Selasa, 22 Mei 2012

Ms Bz Woman

Assalam,

Sapa yang follow blog ni mesti bosan. tak abis2 baca semua masalah yang melanda dalam hdp aku. tp tu la hakikatnya. entah la. tapi hari ni aku nak citer bab lain.

Sejak aku sakit start bulan dis'11 lalu, aku mmg dah jarang giler la kontek kawan aku si bz woman tu. hehe.. almaklumlah.. dia pun sibuk dgn keje2 dia. sejak dia bertukar ke perak nun, mmg aku payah dah la nak jumpa dia. ada sekali tu dia turun kl ni. pun tak sempat gak nak jumpa. dah la kebetulan aku sakit masa tu. dia pun sbb nak pegi bercuti dgn mak ayah dia ke indon. tu yang turun kl tdo umah lama dia tu. umah tu masih ada lg sbb adik dia dok situ. adik dia pun nak kawin dah mgu ni.

Semalam, al kisahnya dia kol aku. lama benar agaknya tak dgr kabar dari aku. byk kali aku tegur dia kat ym tak berjwb pun. sibuk bebenor ko ek. haha.. tp tu la. kat opis ni pun dah blok semua la website sosial ni. specially FB ler kan. sebut pasal FB. mmg lama dah aku tak bukak. silap2 hb tutup kot akaun FB aku tu. tp rasa sayang plak. nnt ler aku aktif balik. tp buat masa skang ni biar kan dulu. tumpu kan dulu kat mcm mana cara aku nak hidup selesa kat opis ni dari kul 7.30pg - 4.30 ptg. seharian kat opis dgn keadaan aku yg tak berapa memberangsangkan. huhu..

Berbalik kat citer kawan aku tuh. esok dia nak blk kg katanya sbb adik dia nak kawin mgu ni. akhirnya.. tp dia yg susah hati plak.. haha.. mau tak sbb lepas setel jek aku rasa mmg dia la diterjah dgn mcm2 soalan.. terutama 'haaa.. awak bila lagi?' hehee.. nak wat cam ne.. standby jek la.. ekekeke... lama tul aku nak tgu dia turun kl. tah bila la agaknya. aku mmg pk dah susah dah nak jumpa dia sejak dia tukar keje ke perak tu. dulu pun aku tak stuju gak dia pindah sana. yer ler tak de kwn dah la aku kalo dia pindah. mmg betul pun.. dia la jugak kwn aku memboling. smp berhabuk dah la bola boling aku tu. konon nak aktif boling. tp kat opis ni mcm tak menarik nak aktif. rasanya mau aku kol blk member opis lama yg dok praktis stiap jumaat mlm. tp rajin ke? hahaha... tgk macam mana ler kan..

Mcm2 ek.. tp kan sejak minah tu tukar ke perak.. aku ni mmg tak de kwn dah ler.. jgn kata dia.. si cilz pun sama gak la dah pindah ke kuantan sejak hal dia thn lepas tu. mungkin dah bahagia dia kat sana. al kisahnya aku jugak kat sini. kalo la boleh aku blk kg.. tp boleh ke hidup kat kg? teringin jek nak dok kat rumah arwah mak mertua aku. tp mcm tak boleh jek suami aku tuh. dia tu boleh ke hidup kat kg halaman dia lepas berbelas thn dia tinggalkan? nak blk kg masa arwah mak dia ada pun susah suami aku tuh. kalo la suami aku kata ok dok kat rumah arwah mak dia, rela kot aku bertukar ke sana. mana jek la ajensi kerajaan kan. rasanya tak de masalah sbb rumah arwah mak mertua aku tu pun mmg dekat bandar. tp tu la.. panjang lagi. mcm dah tak larat jek aku nak dok kl ni. alahai..

Tersasul plak. hahaha.. byk benar tu nak citer.. sebulan sudah aku baru ler dpt kwn baru.. ikut kan dia tu tak la baru pun. kami dok berjiran dah 4thn.. hahahah.. tp aku ni mmg jenis awal2 kalo tgk org tu dah buat pangai aku tak suka, mmg tak suka la jwb nya. mcm si bz woman ni la. awal2 dulu pun tak suka gak dia. gedik jek aku tgk.. hahahaha.. jgn marah.. tp last2 dia la kawan baik aku.. kwn gaduh pun dia gak. aku mmg tak de lgsg kwn yg boleh buat kwn gaduh. kwn nak suka2 tu berlambak. nasihat menasihat dia la orgnya. tak sependapat kadang2 tu bertekak kami berdua.. heheh.. tp sbbkan masing2 dah tau perangai masing2 tak amik hati pun. huhu... si kwn baru ni muda gik dari aku...ada la dalam 30 kot umur dia. lupa dah aku. keje kat tv3.. hahaa.. tp tak la rapat mana pun. kalo kebetulan tunang dia join futsal ke lepak ke apa ke kebetulan dia ada baru ler berborak. ikut kan tunang dia jek melepak sakan dgn hubby aku tuh. hari2 dok msg hubby aku kalo blk keje. smp hubby aku marah dia. hahaha.. kebetulan si dia ni pun org terganu gak.. kuala berang.. kuikuikui.. dekat ke ngan ko weh? hahaha.. aku pun lupa ko kat mana.. kuala terengganu kan? ahaks.. entah ler.. gitu ler citer nya kan..

Skang langkah pertama aku nak cari kwn memboling. ikut hati nak jek boling sorang2 hubby aku kalo ajak ok jek dia nak meneman. tp mcm tak best plak dia dok tgk aku jek men sorang2. sah2 ler dia tak leh men dah lepas tgn masuk besi tu. pobia kot nak men boling. smp skang tak berani gik angkat bola boling tu. takut terkeluar lak besi dari tgn dia tu. entah ler.. aku berharap sgt2 aku semakin sembuh. agar perjalanan hidup aku berjalan dgn lancar selepas ni. setakat ni alhamdullilah.. masih ada lagi pertolongan dari Allah S.W.T untuk aku... Aku bersyukur sgt2... Amin....

Tiada ulasan: