari2 yang berlalu. setiap kali di pejabat aku asyik berkata bila nak sampai waktu abis kerja. kenapa lambat sgt jam ni? adakah aku akan berjumpa dia secepat mungkin. yang pasti tak tertahan rasanya. Ya Allah.. berikan aku kekuatan.. dekatkan aku pada Mu.......


Tiada ulasan: