Assalam....
Selamat Hari Raya AidilFitri.. Salam buat kalian semua.. maaf zahir dan batin.... Seminggu sudah aku tak sentuh laptop. bergegas balik kg kes emejensi ritu. so mmg tak dpt la pun nak update apa2 cerita dari hari2 sblm raya, malam raya dan hari raya.. hari ni raya ke 4 baru aku dpt update blog.
26hb ogos - jumaat..
Pg2 lagi aku dah bersiap2 packing2 baju nak blk kg. hari tu aku nyinggah kejap ke rumah m.usu aku.. blh dikatakan aku tdo situ terus la. dari awal puasa.. itu la baru dpt aku berbuka dgn m.usu aku walaupun aku tak puasa. cop2.. aku tak puasa pun tak mkn ek.. hahaha... tp sayu hati kami berdua sbb tak de arwah p.usu berbuka dgn kami. aku tau tu.. mcm tu jugak m.usu.
27hb ogos - sabtu..
lepas sahur sumer tdo blk.. hahaha.. bgn kul 8 lebih gak kami.. dok borak2 lg dgn m.usu. lama benar tak jumpa dia sejak arwah tak ada. tak ada lagi arwah.. dia la pengganti arwah pada aku. sesekali bercerita psl arwah.. bergenang air mata kami berdua. bercerita sementara nak tgu acu smp. dlm kul 2 gak dia smp. kami pg ikut dia cari baju raya kejap. ikut dia kononnya.. aku sambar gak la spsg baju raya lg. haha.. baru teringat raya kedua nak ke rumah arwah opah. so kene la lawa skit. hihi.. ptg kul 6 baru kami gerak blk kg. kul 8 aku smp le ke kg. kami berkonvoi 3 kereta.
28hb ogos - ahad..
apa lagi.. kuar soping la kami semua tuk cari baju raya. berlepas ke bahau. hahahah.. sblm kul 7 smp dah rumah.. sbb nak siap2 tuk berbuka plak. tinggal sehari jek puasa sblm raya. mlm tu tlg gak la ngemas2 walhal pg td dah siap2 kan apa yg patut.
29hb ogos - isnin..
kalo n9 tu kami panggil mlm mantai.. mlm ni la atau hari ni la kami semua sibuk2 masak2 utk hari raya. hari ni la pun kami semua masak rendang daging.. ayam masak maman.. wajib dua lauk tu.. hahaha.. bleh la.. sah2 aku bedal rendang daging jek.. ayam maman aku bukan makan pun. tak mkn sbb maman tu. hihi.. mlm ni la semua nya bekerja keras. thn ni alin sorg jek ada kat umah ni.. dua lagi turn umah mak mertua diorg. huhu...
30hb ogos - selasa..
Pagi raya.. thn ni la dpt pegi kubur awal skit. thn ni jugak la kami byk betul menziarahi kubur. 6 kubur. arwah tok, wan, mak long sebelah pak ngah. arwah atuk, arwah anak alin dan last skali arwah p.usu.. lps semua tu kami singgah kat umah m.usu jek. kemudian blk umah. tak kemana sgt thn ni.
31hb ogos - rabu..
pagi2 lagi aku dah bersiap2 nak ke kampung arwah opah. kul 10 gak baru gerak. kul 2 dah smp sana. byk dah kete aku tgk. tp nasib baik tak jem lagi. aku dah janji dgn ayah nak blk. ayah bising lama tak blk kg. so thn ni mmg aku blk la nmpk nya. meriah.. sbb semua sepupu2 aku blk. mmg seronok skit kat sana.
1hb sept - khamis..
gerak blk ke kl.. aku singgah ke keramat amik anak arwah p.usu aku si syikin. kesian kat dia n wan aku sbb dah tak de arwah ni lagi. so aku bwk la blk. sehari jek pun. dua anak dia pun dibwknya sama. suami dia keje.. so tak ikut la. smp kg. kecoh gak. sbb aku tak ckp jd amik dia tp dia muncul.. saja suprise diorg. rezeki.. kebetulan mlm tu roy adik cousin aku si ieja tu yg dah berthn2 tak penah blk pun blk. singgah kat kg sbb kebetulan blk beraya dari johor kg isteri dia. bertambah2 meriah.
2hb sept. - jumaat..
dan hari ini.. aku dah blk ke kl. pg2 siap2 la semua nya. aku tunggu baju kering jek dan terus gerak. antar syikin dulu kat keramat. kemudian patah blk sbb nak amik rabbit2 aku tu. tp tak dpt nak amik sbb owner tempat tu pinjam cage aku. so terpaksa la tinggalkan kat situ smp ahad. dia blk ahad. tp nasib baik dia tak cas. ok skit la kan. geram aku tgk anak2 baby tu. dah bukak mata. tak dpt tgk dlm masa smgu tu. tp yg pasti mmg comey. aku dah janji nak bg kat cousin aku si mas utk anak2 dia 2ekor.. ok la tu kan. tak pe la.. mmg niat aku beranak pertama ni aku tak nak jual. bg dulu kat sape2. dah kebetulan si mas tu mmg nak beli arnab. aku ofer jek la anak2 si baby.. putus susu nnt aku bagi.
dan skang.. aku berehat2... esok mula la operasi mengemas, membasuh baju menggosok sblm keje isnin ni..