Sabtu, 7 Mei 2011

kebosanan melanda diri

Assalam...

Lama plak rasanya tak mengupdate blog.. kalo ada cerita best2 mmg laju jek mengupdate.. tp ni tak de citer yang best pun. skang ni kalo time cuti, tak p mana2 pun. boring la plak rasanya. dah lama gak la tak balik kg. ongkosnya shot bulan ni.. hahaha.. so dahulukan mana yang patut dulu. nak pegi umah m.usu pun tak kesampaian. rasanya dah sebulan tak pg rumah dia. kalo teringat kat arwah p.usu tu, mmg m.usu la yang aku cari. sejak dua menjak ni mmg rindu betul kat arwah p.usu. nak2 bila naik kete dia yang hubby aku jaga skang.

Entah mcm mana keadaan m.usu skang. sian dia bila aku pk kan hidup dia. satu ketika dulu cukup bahagia. ada masa arwah p.usu akan bawak pg bercuti dia dan anak2. skang tidak lagi. dan tak tau la smp bila. mungkin tunggu anak2 besar nnt dan dpt keje baru la dpt pg bercuti blk agaknya. entahla. runsing aku kalo pk m.usu. ada gak mcm2 cara aku elak nak pk m.usu. sedih jadi nya.

Mak.. skang mak mmg dah kat kg. mak pun aku kene pk jugak. tanggungjawab aku tu. buat masa ni mak ok jek kat kg. cuma tu la. kehidupan dah kurang senang. tak mcm dulu lagi. wan pun skang ni serumah dah dengan mak. tp aku lega sbb adanya nyah kat situ. selang beberapa rumah je. bila tah dpt blk kg. susah jugak bila dah ada suami. payah betul rasanya.

aktiviti memboling? terhad sejak south city tutup. tukar pengurusan baru. pun tgh renovate. td sempat gak singgah kat situ tuk tgk dah siap ke belum. si miss sah2 bz jek skang. susah jugak ada kwn boling ni sorg jek. blk kl dah penat n nak rehat la dia kan. keje smgu dok kat klang mau serabut jek minah tu. hahaha.. si cilz.. selamat dah dgn anak dia. tp kadang2 tu aku nampak gak kat fb dia mcm stress jek. adoiyai. bahaya tu... mau gak meroyan plak nnt. hehe.. tp harap2 dia bersabar la...

nak kene cari kwn boling lg nampaknya ni. hahaha.. tp tu la. bukan ada org pun mcm aku berminat nak main boling. mau aku juin group boling kat opis ni. tiap2 jumaat mlm. tp tu la.. kat alamanda la plak.. huhu.. hubby plak dah injurt jari dia kalo tak dia jek la kwn aku memboling dulu. wahhhh.. sedih jek dgr kan.. alahai... bosannya... alamatnya skang ni asyik dok melayan rabbit2 ku itu jek la. tp si baby tu skang ni kemain gik nakal nya.. agaknya marah kot td kene gigit jek ngan si panda. sian baby.. nak berkwn tp kene gigit manjang.

Tiada ulasan: