Exam? sepatutnya exam ni aku ambik lama dah.. tp baru hari ni aku daftar nak ambik exam ni. huhu... kenapa? tu plan aku start aku nak kuar dari opis lama. mau tak nya. kene la ada improvement skit kan. baru bleh bla... hahahah...
al kisahnya... tempat baru aku ni aku rasa mcm tak bape seronok skit. sori la geng opis baru.. tp tu la hakikatnya. adakah aku terlalu lemak dengan situasi opis lama? atau sememangnya aku susah nak terima perubahan baru yang ada kat tempat baru ni. kat opis baru ni tak mcm opis lama. kami nak keluar rehat pun susah. mmg ngam2 kene kul 1 aku tgk. tp kalo bos tak de tu mmg bleh curi tulang skit la. al kisahnya.. boleh ke geng2 lain tu diam diri kalo aku n PA ni asyik curi tulang jek kan? bukan lama pun.. kadang tu kalo nak kuar, kami amik masa awal stgh jam atau 15minit awal. tu pun kalo dpt curi cepat skit la. bos pun tak mcm bos lama aku. sah2 bos lama aku takat gred N32 jek.. kat sini E54.. hohoho... jauh beza tu. kat opis lama.. kalo betul ada masalah bleh jek ditlg oleh bos. kat sini.. jgn kata nak bergurau senda.. nak kuar bilik pun susah aku tgk bos tu. kecuali timbalan bos la. dia tu plak aku tgk lemah lembut jek. tp aku tak pk dia sereleks yang aku sangka.
well, esok cadangnya nak amik time off.. tak berkesempatan pun nak bg bos sign tadi. dia ada hal plak blk umah setel hal kete isteri yang tak boleh start. mungkin siap bawak p bengkel agaknya. so aku n PA kuar rehat awal skit td pg beli barang. PA skang ni aku tgk dia kuar beli brg sbb nak setel hal kwin nya. 22hb dah start cuti beb. aku paling takut kalo2 aku yg kene ganti dia.. hohoho... tak reti la nak jd PA.. haaa.. tu sbb la td pun aku isi borang berkaitan PA jugak. al kisahnya la kan. bleh ke aku jd PA? wakakakka... gaji pun kalo nak diikutkan sama jek nnt. huh.. almaklumla aku tak dak miss dip... dip? Diploma la... kuikuikui... wat cm ne mak tak mampu nak bg sambung belajar. dah keje gomen pun teman dah syukur.. hhahaha.... tgk mcm jue ok jek dia. keje pun walau bahagian kewangan dia byk gak buat keje2 admin. dah bidang dia gitu agaknya. tak mcm kat sini. haslin ni semua keje dia buat. mmg kesian pun. (PA = haslin.) serba serbi la dia tau. masuk nya aku kat sini kurang skit la kerja2 dia. tanggung kerja bg kerja n17 tu dah dia lepaskan start aku masuk. cuma still tanggung keje tuk PAP kot. aku dgr PAP kat sini benti tanpa notis. tak seronok agaknya kerja kat sini. mmg pun. aku sendiri pun rasa mcm serba tak best... hahaha... tp pk kan umah dekat.. ok skit la. nak bertahan bape lama tu aku tak boleh nak janji. ikut hati 6bulan jek ni. tp mcm tak cukup bg aku nak cari pengalaman. so.. kene tunggu 3 tahun ka? lalalalala....
berbalik ke Exam aku tadi. huh.. exam tu bulan 9 nanti. rasanya ada la kot kesempatan aku nak membaca kali ni. ekekekke.. baca buku.. exam aku amik sebelum ni manjang jek tak lepas. huhu.. last exam aku nasib baik ok.. tp still tak lulus satu paper. tak baca buku.. jd orang pandai.. hahaha.. tau2 tiba masa tu masuk jek dewan periksa. walhal satu hape pun tak baca. tak berkesempatan. tang mana aku tak sempat tu aku tak tau la. mungkin sibuk dengan nak sukan kot. 2thn lepas exam nya. hahaha... dan skang.. bulan 8 ni kita dah puasa. so time puasa tu la kot aku nak pulun baca buku tuk exam nnt. aku dh ckp nak pulun naik pangkat kat tempat baru kan. ekekekkeke... tp kene ada dua exam n dua pangkat aku nak kene capai tuk dpt kenaikan gaji betul2 tinggi dari skang. huh. dah jd PA susah la nak coti2.. start skang ni pun aku kene hold semua plan coti aku. tinggal bape hari jek. mau pengsan jap timbalan bos tgk aku punya coti nnt.. nak elak dia tgk jgn ambik coti kecuali coti raya... yeahhhh.. coti raya pun mungkin amik 3hari.. biasa la coti selepas raya jek aku sker.. sbelum raya aku tak sker blk awal.. hihihi... busan... tp best gak kalo sblm.. tp kene amik byk la kalo sblm.. arrgghhh.. pk dulu....
so, aku harap2 exam aku kali ni berjalan dgn baik la hendak nya.. kalo ikutkan hati tu nak skali amik exam jek dah lulus.. hehehe... yer la.. exam ni sthn tu dua kali jek. jenuh beb nak tunggu 6 bulan skali. adoi yai... harap2 la... doa2 kan la yer.... amin..... adiosss........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan