Selasa, 29 Mei 2012

In'Allah...

Assalam,

Smlm kul 10 aku dpt msg. alhamdulillah.. bersyukur aku kehadrat Illahi... termakbul juga doa aku walaupun tak semua. Sungguh besar kebesaran Allah S.W.T. selama beberapa mgu ni aku dgn hubby mmg pening kepala nak setel kan pblm kewangan kami. tp syukur. walaupun tak byk masih boleh kami selesai kan dan dapat bertahan. aku mmg bersyukur dapat suami seperti hubby aku. sungguhpun dia gitu tapi bab keutamaan aku dia utamakan. sejak aku sakit dan doktor berckp dgn hubby, aku nampak dah apa yg aku tak nampak selama ni. atau pun semmgnya aku buat2 tak nmpk.

Perjalanan hidup aku selepas aku tunaikan puasa nazar 3mgu sudah alhamdulillah. sikit2 nampak perubahan. Puasa nazar. mesti korang pelik. selama ni hidup aku, terasa amat susah. apa yang aku buat apa yang aku atur semuanya tak menjadi. smpkan aku jadi sakit. dan hampir sakit yang tak akan baik2 kot. Itu la kuasa Allah S.W.T. aku sebagai hambanya lalai. Terlalu khilaf. 18thn dulu aku pernah buat niat. sekiranya aku lulus dalam PMR dan berjaya naik ke form 5 aku akan tunaikan puasa selama smgu. tp disbbkan keseronokkan dpt naik ke form 5 aku jd lupa. sehingga 18thn lama nya aku tidak menunaikan apa yang telah aku janjikan. selama 18thn la hidup aku susah. aku jd pelik. kadang tu tak la sesusah mana pun tuk dpt rezeki. tp kenapa jd susah rezeki tu nak masuk. ada jek. aku pk ok last2 terlepas. aku pk bahagia tp tak. aku aturkan dan pk berjaya juga tak. semua nya. skang. lepas aku tunaikan puasa nazar aku tu, alhamdulillah. apa yang susah aku panjat kan doa kehadrat Illahi, walaupun lambat tp syukur sikit2 boleh selesai. sejak tu mmg aku tak berani dah nak berniat atau pasang nazar. mmg aku takut. sgt2 la takut.

Aku harap, selepas ni hidup aku beransur baik, tak kaya tak apa asal tak sesak. kalo ada duit pun cepat jek duit tu abis. aku pun tak tau kemana. pelik. tu baru sikit. kalo juta2 agaknya lagi tak nampak. skang aku cuba atur pelan2 balik hidup aku. In'Allah.. kalo tak de halangan lagi aku pasti berjaya. rumahtangga aku pun kembali tenang skang ni. walaupun hakikat nya aku harus terima, satu ketika dulu mmg pedih.. tp alhamdulillah.. hubby aku semakin memahami aku dan aku pun kene belajar bersabar. itu yang penting. untuk keluarga aku pun in'allah.. pelan2 aku nak atur hidup ni termasuk kalian.. doa kan aku. Amin..

Tiada ulasan: