Isnin, 4 Jun 2012

Cuti Sekolah

Assalam,

Seminggu sudah berlalu nya cuti penggal kedua. tinggal lagi smgu. mgu depan budak2 dah start sekolah balik. kwn2 aku semua nya sibuk blk kg. bjln sana sini. yg kenduri kendara pun ramai. ada gak la member opis tu buat kenduri kawin anak nya. tp aku tak dpt pergi. maaf la.. bukan sengaja, tp tak tau mcm mana nak ckp.

Jalan nak ke opis dah smgu aku lalu dgn tenang jek. kalo hari2 mcm ni kan bagus. jgn ler cuti sekolah jek. nak kuar rumah pun bleh gak lewat2 skit. sbb mmg pasti tak kan sangkut dlm jem. walaupun opis aku tu jarang dia cuma 10-15minit jek dari rumah tp kalo dah jem bleh jd stgh jam jugak kan. kebiasaannya waktu cuti skolah ni hubby aku mesti tak ada. kemana? taraaaa.... rahsia.. bleh membuatkan aku sakit jiwa blk kalo nak diingatkan. tp kali ni aku sebenarnya dah bersedia. cuma dia plak tak buat perkara mcm selalunya. tapi tak tau la kalo saat akhir2 nnt kan. ermm....

ni dah mgu pertama dalam bulan jun. aku tgu pertengahan jun ni. tak de special apa pun cuma aku nak kene kol blk jpa berkenaan pertukaran aku tuh. aku tunggu surat laporan perubatan pun tak dpt2 lagi ni nak dihantarkan ke hospital. aku rasa hq hantar terus kot ke hospital. dah sah2 nya la aku tak tau pape nnt. ishk hai. pelik dah ni. nampak gaya mcm nak kene kol hospital bertanyakan diorg dpt dah ke surat permohonan laporan perubatan aku tuh.

migrain? mcm ni gak ler.. dua hari ni panas bangat.... huh.. mmg tak boleh dok diam aku. smp nak meradang pun ada. mau tak nya kalo dah takat migrain jek tak pe.. ni tekanan darah aku pun naik jugak. smp kepala aku pening2 dah.. mau nak pengsan dah aku rasa. mmg hangin jek aku. tak boleh nak bernapas. alaahai.. hubby aku pun tak leh nak ckp apa dah. dia bukan bleh buat apa pun kalo aku sakit. paling tak aku ajak dia naik kete dia kata ok jek. sbb nya nak kan ekon tu. punya la panas. adoiyai... pening aku dibuatnya. skang ni mmg gelisah la aku kalo panas. naik ke migrain.. tak cukup tu tambah dgn tekanan darah aku pun naik gak. sape bleh tahan gini. dah naik rimas aku dgn penyakit aku ni. mcm mana nak buat tah ler.

sejak ada bb mmg menyeronokkan aku rasa. bukan apa. semuanya senang. kalo la ada rejeki aku nak belikan bb tuk budak kecik tu nnt. senang skit nak bbm. hahaha.. tp tunggu dia besar lagi skit la kan. aku pun beli yg 2nd hand jek. tak payah la nak canggih manggih sgt. kalo nak ikut kan moden nya barangan mcm pon ipad bagai ni mmg pengsan. tak terkejar kita. so biarkan la. beli ikut kemampuan. at least kalo dah ada bb nnt si kecik tu tak la bosan sgt time cuti skolah ni kan.

Tiada ulasan: